GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, July 31, 2012

Berbuka Puasa Minggu Kedua

     Tibalah lagi 'acara' yang ditunggu; menghabiskan duit syiling tabung  berbuka puasa di luarrr!!!
     Kali ini malas nak tuju jauh2. Cukuplah dengan restoran dekat2 umah aja. Sementelah nampak rega 'buffet'nya berpatutan.


     Kami berbuka puasa di sini....;-))

Monday, July 30, 2012

32 Tahun Sudahhh...

     Hari ini Abe Zam@Abah genap 32 tahun. Tiada makan malam romantik. Tiada berbuka puasa di luar. Tempat yang sesuai kali ini adalah di rumah sahaja. Tak payah serabut2 reramai. Kira macam 'private function'laaa neh..ahahahha

     Memandangkan malam kang beliau ada kelas dan aku berbuka bersama anak2 sahaja, maka secara dendiam aku tempah kek minggu lepas kat Kak Ros buat beliau. 'Majlis' potong keknya adalah semalam. Perisa 'mocca'.

Lupa nak letak 'mu' kat budi tuh.

Abanglah beria nak makan kek. Padahal nak potong yang lebih. Makan ciput ajer.

 Adik tetiba jadi cerewet makan sekarang. Kalau tidak, pantang suap.

     Lepas tuh, potong2 kek tersebut dan kongsi dengan pengasuh depa dan cikgu tadika Imran tahun lepas.

     Ucapan untuk Abah:
Selamat hari lahir wahai Sayangku,
Mama, Abang n Adik berdoa agar Abah sejahtera dan sihat selalu,
Supaya selalu ada untuk menyayangi kami semua ini,
Semoga Abah tetap sabar melayan kerenah kami semua,
WE LOVE ABAH!!
 

Friday, July 27, 2012

PRU 11

Orang sebok dok berteka-teki tarikh PRU 13, aku plaks nak mengimbas kenangan lalu. Kesnya pasal si bayi perempuan bermuka bulat itu menyelongkar dan dier terjumpa menda ini..
Dah lama sangat dah yea? 2004. Sethn lebih sket berumahtangga. PRU 11 neh bln 3 n bln depannya tuh aku disahkan preg Abg Imran.. Korang agak2, bila PRU 13?

Thursday, July 26, 2012

Tahan Lama

Ada 1 barang kat umah aku. Sungguh lama ia berkhidmat. Sejak 1999 sampai laa nih. Tetap setia dan tahan maki sungguh. Reganya hanya RM10 ajer. Dibeli di Makro Shah Alam. Mana tuh? Tesco Extra skang neh yang kat 13 tuhlerr. Dolu2 thn 90-an, mmg Makro glamer kalo nak beli borong. Lagi 1 ada kat Cheras. Pon dah jadik Tesco Extra.. Termasuk babs sejarah plaks.. Back to school the point, mender ini bole isi mcm2..
Mmg fungsi asalnya isi kain baju..
Isi anak pon boleh. Tapi, kena pegang yea. Kang terlentang budak tuh, byk hal plaks. Sungguh tahan bakul baju berjenama Toyogo itu.. Korang ada x barang2 'baekkk' punyo mcm neh?

Wednesday, July 25, 2012

Mengantuk?

Umum dah biasa ngan dakwaan apabila bersarapan nasi lemak, maka siaplah korang. Akan mengantuk sepanjang hari. Btuikah? Korang ada pengalaman?
Nasi lemak dalam pembikinan buat santapan sahur hari ini. Buat aku yang selalu tak cukup tito neh,makanlah apa2 pon. Kalau dah mengantuk tuh, tito ajer ubatnya kan?

Tuesday, July 24, 2012

Monday, July 23, 2012

Demi Masa..

Walaupun puasa, Abg tetap rajin pasal Mama dier malas. Tahun lepas, Imran Zamir berjaya puasa penuh. Harap2 tahun neh pon sama. Tahun lepas, waktu2 ini; aku ngah nunggu nk bersalin n Adik masih di dalam rahim. 12 Ogos, Adik genap 1 tahun. Sesungguhnya masa berlari sungguh pantas tanpa kita sedari..

