Kalau korang suka sangat kumpulan Slash luar negara, aku minat gilerz ngan Slash Malaysia. Korang ni cliche. Asal Slash,Taman Astakona. Slash tu macam2 lagu ada. Korang namakanlah kat komen. Tata.. Wasallam.
NASI KERABU BUAH TANJUNG
GENG2 SETIA
Dah Boleh Cashout Tapi Tamau
Thursday, February 24, 2022
Friday, May 14, 2021
Pantang Sikit
Pantang sikitlah blog teringgal, adalah setan nak ambil alih. Setan betul. Lama sungguhlaa bersawang blog ni. Bertahun tahun dah. Takder modal dan penat nak bersengkang mata dah. Namun, kawan-kawan lain ada lagi yang masih aktif. Salute betul dengan mereka ni.
Akaun Nuffnang agaknya ada duit lagi tak? Agak misteri tu sebab nampak iklannya ada lagi kat sini.
Wednesday, December 26, 2018
Bulan Disember 2018
Hampir mengakhiri tahun 2018. Dah lama blog ini terbiar sepi. Aku tak dapat nak janji untuk terus menulis entri. Hanya dapat mencuba saja. Teringat masa lalu di mana membaca blog beberapa rakan dan kemudian sebelum melelapkan mata, mencoret sesuatu yang menarik di blog sendiri. Esoknya dengan penuh teruja menunggu makluman dari email jika ada komen baru di entri berkenaan.
Dengan pesatnya perkembangan Facebook, semakin hari semakin sepi dan sunyi blogku. Aku pun dah tak larat nak bersengkang mata lagi untuk menaip entri.
Pagi ini terasa rajin pula. Aku senantiasa berharap akan lebih rajin pada waktu mendatang. Insyaallah.
Sisa-sisa 2018 harus dipupuk dengan rasa rajin mengetik papan kekunci laptop untuk berkongsi sesuatu di blog. Tapi, memang aku tak rasa aku mampu pun. Sementelah sesi persekolahan 2019 bakal bermula dan 26/12/2018 adalah taklimat pertama untuk sesi 2019 membawa ke 29/12/2018.
Yes, akhirnya ada sesuatu ditaip di sini. Mari tidur!
Artikel dalam Majalah Mingguan Wanita. Tahun bila ada kat atas muka surat. Sebagai penghias entri saja.
Friday, August 31, 2018
Bersemangat bersama 'Perajurit Tanah Air'
Bismillahirrohmanirrohim. Sekali lagi aku merasa kekok tapi rasa itu perlu dibuang jauh. "Bertahanlah kerana sebelum ini pun kau dah menghadapi yang lebih teruk." Boleh dikatakan awal tahun sehingga sekarang, banyak mender terjadi. Alhamdulillah, walaupun rasa takut menghadapinya tapi berserah bulat-bulat kepada AR RAHMAN dan hati dan jiwa tenang semula.
Tidak dinafikan, kejadian di Lahad Datu banyak mempengaruhi perasaan, jiwa dan pemikiran aku. Diri menjadi lebih peka dan berminat kepada isu itu bila berita ke udara. Jiwa dan emosi lebih tersentuh setiap kali berita dan cerita itu ke udara. Kelmarin; ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, terdengar lagu 'Perajurit Tanah Air'. Mula-mula aku ikut menyanyi dengan rasa bangga dan bersemangat sehingga meremang bulu roma. Sampai ke bahagian korus, tak semena-mena air mataku laju bercucuran sehingga aku terpaksa memberhentikan nyanyian. Sebak dan pedih menyerbu ke dada. Terbayang wajah2 Arwah ASP Zulkifli Mamat, Arwah Sarjan Sabaruddin, Arwah SUPT. Ibrahim Lebar, Mendiang ASP Micheal, Arwah Sarjan Baharin, Arwah Sarjan Aziz, Arwah Kpl Salam dan Arwah L/kpl Azrul. 8 orang perwira negara yang gugur di bumi bertuah. Terbayang juga wajah orang-orang tersayang yang mereka tinggalkan. Sebak lagi melihat sedutan rancangan khas ketibaan jenazah semuanya di tempat masing-masing.
