GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Friday, June 29, 2012

Segelas Susu, Semangkuk Buah

Ini merupakan makanan lewat malam aku pada hari Rabu mlm Khamis. Mungkin ini penyebabnyer sistem perkumuhan aku kurang berfungsi dengan betul. Kalo tengok menunya pon dah 'menyeleweng' dari diet Rasullullah s.a.w. Prinsip2 amalan baginda antaranya ialah tidak mencampurkan menu darat n laut. Contohnya, lauk ayam atau daging atau telur tak boleh makan dengan sotong atau udang atau ikan dalam waktu makan yang sama. Begitu juga susu. Tak boleh nak minum sama masa mkn bebuah. Dulu ada ahli parlimen sebut mender yang sama. Katanya macam mana rakyat Malaysia tak dihinggapi mcm2 penyakit kalau makan asyik bercampur ajer. Contoh yang diberi pulak adalah tomyam campur. Dah tentu2 ada udang, sotong n ayam dalam tuh kan? Aku neh cuba sedaya upaya nak ikut diet baginda tapi biasanya kejap ajer pasal melayu mudah wa sulah lupa maa.. Pastuh, aku ada baca jugaks, rumah yang mempunyai keberkatan adalah yang ada kismis, kurma, minyak zaitun n habbatus sauda serta madu di dalamnya. Tuh semua termasuk dalam menu baginda kan? Umah korang ado?

Thursday, June 28, 2012

Tips Penjimatan Minyak

Aku berasa tidak selesa. Masuk ajer kereta dan mula memandu, telinga bingit dek bunyi bising. Bunyi apa? Bunyi 'kaki getah' yang berempat tuhlaa. Tapi, ianya bukan masalah besar pon. Cuma rasa tak selesa. Minyak plaks mcm biasa, seminggu isi RM70 sekurang2nya. Tapi, Abah pula rasa tidak berpuas hati. Tayar si merah ditelek berulang kali. "Tak boleh jadi neh"fikir beliau. Tak boleh bertangguh. Lantas beliau ke kedai tayar n nengganti tayar2 terpakai itu dengan tayar2 baru. Bukan yg berjenama Brigeston atau Mitcelin atau apa2 yg 'teriklan' d tv itu. Ehh, betulkah ejaan tayar2 tuh semer? Ia hanya tayar dari China atau Indon Takperler, setahun gaks tahan tuh.
Bunga tayar yg tak bpe nak ngancam dibanding ngan tayar berjenama. Apa yang aku perasan adalah tiada lagi bunyi bising n paling besh; ini...
Walaupun sudah Rabu (masa gambo ini diambil semalam, minyak masih d aras itu). Siap pusing2 sekitar Shah Alam lagi tuh. Betullah kata pakar; nak jimat minyak, mcm2 cara ada. Salah satunya adalah mengganti(termasuk servis) bahagian kereta yg dah lama dan bukan tunggu ia rosak dahulu. Tips yg panjang berjela macam cerpen plaks. Mung ado? Keh3..

Wednesday, June 27, 2012

Hodoh di Luar..

     Menyaksikan ini di TV2....


     Kali ini, ianya berkenaan penternakan tiram mutiara di Sabah. Seorang usahawan berdepan pelbagai cabaran dalam menjayakan projeknya ini. Menurut beliau, mutiara Malaysia adalah lebih mahal dari mutiara Jepun kerana ia lebih tebal.
     Melihat bentuk luarannya yang bersaiz sebiji pinggan, rata dan mempunyai permukaan kasar, siapa sangka hasil yang dikeluarkan sangat bernilai.

 Tiram akan melekat kepada apa2 bingkai besi yang disediakan. Dari sekecil kuman hingga membesar dan sedia untuk 'dituai'.

     Proses 'membenarkan' tiram2 ini mengawan, memindah benih ke tangki, membuat bingkai dan 'membenarkan' pula anak2 tiram ini melekat pada bingkai sangat rumit dan menarik perhatianku. Patutlah mutiara sangat mahal, prosesnya memerlukan perhatian teliti dan melibatkan tenaga kerja yang ramai dan mahir juga.

      Begitulah juga manusia. Fizikalnya mungkin tidak menyenang mata yang melihat. Mungkin terasa menyampah juga. Tetapi, 'isi' dalamannya mungkin tidak seperti 'kulit'nya. Hasil yang dikeluarkan juga mungkin tidak 'sehodoh' yang kelihatan. Begitupun, kecantikan luaran jua yang disanjung tinggi.