Friday, July 20, 2012

Esok Puasa

'Upin n Ipin' di PBS 2012 yang lepas. Menggeletis bebudak tgk 'booth' n rak neh termasuk Imran Zamir. Kartun neh juga mmg sama 'kembar' ngan puasa. Masa memula Upin n Ipin 'lahir' kat TV9, aku pon tertarik n tertunggu2 nak tgk hari2. Tapi, durasi tayangannya sekejap benar. Yerlaa, baru nk promo kan? Tak sangka meletups! Ok.. Malam neh dah mula Tarawikh n dinihari kang nak bersahur. Selamat berpuasa korang!

Thursday, July 19, 2012

Mari Baca Cerpen

Dibeli semasa PBS 2012 yg lepas. Meh baca.. Walaupun tatau bila nak abeh pembacaannya..

Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Selamat Makan Beskut Raya

Posa minggu depan. Seperti biasa, pasaraya dah sebok buat memacam 'sale' raya. Aku bukan kejarkan kain baju tuh semer pasal kitorang mmg biasa beli 'last minit'. Cuma teringinkan ini..
Teringin? Dah beli pon kat Mydin td. Hub aku kata, bukan kat Mydin ajer dah jual kuih raya tp kat pasaraya besar lain pon ado. Aku beli yg memurah ajer pasal nk lepaskan kempunan kan? Raya nanti bole sambung mkn, insyaallah! Korang dah mula buat kuih raya? Hihi..

Monday, July 16, 2012

Sudah Ada Pagarnya..

Setelah kejadian kelmarin, Abah terus g beli pagar keselamatan itu. RM149. Bole tahan yea? Yang kayu punya pn ada tp dah abeh stok.
Dua beradik sedang 'explore' mender baru kat dalam umah.
Hah! Baru nampak gigi atas 2 batang yg bulat n besar itu. Memula pasang, Adik nampak tak puas hati. Dier duduk kat lantai tepi pagar tuh, buat pergerakan pusing2 badan n kepala macam org berdikir sambil molotnya membebel-bebel.. Hahahahah.. So comel! Laa neh kalo nak wat kje dah tak risau sgt..

Saturday, July 14, 2012

Budak Bertuah

Gua baru lepas mandi. Tetiba bunyi tapak kaki kecik menapak dalam bilik. Elok ajer aku bukak pintu bilik mandi, si tecik Iffah Zukrina tersengeh2 menampakkan gigi kapaknya. Ku bersuara,"Abah neh. Mama baru siap mandi dah bawak Adik naik." sambil kepalaku menjenguk ke atas katil mengharapkan Abah ada baring kat situ. Tapi, beliau takde. Hanya budak kecik itu seorang. Lantas aku terfikir, mungkinkah bayi ini memanjat tangga sendiri sehingga sampai ke dalam bilik..
Bayi perempuan ini genap 11 bulan semalam. Bila kubertanya Abahnya di tingkat bawah, beliau terburu2 naik. "Tadi elok ajer main kat depan tv neh. Abah terlelap jap". Masa tuhlaa si bayi ini 'menyudahkan' misinya yang x selesai sebelum ini. Biasanya, sebelum naik, dier akan tengok kat sapa2 yg ada kat situ. Macam nak suh amek dier b4 naik atau nak menunjuk2. wallahuaklam.. Bahyer kan? Maybe nak kena belk pagar tangga tuh. Bpe hengget 1 yea?

Friday, July 13, 2012

Kacamata Hitam

Mataku akan gatal dan terasa geli bila pakai kacamata hitam. Tapi teringin sangat nak pakai terutama masa memandu. Tengok orang lain elok ajer pakai yg macam mak2 datin tuh; besor macam mata lebah. Dulu hampir2 beli tapi tapi kedai terbabit takder stoklaa plaks. Beli yg lain n bila pakai n mata rasa geli, jadi mainan Imranlaa lepas tuh. RM80 mcm RMo.80 ajer.. Huk3
Try test ngan orang punya. Kelmarin, ada jurujual wanita bawak kacamata hitam 'polarized' kat sekolah. Bole hindarkan silau. Bole nampak dalam kabus. Hujan pon akan nampak terang. Malam pon bole pakai gaks. Aku cuba then muat plak, tak ketat n rasa sakit. Okla gaks pasal aku memandu time matahari tegak kan? Terpaksa kecikkan mata dek hari panas. Semalam dapat n dah try, mataku tetap geli tapi kutahan pasal kesan psikologi shj tuh. Aku buat dek aja biler rasa mcm kena geletek kat mata.. Hihi
Korang suka pakai kacamata hitam?