Aku cuba untuk mengawal emosi dan tertanya-tanya sendiri kenapa aku jadi begitu sensitif dan tersentuh dengan situasi ini. Bila ku fikir-fikir, manakan tidak. Aku sendiri berasal dari bumi Tok Janggut atau Haji Mohd. Hassan bin Munas. Kat Wikipedia pun ada biodata arwah. Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada salah seorang pejuang bangsa ini. Dan, semasa di maktab dulu, aku menyertai Askar Wataniah dalam Kor Ubat. Sepanjang penglibatan aku dalam aktiviti2 yang telah dianjurkan, banyak pengalaman berharga yang ku kutip. Antaranya menembak menggunakan M-16 di Padang Sasar Kem Terendak, Melaka dan menyertai aktiviti Baling Grenade (bom tangan) di tempat yang sama. Yang kuingat, pada masa itu M-16 sedang 'dilupus' dari kegunaan dan diganti dengan Styre buatan Austria kalau tak silap. Selain itu, pernah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan di Kuantan antara tahun 97-99; aku lupa. Masa menembak tu aku mendapat skor tertinggi dalam kalangan 'perajurit' wanita atau pranita. vahhh gitu! Unsangkerable. Jadi aku simpulkan pengalaman itulah yang mempengaruhi emosi, tindakan serta pemikiran aku sekarang. It makes me who I am now.
Labels:
arwah,
Lahad Datu,
mendiang,
Ops Daulat,
Sabah,
Sabaruddin,
Semporna,
wira negara,
Zulkifli Mamat
Friday, October 20, 2017
Nasib Sebuah Blog
Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
Begitulah nasib sebuah blog…
Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)
Saturday, September 10, 2016
Pengalaman Menyeronokkan di Majlis Pelancaran Hari Jadi Fish & Co. Pavillion Kuala Lumpur.
Sudah lama kami tidak dijemput ke 'event' bloggers. Rasa loser sunyi gaks tau. (nangis dalam hati). Email dari pihak Fish & Co menceriakan semula hari-hari dukaku… hihi..
Majlis ini diberi nama 'Birthday Party Launch at Fish & Co. '. Program sambutan hari jadi ini adalah dengan kerjasama DayOne Birthday Party Planner. Ia berlangsung pada Sabtu, 27 Ogos 2016. Majlis ini bermula jam 6.00 ptg dan sepatutnya berakhir pada 8.30 malam tapi dek kerana padat dan seronoknya aktiviti, ia berakhir jam 9 malam. Hebat tak penangannya?
Sampainya kat sana, kena daftar dulu. Semestinya topi kelasi dan garfu besar adalah alatan penting untuk bergaya. Riben biru dan putih juga diberi untuk diikat di tangan. Memula memang tatau pun apa tujuannya. Lepas nak mula aktiviti baru tahu ia untuk pembahagian kumpulan. Tengoklah betapa bergayanya si Kakak dan si Adik..
Nasiblah posing senyum elok
Kapten muslimah
Selepas tu, boleh layan amek gambo kat 'photo booth' yang disediakan. Cuci mata anda ye…
Hasil bidikan jurugambar profesional dari DayOne. Suka sangat walau tak cukup ahli keluarga.
Cenderahati bermakna dari DayOne. Topi tu props je ok? Kena pulang balik, takleh bawa balik.
Sebelum pelancaran bermula, kami dipersilakan menikmati hidangan 'buffet'. Sementelah perut dah lapar, mari kita serbu..
Pelbagai menu asas dan terbaik disediakan antaranya salad sayuran, ikan dan sotong celup tepung, ayam panggang, speghetti bolognaise, nasi berkismis dan paling cepat habis yang paling jelas korang nampak iaitu pizza. Sebenarnya semua menu di atas ada namanya tersendiri. Panjang laks kalau aku tulis. Nak tau gaks kena g try makan kat Fish & Co ni bagi yang belum cuba.
Acara dimulakan dengan penerangan aktiviti dari pihak penganjur. Bukan senang nak bagi arahan kat si cilik ni semua kalau tak sabar. Arahan pula kena jelas dan ringkas. Tapi, aku kagum betul dengan pasukan depa ni dok layan bebudak semua terutama Kapten Savannah. Siap pujuk Kakak dan Adik yang buat pe'el 'comel' sangat. Tenang dah depa lepas tu. Alhamdulillah..
