GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, June 30, 2010

Top Commentor??

     Time check dok reronda kt belog Puan Sumijelly, tetiba terpandanglah sesuatu..... waaaa... mcm x cayer.....

Errr, korang bole nampak ker? Hopefully bole laa. Aku lom ader skill 'crop' dalam paint so..belasah ajerrr

     ok, korang cayer??


     Hoh, kat belog Puan Kancilbiru pon ader maaa.....




Ok, pagi malam neh sy tito dalam iman senyummm.....

Haiyah....

 Ok, aku baru reti nak wat print screen. Dah letak kat 'paint' tuh, terus aku masuk kt dalam entry neh, gambo tak muat semua. Korang tengok buktinya yea, kat sini. Sedeylaa....uhuks....Soklan sy: cemana nak crop gambo dalam paint eks? Sy orang tua ganyut baru nak belajar, kalo salah, jgn jolok yea....huhuhuhuhuhu

     Ader orang nak tulung saya? Huhuhuhuhuhu.....

Tuesday, June 29, 2010

Lawak 'World Cup'

     Arituh, kakak aku ada bagitau... pasal anak bongsu dier yang derejah dua. Anak buah aku neh memang terkenal dengan kata2 dan ayat2 berbisa yang tak pernah orang lain terfikir. Kadang-kadang lawak, kadang2 'make sense' dan tak kurang juga yang lurus bendui. Alahai, tang luruih bendui tuhlaaa selalunyer yang jadik lawak.

     Satu hari, abang dier tampallah jadual 'WC' kat dinding dalam bilik. Alah, yang macam korang amek kat paper tuh laaa. Kat jadual tuh aderlaaa gambo kartun bintang2 piala dunia. Memang rupa kartun tuh saling tak tumpah macam rupa asal depalah. Dah siap tampal, si tecik neh datanglaaa dok menilik2 jadual tuh. Then, beliau bertanya,"Abang, mana satu Lee Chong Wei?".... korang nak gelak ker nak nangis tuuhh??

Monday, June 28, 2010

Pemansuhan PMR, SPM dan Dilemma Seorang Guru

     Walaupun topik neh dah agak basi, tapi aku rasa ia masih lagi hangat diperbincangkan di mana2 pun. Kat kantin sekolah, pejabat kerajaan, pejabat swasta, dalam kereta hatta dalam tandas sekalipun. 'Ahli panel'nya tak perlu mempunyai sijil berjela2 atau pangkat berlapis2 tapi kalau tak pernah ambik PMR dan SPM pun boleh membincangkan hal ini.
     Aku rasa kalau buat 'poll', ramai yang tak setuju mender alah yang dua neh dimansuhkan. Kata mereka tiadalah tanda aras pencapaian murid-murid kalau tiada peperiksaan. Tiada 'kayu ukur', tiada prestasi. Betul ker? Korang setuju?? Ker korang jeles kalau mender neh jadi, budak2 neh tak payah nak bersusah payah belajar macam korang dulu? Pasal kalau dah berhempas pulas belajar tak aderlaa masa nak berfesbuk, ber'kicau' dan ber'apdet' blog kan3? Haaa.... jangan tak ngaku yea?

     Bagi yang bersetuju dengan cadangan ini, memanglaa menyambut baik kan? Jadinya, budak2 tak derlaa nak jadi ulat buku jer kan? Ader masa nak bersosial, nak spend masa yang berkualiti dengan keluarga dan macam-macam lagi. Lagipun, budak2 yang tak berapa pandai dalam pelajaran boleh menceburkan diri dalam bidang lain yang depa minat. Nak berjaya dalam hidup bukan kena pandai dalam akademik ajer tapi bakat dan minat dalam bidang lain boleh dipupuk jika sistem pembelajaran tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.
     Hmmm... tapikan... kalau peperiksaan takder, Majlis Peperiksaan (Exam Syndicate) nak buat kerja aper yea? Guru-guru tuisyen cemana nak cari makan? Kalau masih berkhidmat dengan kerajaan, 'makan basic' ajer?? Hm....