Thursday, July 12, 2012

'Takdir' dan Kemanusiaan.

     Setiap hari Rabu malam Khamis, jam 8.30-9.30 malam, aku dan Imran suka menonton 'Ghost Adventure' di TV7. Dah habis rancangan tuh, dah macam takder citer besh dah. Hindi kat TV2 pon macam tak baper nak masyuk pasal pelakonnya wa tarak kenal.
     Tetiba Imran seakan menjerit,"Takhdir, Mama...Takhdir". 
     Tokojut den. Dahlaa lepas tengok citer antu kan? Hahahahah.. Baru teringat yang rancangan 'Bersamamu' dah diganti dengan rancangan baru iaitu 'Takdir'. Imran teringat 'gezet' yang ditayang banyak2 kali sebelum neh.
     Rancangan neh memang menarik. Memaparkan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita. Kisah hidup dan mati yang telah ditentukan Allah. Kisah yang membawa keinsafan dan menyentuh emosi sungguh. Sungguh2 tau.
     Malam tadi, kisah mengenai seorang insan berhati emas penyelamat haiwan. Beliau adalah Mohd. Hairey Yahya atau nama gelaran yg digunakan, Papa Hero. Hero adalah nama seekor kucing yang pernah diselamatkan beliau. Aku rasa korang tentu pernah bercucuran air mata menyaksikan video di Youtube yang memaparkan bagaimana Hero, telah pulih dari cedera teruk akibat dipotong kedua2 kaki depannya meneruskan hidup dengan bersusah payah sekali. Ia terpaksa melompat seperti kanggaroo untuk bergerak. Kalau tak silap, kejadian tuh berlaku dalam 2005 atau 2008. Korang cekidaut baliklah yea?
     Papa Hero neh seorang blogger juga. Cer tangok kat sini. Dekat sana, beliau curahkan segala pengalaman dan rasa bersama kucing2 yg telah diselamatkan dan menjadi kesayangan beliau kini. Aku pon baru nak baca. Nak add fb beliau dan page 'kakimotong' pon bole kat sana.
     'Kitten' generasi ketiga dari seekor ibu kucing; anak2 buah aku punya di kampung. Depa dok cium 'bebudak' kucing neh semer macam cium Adik Iffah.

     Bukan senang nak jadi peminat/penyelamat haiwan. Pertama, kena suka dan sayangkan haiwan tuh dulu. Kedua, kena luangkan masa kalaupun tidak kos. Ataupun, setidak2nya.. jangan menjadi penyeksa binatang seperti pemilik Petknode. Kalau tak suka haiwan, jangan dok dekat depa. Kang tak pasal2 kita 'terdera' depa plaks... dosa pon dapat...huhuhuhu. Kalau membela plaks, jangan lupa kasi makan secukupnya dan layanlah depa sebaik2nya. Dapat pahala kan? Err.. kucing juga adalah binatang kesayangan Rasullullah. Ramai yang dah tau.

     Tetiba, teringat plaks berita tadi. Seorang wanita (warga emas kots) terbaring di atas jalan berhampiran rumahnya setelah diragut. Menerusi cctv, 11 orang yang melalui jalan yang sama, tidak mempedulikan wanita tersebut yang bertarung dengan maut. Akhirnya, dia mati di hospital. Dulu terjadi kat China, kita kutuk. Now, dah jadi kat negara kita plaks. Apa beza kita dan depa, kalau kemanusiaan telah hilang....
     

Wednesday, July 11, 2012

BE Paling Mahal

     Gempaq sungguh tajuk! Maksud aku, be yang aku dapat setakat inilah. Dulu ada Asus kalo tak silap. Bila dah jadi 'metered earning', jumlahnya dalam rm10. Besh kan? Tapi, tetap tak cukup2 nak 'cashout'.
     Kali ini, iklan minyak....


     Eh! Nak tanya korang. Dah baper kali cashout weh? Korang wat beli apa?

