GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Friday, June 8, 2012

Melawat Pusat Sains Negara


 

     Abah mula cuti semalam sehingga hari minggu. Nak ditunaikan hajat Abang Imran untuk berkunjung ke Pusat Sains Negara. Abang tertarik tengok PSN dalam 'Wanita Hari Ini' hari Isnin n Selasa lepas.
     Tengoklah kadar masuk untuk tengok dinasor tuh. Tak berbaloi weh jadinya masuk pameran yang biasa2 tuh ajer. Dewasa RM6, kanak2 RM3. Robot yg gambo memula tuh adalah hasil kerja tangan aku n Abg selepas membayar RM2. Pakai 'dino clay' tuh. Macam kuih sagu ler mendernyer. Rasa nak ngap plaks...ahahah
 
 Gegambo bawah akuarium neh yang aku paling suka. Mender neh ada lebey awal dari Aquaria KLCC kan? Dapat tengok perut ikan hidup2...ahhaha

Bakor sodap neh. Cicah air asam...hihihi
 
     Ada macam2 mender yang mendekatkan kita kepada sains. Sains ada kat memana kan? Kita jer kadang2 tak perasan. Ada mengenai tenaga air, api, elektrik, udara, air dan macam2 lagi. Pasal sel, pasal organisma. Macam mana bayi berkembang dalam rahim ibu. Macam mana makanan masuk dalam perut kita dan diproses pon ditunjukkan dalam bentuk rajah yang diperbuat dari besi. Malas plaks aku nak snap. Yang pastinya, cuti2 sekolah neh memang sesaklaa tempat tuh. Alat2 yang menarik plaks kena turnggu giliran nak cuba. Tak cuba semua pon semalam. FEnat...
 
Yang pastinya, bayi ini suka mencuba semuanya..
 
 Ini magnet terapung... cuba jgn x cuba
 
" Hiyaaarrkkkhh!! Beratlaa neh nak bawak balik, Mama."
 
     Dah puas explore yang neh semer, sampai kat ruang legar plaks. Yang bayo RM6 tuh kat tingkat 1 ajer manakala dinosor tuh kat tingkat atas. Kat ruang legar ader rangka besor then tempat main bebudak. Abang spent time gaks kat sana.
 
Grrr, makan budakkk!!!

     Tempat neh luas juga. Berbukit lagik tuh. Tempat parking adalah depan Suruhanjaya Sekuriti tuh then korang menapak naik jambatan then bukit bukau. Beli air dulu nanti dahaga. Dah lepas beli tiket tuh aku nampak ader reramai dok bermandian kat kolam macam kat taman tema. Nasib baik 'Ocean World' tuh tutup pasal pengubahsuaian kalo tak tentu lagi penat nak masuk sana. Pastu ada gaks kedai cenderahati dan kafe.

  Memang seronok juga datang sini. Korang mohler bawak keluarga plaks..
 
 
 

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Amboi Adik Iffah ni... semua dia nak cuba ya? Geget kang! :)

Ati Masrif said...

kami pun pergi ke sana baru ni

tapi mcm tak sempat terjah semuakan..best!

dear anies said...

amboiiii seronoknya

JunAina said...

Ini termasuk dalam listing next school holiday...:)

Geng Borak said...

giler best ke sana.. ramai gak blogger dah ke sana.. kid je tak sempat lagi.. hehehehe

Darling Pya said...

acu lum penah sampai lagi ke Pusat Sains Negara nie
eh..semangat betul iffah tu nak mencuba semua benda :)

Ruby said...

alahai seronok tengok baby tu explore semua benda kat situ.. hehe..

xoxo!
www.rabiatuladawiyah.com