GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Sunday, June 24, 2012

Jika Diberi Peluang..

     Suara meminta tolong sayup2 kedengaran. Aku terjaga dari mimpi bertemu Doraemon. Aku tak boleh biarkan. Sebagai 'superhero' haiwan terhandal dan tercomel abad ini, aku perlu menjalankan tanggungjawabku.
     Mana pakaian seragamku? Oh! Tergantung kemas dalam almari selepas tuanku mencuci kering di kedai dobi depan rumah aku siang tadi.
     Dalam melunaskan tanggungjawab sebagai adiwira pujaan ramai, aku mendapat sokongan penuh tuan aku.

     Oppss, so sorry! Gambar tuan aku tiada jadi aku tempekkanlah gambo aku.

     Sebagai kucing peliharaan yang jinak mantaps n gojes gitu, memang  aku adalah pelindung dan pendamping tuan aku yang sangat rapat. Bila tuan aku gembira, beliau akan peluk aku erat2 sambil cium2 aku. Bila beliau sedih pon sama. Sambil2 nangis, beliau akan peluk aku lagi erat2 sambil mengomel tah apa2. Aku dengar ajerler. Abes basah bulu2 aku ngan air mata beliau.
     Bagi aku, tiada apa yang aku mahu selain menjadi 'superhero' kepada tuan aku untuk menempuh suka duka kehidupan dengan beliau.

     Idola aku, tak lain tak bukan...

 dialahh!!

     Bulan 7 neh nak masuk panggung. Kalau dapat tiket free dari Nuffnang lagi bagus!! Korang bole baca lagik sini kalau nak juin peraduan tuh gaks..

     Oklah. Aku terpaksa meminta diri dulu. Nak cari sapa yang mintak tolong tadi.....



 

7 comments:

-gedek! said...

ngantok la pulak tengok kucing tu...

(mengantok tu barjangkit, tahu)

atuk said...

Assalamualaikum Ayu

dalam kecemasan, terdengar orang minta tolong, pun boleh buat n3....he he

kakcik said...

Pandai pulak kucing tu menulis. :)

nyanyisunyi said...

kalau boleh nk mintak tolong putarkan smula jam kan bagus..

[PCL] said...

da tghari dah ni wahai 'kucing' sekalilan...

Papa Mifz said...

apabila kucing berbicara...hehe

Daddy Ziyyad said...

Dah lama tak tgk wayang sejak ada anak ni!!! huhuhu