 Kecantikan alam yang mendamaikan. Subhanallah!!

Tuesday, June 26, 2012

Pertemuan Semula

Korang tentu sudah perasan 'objek' baru yang aku tambah kat belah kanan tuh. Kalo tak jelas, meh tengok sini..
Nampak dah kan? Tuhlaa, aku nak mintak jasa baik korang kalau ada kenal sesapa or kawan opis korang or sedara mara sahabat handai yang pernah bersekolah kat SMVTM, Kelate untuk juin majlis perjumpaan semula ini. Klik kat banner tuh n ianya akan terus ke grup kitorang d fb. Terima kasih 'in advance' 4 your concern n support!!

Monday, June 25, 2012

Malam Rock 90-an kat Laman Santai, Istana Budaya.

     Ari Jumaat, sesaja menjengah fb Laman Santai, Istana Budaya pasal nak tau sapa yang buat persembahan 'live show' pada malam minggu ini. Tengok2, Ali Terra Rossa ada 'post'kan dekat wall yang beliau akan buat persembahan dengan beberapa orang otai2 rock lagi.
     Aku pon memang dah lama tunggu geng2 rock buat persembahan lagi. Maklumler, sudah terlepas yang bulan 3 ker biler tuh. Terus rancang ngan Abe Zam dan beliau setuju untuk ke sana. Lepas Maghrib kitorang gerak.
     Dah sampai KL, mak ai.. ujan plaks. Teruskan jualah pasal dah nak sampai. Sampai baper kali punya sampai daaa ajer kat LS, macam biasa, kerusi meja kat depan udah penuh. Depa 'booking' apa..ahahahah. Pastuh, dah ujan gerimis jadinya payung bosa pon digunalah. Buat seketika kitorang macam meminta simpati; nompang berteduh kat payung sesapa. Nasibler nampak ada pasangan suami isteri pertengahan usia duduk berdua ajer sedangkan meja2 lain penuh pjg berderet 'ahli2'nya. Abe Zam pon mintak kebenaran nak duduk sama. Ok, dah ader bayi takkan orang tanak bagi kan? Tapi, memandangkan payung tuh agak kecik, abang tuh minta kitorang duduk ngan kawan dier yang meja n payungnya lebih luas. Kasi pendek citer, baru neh kitorang dapat dok barisan 2 dari depan...

     Persembahan pembukaan pada malam itu...

 Aku tak dapat nak 'tangkap' nama kugiran neh. Nama penyanyi dier Usop. 'Gorengan' muzik depa best juga. Usop, lu nyanyi banyak lagu sangat. Wa mau dengar Abg Ali nyanyi banyak2 tau..ahahah

     Pastuh, barulah Nizam Laksamana kasi 'pukul' 2 lagu. Gua hampir tak cam beliau tapi bila keluar jer suara baru cayer. Tebaekk ah, bro. Relaks ajer nyanyi sesambil jalan sana sini layan peminat. Itulah otai namanyer yea?

Sopan jer gaya Abg Nizam neh.

     Lepas 2 buah lagu, Rahmad Mega plaks mengambil giliran..

Bole tahan 'sense of humor' beliau.

Mesra sungguh ngan peminat. Tak kekok langsung.

Hoh! Yang ditunggu2. Ngah 'tarik' untuk lagu aper yeks? Lupo. Aperpon, tebaekkk, bro!

     MC pada malam itu..

Kecian Si Iqbal neh dok pot pet sana sini sampai lenguh kaki. Tetiba dok tercongok kat kerusi kosong tepi aku. Apa lagi, zassss amek kamera n kasi snap. Bila aku tanya pasal komen2 negatif kat fb pasal JJCM yang di'host'kan beliau n Shiha tuh, katanya,"Biorler, kak. Nak wat cemana." Memang beliau dah tak sambung kontrak pon. Hoh! Saper yang dok kutuk2 tuh pueh hatiler korang semer yea?
      Imej terbaru beliau neh menjadi 'lauk'/bahan usikan otai2 pada malam itu. Masak wehhh...ahahah

 Kad promo. Akan kuar 'single'nya..

Penutup...

     Insyaallah, kalo ader lagi 'Malam Rock 90-an' macam neh, aku nak gigih g lagiks...