Tuesday, July 10, 2012

Sarapan Bersama Penulis.. Bab 3

     Lama betul nak sambung dari Bab 2. Dah dekat 5 bulan baru muncul balik.. Dari Bab 2, aku kata g ke sini kan?

 kami tak masuk ke sini tapi ke pejabat urusetia di tingkat atas. Berdepan bangunan SUK atau lebih 'glemer' dikenali JKR 10 ini, ada bangunan baru...

PERKESO ker aper tuh? Lawo kan?

Kami yang khusyuk mendengar penerangan. Ini time 'break' japs yea? hihii.. Dari kanan Puan Rohani Deraman (korang penah baca novel2 beliau?), Puan Zainab Ngah dan Puan Nur Hidayah.

     Aku rasa bertuah dapat bertemu mata dengan kartunis Tuan Haji Rossem. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penerangan Negeri Kelantan...

Tuan Uthaya Sankar SB menjawab persoalan mengenai 'Interlok' setelah diajukan oleh Tuan Haji Rossem.


Seorang staf berbangsa Cina di SUK.

Buku2 wajib baca. Cenderahati dari SUK.

     Selepas sesi penerangan, kami dijemput pula untuk menjamu selera di kantin JKR 10 ini. Perut masih sendat ngan nasi daun pisang belanjaan Kak Rohani Deraman kita. Tapi, rejeki jangan ditolak kan? hihihihi...

Bandingkan hidangan kami semua ngan hidangan Tuan Uthaya. Patut slim dan menten kan?

Hidangan istimewa kat situ. Nasi paku. Nasi campur biasa tapi tatau naper depa letak paku. Nak try takot tak habes plaks.

 Tengahari itu, kami terpaksa berpisah pasal aku nak g memenuhi 2 jemputan kenduri plaks. Tqvm pada Kak Nur dan  Adik Abdul Mutalib yang menjadi pemandu pelancong pada hari itu. Dapat kawan baru yang baik hati. Ironinya, Kak Nur ini berasal dari Kedah tapi sudah tinggal lama di Kelate, menunjuk jalan kepada aku rakyat Kelate senirik...ahahahha

Org 'gps' KB...heheheh. Memana pon bole sampai. Tqvm, Abdul Mutalib! 

      Esoknya, depa menghadiri Seminar OKU. Aku tak dapat nak ikut dek urusan tersendiri. Ada rejeki depa berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Cilok kat sana..

     Itulah serba sedikit catatan aku menyertai 'perjalanan' bersama penulis. Perjalanan untuk melihat dengan mata sendiri apa yang didakwa oleh sesetengah pihak tentang kemunduran negeri Kelantan. Tok Guru pon cukup berbesar hati kalau ada rakyat negeri lain yang datang sendiri melawat ke negeri Serambi Mekah ini. Rakyat Kelantan sendiri pon mengalu2kan kedatangan sahabat2 semua. Sementelah lagi, 2012 adalah 'Tahun Melawat Kelantan'.

     Pahtuh, dok telopong ggapo lagi tuh? Maghilaahhhh...
 

Saturday, July 7, 2012

Pkt Logistics Group Career Day 2012

     Seperti yang dirancangkan, aku dan 'bala tentera' mengunjungi Pkt Career Day 2012. 
Daftar kat cafe. 'Log in' FB, depa tgk dah 'Like' FB depa ker belum then done! Dapatlah nombor yang tak baper nak bertuah pastuh beg, kertas program dan ini..

 Baru den pasan yang gambo 'fan' dicetak di 'tag'. 'Cool' lah!!

Mender yang selalu ada kat Pkt. Dan 'mender' ini akan penuh ngan memacam kudap-kudapan.

     Dah tunjukkan bukti, terus ke meja kedua. 'CV' dihantar awal ke Pkt Talent Hunter jadinya temujanji untuk temuduga sudah ditetapkan.

 Petugas di sini akan bawa calon ke tempat temuduga. Kat dalam 'The Ship'.

     Aku mesti tunjuk makanan punya. Melimpah ruah sampai membazir. Nak sikit tapi itu 'bhai' isi sepenuh2nya. Bak kata ank buah aku, lauk lebih banyak dari nasi.

Kari ayam, kari kambing, ayam goreng tepung dan telur dadar. Acar timun.

 Daging ayam yang besar. Puas makan.

 Belum raya pon dapat makan lemang sama rendang daging dan ayam.

 Antara pempamer. Masa neh kitorang dah nak balik.