Comey sangat Kakak dan Kapten Savannah ni kan?
Tengok si Adik dah terkedu atas pujukan Kapten Savannah.
Fish & Co. menyediakan pakej sambutan hari jadi yang meriah dan padat dengan aktiviti yang mampu menguji minda serta fizikal kanak-kanak. Mak pak pun boleh join sekali. Korang angkat telefon dan dail nombor di bawah ni, semuanya diuruskan untuk majlis korang…
Charmaine
charmaine@fish-co.com.my
012-3873291
Zoe
zoe@fish-co.com.my
016-2017367
Inilah lebih kurang pusat aktiviti yang disediakan. Banyak stesen dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda dan fizikal anak-anak boleh dicuba. Remaja dan orang dewasa pun seronok cuba aktiviti ni semua. Tak caya tengok gambar kat bawah ni..
Sekeluarga join. Beri sokongan antara satu sama lain sebenarnya. Boleh lepaskan tekanan juga tau. Si Abang mulanya taknak join. Akhirnya bila dipaksa disuruh, terjebak juga.
Apa yang aku boleh kata, aktiviti ni semua banyak mendorong anak-anak supaya berdikari, berkeyakinan dan berinteraksi antara satu sama lain. Korang bayangkan sorang cakap melayu, lagi sorang cakap omputih tapi sama-sama berganding bahu jaga stesen dan menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan. Hebat tak?
Aku nak tempek pakej yang ditawarkan. Memang ada antara kita yang kata agak mahal. Aku pun rasa macam tu. Tapi, kalau nak dinilaikan dengan apa yang diatur dari A-Z, dari pengurusan aktiviti ke pengurusan makanan dan minuman serta 'goodie bag', tempat yang cantik serta kawalan ke atas kanak-kanak, korang akan dapat nilai untuk wang yang dibelanjakan..
Pelbagai pakej untuk dipilih.
Pakej majlis sambutan hari jadi ini boleh diadakan di Fish & Co. Pavillion KL, Main Place@USJ21, Paradigm Mall Kelana Jaya, IOI City Mall dan The Mines Seri Kembangan.
Aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak Fish & Co. kerana masih sudi jemput aku dan keluarga merasai pengalaman hebat dan manis ini. Korang yang nak rasa makan makanan laut dalam kuali boleh cuba terjah ke restorannya yang berdekatan dengan umah korang. Sebagai penutup, aku rasa tak lengkap kalau aku tak masukkan gambo ni..
Antara geng bloggers yang hadir. Ada lagi yang tak enterframe termasuk aku. Ada yang dah lama kenal macam Jane Chua yang baju turqoise tu. Pastu yang dok buat tanda peace tu Aiin Baharum yang aku cam kat fb. Jumpa live kecik molek orangnya. Ada lagi sorang tu Miss Pinky ka apa. Hahahaha.. jgn mare baca entri ni tau. Dapat jumpa live gaks ngan kak Hazel. Baguslah tak snap gambo sesama. Yang lelain tu tak sempat nak beramah mesra pasal dok berhempas pulas ngan bebudak ni. Biasalaa tu kan? Nannie Isa pun ado.
p/s: Like lah kan?
Labels:
birthday party,
DayOne,
Fish N Co.,
hari jadi,
hari lahir,
Kuala Lumpur,
mainplacebigcatch,
majlis,
Pavillion KL,
sambutan,
seafood
Saturday, May 30, 2015
Makan di U-Cafe Wangsa Walk
Dah lama tak dapat jemputan 'food review'. Alhamdulillah kali ni Jamar Bahar jemput untuk merasa hidangan di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju. Terima kasih, bro. Tentu korang tau tempat ni kan?
Nak cari lokasi kafe ni tak susah. Korang masuk ikut pintu utama Wangsa Walk terus nampak tempatnya kat depan ni. Dua tingkat lagi. Kat atas korang boleh pilih nak makan 'indoor' yg berhawa dingin atau 'outdoor' kalau nak berpanas dan berpeluh sikit.