Sunday, June 24, 2012

Jika Diberi Peluang..

     Suara meminta tolong sayup2 kedengaran. Aku terjaga dari mimpi bertemu Doraemon. Aku tak boleh biarkan. Sebagai 'superhero' haiwan terhandal dan tercomel abad ini, aku perlu menjalankan tanggungjawabku.
     Mana pakaian seragamku? Oh! Tergantung kemas dalam almari selepas tuanku mencuci kering di kedai dobi depan rumah aku siang tadi.
     Dalam melunaskan tanggungjawab sebagai adiwira pujaan ramai, aku mendapat sokongan penuh tuan aku.

     Oppss, so sorry! Gambar tuan aku tiada jadi aku tempekkanlah gambo aku.

     Sebagai kucing peliharaan yang jinak mantaps n gojes gitu, memang  aku adalah pelindung dan pendamping tuan aku yang sangat rapat. Bila tuan aku gembira, beliau akan peluk aku erat2 sambil cium2 aku. Bila beliau sedih pon sama. Sambil2 nangis, beliau akan peluk aku lagi erat2 sambil mengomel tah apa2. Aku dengar ajerler. Abes basah bulu2 aku ngan air mata beliau.
     Bagi aku, tiada apa yang aku mahu selain menjadi 'superhero' kepada tuan aku untuk menempuh suka duka kehidupan dengan beliau.

     Idola aku, tak lain tak bukan...

 dialahh!!

     Bulan 7 neh nak masuk panggung. Kalau dapat tiket free dari Nuffnang lagi bagus!! Korang bole baca lagik sini kalau nak juin peraduan tuh gaks..

     Oklah. Aku terpaksa meminta diri dulu. Nak cari sapa yang mintak tolong tadi.....



 

Friday, June 22, 2012

Caca Marba

Tatau nak tulis apa tapi tetap nk tulis/taip pasal tanak 'umah' bersawang macam Yunus Badawi punya blog.. Keh3. Ampun, Tuan YB. Hamba bersenda gurau shj
Ini adalah air teh o panas yg mmg selalu dihidangkan d umak pakcik aku. Biasanya, aku takkan minum 1 mug sahaja. Kenapa? Kerana teh ini dibuat 'versi' utk org diabetik juga yakni pakcik aku so aku takkan puas minum sekali shj. Musti akan tambah dan lagi.. Dan lagi.. Kenapakah org Msia ramai/senang kena diabetes? Pasal mkn/minum gula byk eks? Abes tuh, yang 'depa' p tambah kimia bagi rasa manis tuh kaw2 aper citer? Bahan kimia tuh plaks susah nak kuar dari bdn. Pastuh kutuk rakyat pelahap tak reti nk jaga mkn. Apa pilihan yg kita ada? Makanan yg kononnyer sihat itu murahkan? PERINGATAN! INI BUKAN ENTRI POLITIK.. Heheh
Bayi ini sudah mampu menggunakan penyedut minuman tp kalo ianya pjg sgt, air x sampai ke dlm molot psl nafas x pjg.. Hehhe..
"Alhamdulillah! Dah ilang dahaga shayer."

Thursday, June 21, 2012

Ilang Pulaks

Semalam dalam kotak komen, Kakcik bertanya, 'tenang n bahagia dari segi apa?'. Jawapanku, dalam kerjaya. Kita nak menyelesaikan apa yg dipertanggungjawabkan dgn kadar terbaik tetapi ada kekangan2 yg x mampu kita hindari. Dalam pada itu, kita menyusahkan pula rakan2 sekerja. Itulah yang membuatkn perasaan dalaman aku berjerebu ajer. Mintak pindah asyik tak diluluskan. Bila orang tanya," naper tak mintak pindah?", aku rasa malas jer nak menjawab pasal aku dok buat mender tuh dari tahun 2009 lagik. Malam tadi masa sesiap nak 'pumping', tgk2 mender alah kecik iaitu 'membrane' ilang plaks. Huh! Tensi.. Japs lagi kena bedezup g beli kat Seksyen 20. Mender cinonet gitu reganya RM9..huhu
Bila boring,penat n mantok,rupa pon x berseri lagi kan?

Wednesday, June 20, 2012

Apakah Sebabnya?