Antara 'vip' of the day. Dato' Aziz Singah
yang mesra. R2 pula adalah 'mc'.

     Tak bertuah pula nak dapat I-Pad 2 tuh. 5 bijik dah jadi rejeki orang lain.
     Keseluruhannya, aku berpuas hati juga pasal ini penganjuran pertama kali kalau tak silap. Kalau silap, tolong perbetulkan. Tapi, rasanya hari kerjaya boleh diasingkan dengan 'FB fan's day'. Aktiviti interaktif antara Pkt dengan peminat2nya agak kurang walaupun ada 'Nenas Tour' dan 'tour' ke bahagian lain mcm 'The Ship' dan 'The Wave'. Harap2 Pkt boleh 'improve' in the future ok?
 

Friday, July 6, 2012

Kalau Boleh..

... Hari2 nak g ke sana minggu ini. Sebab dah dekat kan? Apakan daya.. Tak dapat beli buku hari2 pon takper. Tapi dapat juin sesi bersama penulis pon jadilah..
Tuan Uthaya Sankar SB, dari awal tahun merancang utk menge'teh' d kawasan kejiranan kami tapi tak pernahnya jadi. Sudahnya asyik berjumpa di 'luar' kawasan.. Hihi
'Travelog Beijing' yg dipesan semasa PBAKL 2012 yg lepas. Baru sampai dlm genggaman.. Berhajat nak ke sana lagi pada hari terakhir iaitu Ahad ini.. Moh kiterr P/s: Sabtu neh moh 'cari keja' kat PKT Logistic, One Logistic Hub.. Ada mkn2 pree n cabutan bertuah.. Tanak kerrr?? .. Hihi

Thursday, July 5, 2012

Nak Senang, Bayar Lebih Siket

     Mahal setakat mana? Mahal sangat? Tak kot tapi kalau nakkan yang lebih mudah, senang dan cepat, mesti kita sanggup keluarkan 'modal' lebih siket kan? 

Gula-gula batuk ini sudah ada 'ziplock'. Jadi kosnya mesti lebih siket kan? Tapi, rasanya harga 'lozeng' ini tetap 'maintain'

 Dulu, kalau nak beli 'lozeng' neh kena fikir banyak kali pasal bila dah buka, kena kelepet dan lipat banyak2 kali untuk menyimpannya. Kini tidak laaggiiii...

     Sama macam nak jimat duit tanak bayar tol. Sanggup 'drive' pusing kona jalan pintas sana, jalan pintas sini. Sedar tak sedar, teerrrrlebih pakai minyak plaks. Tak ker pi mai pi mai tang tu tuh?

Tetap suka gambar ini. Terus 'set as background' balik kat letop. Bayi tecit itu sudah hampir 5 btg giginya yang timbul. Rambut pula semakin lebat. Si Abang yang selalu tito jam 9 malam dek kepenatan menuntut ilmu. Dan Abah, tetap setia menyedia juadah setiap hari untuk keluarga beliau. Alhamdulillah!!

     Soalan takde hadiah: Apakah isi utama 'karangan' ini? keh3...

Wednesday, July 4, 2012

Erm...aaaa..

     Patutlaa takbley 'ckp' ini fikir ajer tahu? Today is Wednesday!!.....
     Aaaaa...kucuba untuk bercakap/menaip/berfikir tapi tidak berkemampuan.
     Politically correct when u have no idea or u are lazy to think.. 

Visual perlu ada. Mentang2 sudah mengajar subjek Pendidikan Seni now. 
Begitupun, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham Lieynanilaz. Ramai blogger tulis pasal neh semalam..

Tuesday, July 3, 2012

Kemanusiaan Yang Kian Hilang..


 
 
     Bila buat kerja, tak boleh nak bersoal jawab. Buat aja. Kakitangan kerajaan kan? Babs kebajikan langsung diabaikan.. 

Monday, July 2, 2012

Gambar Curi

Cam tak siapa ini?
Prof. Dr. Muhaya semasa sesi sain menyain buku beliau di Pesta Buku Selangor 2012. Sesapa yg tak puas hati masa PBAKL 2012 arituh, bole sambung 'balas dendam' kat sini. Bermula Jumaat lepas dan berakhir Ahad ini. Sampai jam 10 malam. Mohler..