Pembuka selera iaitu kerabu taugeh. Memang terbuka selera u ols. Minuman plaks macam air pudina asam.
Platter makanan laut. Ada sotong dan udang celup tepung beserta 4 ketul isi ikan salmon. Sesuai gaks untuk 'starter'.
Combo platter. Ada kentang 'fun fries' dan 'wedges', isi ikan bersalut 'jaring' rangup, ikan dori celup tepung dan ayam goreng. Ayamnya aku suka. Berjus dan lembut walau dah lama dihidang. Kompom ayamnya segar.
Lagi satu pembuka selera, salad bersama roti perancis. Atas roti tu ada sambal ikan bilis kering. Memang membangkitkan selera.
Spghetti karbonara dengan kepingan daging. Sosnya agak cair tapi oklah tak muak sangat.
Dua pinggan stik yang tak sama ye? 1 ada campuran lamb shank dan ayam gril. Lagi satu memang lamb shank je. Ok juga rasanya.
Nasi putih dengan ikan talapia goreng rangup dengan sayur acar kobis dan sambal kicap. Nampak 'humble' dan ringkas tapi rasanya kelas pertama! Ikan tu nampak macam masin tapi sebenarnya tidak. Sesuai sungguh gandingannya acar kobis/sayur campur dan kicap tu. Sedap sangat. Ada 'chia seed' kat nasi putih tu.
Nasi putih dengan sayur campur dalam bakul keladi. Pertama kali rasa bakul tu. Ringan je rupanya. Tak berapa suka. Lauknya ayam mentega. Boleh diterima. Tapi sayur kacang botol tumis sambal tu pedas sangat. Pedih lidah. Haha
Udang tumis sambal dengan asparagus. Ku suka gaks. Sedap ratah2 sayur mahal ni. Haha..
Nasi goreng bersama isi ketam dalam daun lotus. Biasa je bagi aku.
Nasi lemak rendang ayam. Tengok kacang tanah dia punya besau. Masa ni perut aku dah tak larat nak terima makanan dah. Sendat oi!. Haha..
Nasi putih dengan kari hijau ayam. Alamak! Kegemaran ni. Sesal kalau tak rasa. Amek sesudu nasi dan lauk. Aduh, sedapnya! Lain kali datang nak pesan ni. Highly recommended! Abe Zam makan separuh.
Mi kari. Besar sungguh mangkuknya. Aku dah tak larat tapi tengok rupa macam sedap. Depa ni dok makan nampak sedap. Karinya pekat dan isi boleh tahan.
Kue teow goreng. Nampak sedap. Sedap kots. Haha..
Nasi lemak paha ayam. Nampak menyelerakan tapi perut dah sendat. Larat tengok je.
Mihun goreng dengan kupang. No komen pasal tak rasa. Dah sendatttt perut!
Menu terakhir. Kegemaran plaks. Tapi memang tak sampai hati nak dera perut lagi. Asam Laksa. Kuah nampak pekat. Lain kali nak pesan ni gaks.
Memang mewah 'food review' kali ini. Itu pun aku tak rasa nasi kukus depa pasal sampai lambat. Kalau tak.. Huhu. Aku nampak nasi kukus ayam berempah tu banyak. Ayam pun agak besar. Bulan puasa ni U-Cafe ada buat buffet Ramadhan dan menu nasi kukus. Harga korang boleh tanya Rachel di nombor 019-3133668. Nak tempah untuk sambutan hari jadi atau apa-apa jamuan pun boleh. Ikut tema pun depa layankan. Yang penting hubungi Rachel tu tau?
Yang pompuan tu Rachel takkan yang lelaki tu plaks kan? Nick ke nama dia tu. Aku lupa.. Huhu
Apalagi korang? Jomlah terjah. Ini baru tunjuk makanan. Belum minumannya yang ada macam-macam jenis dan banyak pilihan.. Kat FB 'like' page depa U-Cafe Wangsa Walk...

posted from Bloggeroid
Labels:
gathering bloggers,
makan sedap,
U-Cafe,
Wangsa Maju,
Wangsa Walk
Subscribe to:
Posts (Atom)