Lebih kurang 4-5 malam Si Beby Iffah neh tito didodoi Abahnya. Sewaktu entri ini ditaip, aku masih tatau cara dier nk tito mlm neh. Sebabnya, Si Iffah dah tanak menyusu secara terus lagi. Kalo disua juga, siaplah dier mengeget. Dah macam bermusuh benau. Kena 'pump', masuk dalam botol n elok pulak dihisapnya.
Takkan psl gg 2 batang neh kots? Rasa tak berfungsi macam mak plaks..huhu.. Org2 tua ckp bayi mmg selalu bertukar2 perangai. Betullah tuh. Tengah2 mlm bila dier lapor, kenerler menggagau ke bwh, bukak peti n amek susu. Siram lebih kurang bwh air paip, naik atas n sua kat dier. Dier dh sambung tito lega jap tapi kita plaks takleh nk lelap mata lepas tuh.. Huwaaa..
Keadaan berjerebu di luar sama gaks jerebu dlm diriku. Bilakah nak merasa 'bahagia' n 'tenang' kembali? P/S: berjaya juga kasi dier tito. Alhamdulillah! Nasib baek nak juga ditepuk2..

Tuesday, June 19, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke PKT Logistik

     Dulu aku pernah tulis pasal lawatan ke PKT Logistics kan? Korang bole baca kat sini.
     Korang pon bole juga kalo nak terjah PKT neh. Lokasinya lepas tol Shah Alam (KESAS). Persimpangan nak ke Jalan Kebun n Johan Setia, Klang. Lepas bayar tol tuh memang korang akan sampai ke persimpangan itu yang aku tak pasti namanya. Eh.. korang ada gps kan? Dak pon cer gugle.
     Cemana korang nak terjah depa neh? Bole tengok sini...

Silalah hubungi alamat yg tertera..

     Bilangan minimum ahli2 lawatan ialah 5 orang manakala maksimumnya adalah 40 orang. Walaupun korang bukan keja dalam bidang logistik atau syarikat korang takder kena mengena dengannya pon, korang masih boleh melawat sini. Bila dah 'kenal' depa, baru korang tau dan rasa sendiri pekdahnya mengenali depa neh.

     Pastuh, 7 Julai ini (Sabtu) ada 1 'event' yang boleh korang juin terutama yang ngah 'recce'2 keja.

 Ini gambo 'profile' event tuh. Korang bole tengok kat sini

     Insyaallah, aku pon nk juin. Nak hangkut budak2 berdua neh. Dengar kata, lebih kurang 22 buah syarikat akan turut serta nanti. Makan2 pon ado. Menurut salah seorang staf PKT, kalo ader mkn2 gini, Dato' Micheal Tio tak akan berkira dalam menyediakan juadah untuk tetamu2 beliau. Sounds good?? Heheh.... aper lagi korang? Bertindaklah cecepatttt...

Monday, June 18, 2012

Dah Dapat..

     Hari Rabu, baru aku perasaan yang ada slip Poslaju terselit kat kotak surat lama; bukan yang baru kat pagar tuh. Tertanya2 juga apa kebender. Hari Sabtu baru sempat g amek kat Pejabat Pos Besar Shah Alam. 
     Rupa2nya 'cenderahati' dari Nestle. Aku baru menyertai 1 peraduan berkongsi kisah keibubapaan bulan lepas. Penganjurnya adalah 'Nestle Mom & Me'. Produk ini adalah sejenis susu untuk ibu mengandung dan menyusui bayi. Katanya, 500 penyertaan pertama akan menerima 'sample' susu ini...

 350g yang berharga RM19.++

     Selain itu, dapat juga 'voucher' diskaun untuk pembelian seterusnya di Giant. 



     Aku penah 'review' produk susu neh kat 'umah' aku yang lagi 1. Jemput baca kat sini.. Korang bole 'like' FB depa.

     Harap2 aderlaa rejeki bebudak neh. Tak kira dapat no baper. Terima kasih, Nestle!!
 

Sunday, June 17, 2012

Deteriorating..

     Lately I feel that my English is deteriorating. Not sure whether i spell this correct or not as well. I know what is the factor but reluctant to share here. I might ruining my mood typing about negative things. Let shoo away the not so good elements in our life. 
     For your information, I simply let my ten fingers dancing here, typing what pops out of my mind. Trying not to just stop and think hard of what to ramble here. So far, my brain works a bit well as I'm still typing without stops accept for the transition am I using the right term?
     I don't have ample photo to add in here as this white, tiny little Lenovo is not where I store most of my photos. My camera is downstair so I'm not that 'hardworking' to go down and grab it. I just browse whatever photo I have here as if I don't attach any, this already boring hopeless themeless entry would be such a rubbish!

If you have Bonuslink card, feel free to check the roadshow. I'm not the sales representative but please bear in mind that this entry need a photo so plsss again..understand! (so desperate statement;-))

     When you want to comment later, plz don't mention about 'Oh! My English' as I always want to vomit hearing the phrase uttered by my students but still saying English is difficult so they don't want to open up their mind to learn it.
     Ok, almost done. Let us go to bed. Plzzz refer to the clock now...zzzzzzzzzzzzz...

Friday, June 15, 2012

Sabo Ajer.. Grrr

Tengok ker rupanya nampak cekai sangat. Tp, reganya dalam rm1++ juger. Mentang2 'ibu'nya mahal n terhangat masa kini.. Hahah. Aksesori 'note' neh mmg urut dada kalo tgk ke reganya. Dari 'cover' ke 'screen protector'. Naperler nk letak rega mahei2 sgt. Bkn berkualiti pon. Baru baper bulan pakai, dah jadik macam neh.. Huhu
Tulisan tuh mcm spray gitu2 ajer.. Hmm

Thursday, June 14, 2012

Subhanallah!

Ma kata, kalo awan pecah2 mcm neh, tandanya kemarau. Btuikan?

Tuesday, June 12, 2012

"Saya Sawang Abah"

Abang mengambil sehelai kertas A4 dari laci. Kemudian, dia duduk di lantai sebelah Abah. Abah sedang melayari internet. Abang : Eja 'ikhlas' macam mana, Mama? Mama : i.k.h.l.a.s.. Lepas tuh macam2 ejaan dier tanya. Aku tak terfikir pon apa yg dier buat masa tuh. Selepas beberapa ketika, Abang dtg ke sisi Mama dan menunjukkan 'projek' kilat dier tadi..
X sangka plaks ini yg difikirnya. Masa siang tuh, Abang tanya,"Hari neh Hari Bapa kan,Mama?" Aku hanya memgiyakan. Rupa2nya kad serupa itu Abang dah buat dalam kelas semalam. Terus malamnya dibuat lagi istimewa utk Abahnya. Harap2nya ingatan mcm ini terus kekal smpai Abg n Adik dewasa kelak.. Amin3 P/s: 'kecederaan' yg memaksa aku guna purelan bukan sebab Adik Iffah yg asah gg dier tp psl kekerapan penyusuan n pumping..

Kena Kat Aku Plaks

Sebelum neh aku baca kat blog Redmummy ajer pasal cracked/sore nipple akibat kekerapan menyusu dan pumping. Ada yang sampai berdarah2. Now aku plaks yang rasa. Pedih woo.. G cari kt mumsdream seksyen 20, dah abeh plaks. Pastuh terpikir nak cari kat seksyen 9. Alhamdulillah ada. Jenama neh ada antara korang dh biasa kan?
Inilah jenamanya.. Biasa tgk kan?
Rega lebey pasal buat kat sini..
Fungsinya yg lain ada juga. X sangka aku..
Dah guna 2 hari, alhamdulillah masalah melecet itu dh baik. Kena teruskan guna utk mengelakkan masalah ini berulang lagi..

Monday, June 11, 2012

Mama Dh Keja Balik?

Iyer, sayang. Kena kejalah.. Alaaa..

Friday, June 8, 2012

Melawat Pusat Sains Negara


 

     Abah mula cuti semalam sehingga hari minggu. Nak ditunaikan hajat Abang Imran untuk berkunjung ke Pusat Sains Negara. Abang tertarik tengok PSN dalam 'Wanita Hari Ini' hari Isnin n Selasa lepas.
     Tengoklah kadar masuk untuk tengok dinasor tuh. Tak berbaloi weh jadinya masuk pameran yang biasa2 tuh ajer. Dewasa RM6, kanak2 RM3. Robot yg gambo memula tuh adalah hasil kerja tangan aku n Abg selepas membayar RM2. Pakai 'dino clay' tuh. Macam kuih sagu ler mendernyer. Rasa nak ngap plaks...ahahah
 
 Gegambo bawah akuarium neh yang aku paling suka. Mender neh ada lebey awal dari Aquaria KLCC kan? Dapat tengok perut ikan hidup2...ahhaha

Bakor sodap neh. Cicah air asam...hihihi
 
     Ada macam2 mender yang mendekatkan kita kepada sains. Sains ada kat memana kan? Kita jer kadang2 tak perasan. Ada mengenai tenaga air, api, elektrik, udara, air dan macam2 lagi. Pasal sel, pasal organisma. Macam mana bayi berkembang dalam rahim ibu. Macam mana makanan masuk dalam perut kita dan diproses pon ditunjukkan dalam bentuk rajah yang diperbuat dari besi. Malas plaks aku nak snap. Yang pastinya, cuti2 sekolah neh memang sesaklaa tempat tuh. Alat2 yang menarik plaks kena turnggu giliran nak cuba. Tak cuba semua pon semalam. FEnat...
 
Yang pastinya, bayi ini suka mencuba semuanya..
 
 Ini magnet terapung... cuba jgn x cuba
 
" Hiyaaarrkkkhh!! Beratlaa neh nak bawak balik, Mama."
 
     Dah puas explore yang neh semer, sampai kat ruang legar plaks. Yang bayo RM6 tuh kat tingkat 1 ajer manakala dinosor tuh kat tingkat atas. Kat ruang legar ader rangka besor then tempat main bebudak. Abang spent time gaks kat sana.
 
Grrr, makan budakkk!!!

     Tempat neh luas juga. Berbukit lagik tuh. Tempat parking adalah depan Suruhanjaya Sekuriti tuh then korang menapak naik jambatan then bukit bukau. Beli air dulu nanti dahaga. Dah lepas beli tiket tuh aku nampak ader reramai dok bermandian kat kolam macam kat taman tema. Nasib baik 'Ocean World' tuh tutup pasal pengubahsuaian kalo tak tentu lagi penat nak masuk sana. Pastu ada gaks kedai cenderahati dan kafe.

  Memang seronok juga datang sini. Korang mohler bawak keluarga plaks..
 
 
 

Wednesday, June 6, 2012

Ke PD Sabtu Ini?



Saya suka gambar ini. Dr. Hani punyer eks? Hari Sabtu neh, 9 Jun, MamaWana plaks menjemput. Tgk/baca kat sini. Ada sesapa yg konfirm hadir? Aku tatau lagiklah. Koje x sesiap even sekolah dah nak bukak...uhuhuhuhuh

Tuesday, June 5, 2012

Berwakaf

Masa tunggu Abg g kelas seni arituh, guru Abg bagi The Star utk dibaca. Ada 1 artikel yg menarik perhatian aku..
Artikel bergambar neh menceritakan seorang guru pencen yg mewujudkan sebuah mini perpustakaan di rumah untuk ahli2 komonitinya. Kebanyakan buku2 di perpustakaan tersebut adalah dari koleksi peribadi beliau dan ada yg didermakn oleh saudara mara dan sahabat handai. Kebanyakanya juga dalam Bahasa Inggeris untuk memahirkan masyarakat kampung dalam bahasa kedua ini. Kalau dah berhati mulia, apa2 sahaja harta peribadi yg disayangi boleh diwakafkan yer dak?

Friday, June 1, 2012

Jawapannya Adalah..

Waw3! Menggalakkan sungguh contest mudah teka teki dlm entri semalam yea? Sampai 29 komen. Tenggss zillions utk korang yg rajin menerai tanpa putus asa. Semangat itu yg kita perlukan.. Keh3 Tanpa membuang masa, diumumkan pen khat itu diperbuat dariii.. *troll* Batang pucuk paku ! Menurut tuan punya pen khat itu, batang pucuk paku tuh perlu dijemur sehingga betul2 kering di bwh cahaya matahari yg terik. Lepas tuh, ianya akan menjadi keras dan pisau yg amat tajam diperlukan untuk membentuk matanya. Sampai luka2 jugakler. Then, boleler digunakan. Pen itu dijual RM5 sebatang. Unsangkerable kan? Selamat hari Jumaat semer. Tinggal lagi seminggu ajer cuti.. Cepat sungguh.. Huhuhuhu
Mender yg besh x kan kekal lama. Cepat ajer ia 'mencair'/ilang..