     Bagaimanapun, 'seorang' guru berpendapat...." Aiyohhh!! Apa susah2 mau pikir. Ada exam ker, tak ader ker, guru kena buatlaa semuanya... kena tau!! Musti... ". Mansuh ker tak, buat ajerlaaaa labuuuu.....

    

Wednesday, June 23, 2010

Tips Mengetahui Janda/Duda Anda Masih Sayangkan Anda

     Cinta.... tahan lama tak? Berpanjangan? Happily ever after?? Can be but not for all people. Berkesan bagi sesetengah orang jek... Kalo jodoh tak panjang (sila jgn salahkan takdir sebab perbuatan itu datang dari manusia).... memang dapat gelaran baru. Tapi jangan risau. Ader gaks cara nak tau sama ada janda or duda anda tuh still sayang or tergila2 ala2 gila talak kat anda lagik ker tak....

1. Masih sms anda dengan menggunakan perkataan 'sayang/honey/papa/mama' instead of 'awak' dan 'saya'
Dah tentu2nya kalau dah berpisah neh, biasanyerlaaa dah tak der masa dan kesempatan nak ber'romantik' bagai memula bercinta dulu2 kan? Main belasah jerlaaa perkataan mana yang nak diguna. Kalau pakai 'awak', 'saya' tuh dah kira cukup sopan dah tuh. Kalau main 'haku', 'hengkau'.... pon boleh tahan lagik. Kalau pakai nama2 binatang plaks cemana? Jadi, kalau perkara di atas neh masih terjadi, dah sah laaa tuh gila talak...errrr, masih ada chenta di hatinya.

2.Buat2 call anak tapi 97% topik perbualan dengan anak tuh macam soklan cepu perak nak tau aktiviti anda
Pelik juga bila handphone anak anda slalu laa dok kring...kring... rimaih jer dengo. Setiap sejam bunyik, sejam lepas tuh bunyik lagi. Memula memang rasa saspek ngan anak tapi bila dah tau saper yang call then citer pasal aper, so nak saspek saper now? Cianlaa anak dier jadik operator x der gaji...huhhuhuhuhu

3.Terasa macam ader keta/moto/motobot dok usha jer ngeko keta kebal anda
Jangan takut, jangan bimbang dan jangan nak cepat2 repot bapak pulisi yer? Kang abe pulis tuh bantai gelak 44 hari 44 malam  jeks. Seeloknya disiasat dan diteliti serta ditenung dulu saper supirnya. Kalau ala2 macam kenal tuh bolelah wat sesi terjah menerjah blogwalking dier pulaks. Kasi dier terkojut plaks. Appa macam? Bole ka?  

4.Dok terpikir2 dan teringat lagik kat si dia
Aiyohh!!! Kalo yang ini, dah sah2. Dah confirm. Memanglaaa tak bole nak berpisah sebenarnya. U ols berdua memang masih tertinggal 'kimia' itu dalam diri masing2.Panjang kata, masih ada jodoh dan masih mencintai antara satu sama lain. Hidup anda berdua mmg 'complement' each other. Saling lengkap melengkapi. Jadi, ameklah langkah seterusnya yang terbaik utk hidup anda berdua bersama anak2.... Betui ka dak??  
 


Monday, June 21, 2010

Antara Fasha Sandha, Tiq Zaqyah dan Jejai

     Tengok muka depan 'Harian Metro' hari neh.....hmmmm... rasa geram jeks. Antara headlines dier pasal 2 org artis 'pucuk muda dan hijau' neh dan seorang yang bole dianggap big shot jugerler... Bagi aku, rugi jeks muka depan paper tuh taruk psl 'perebutan' jantan. Siap 'shout2' kt Twitter lagik tuh. Aku rasa banyak lagi isu2 yang membina bangsa kat Malaysia neh yang boleh diletakkan sebagai salah satu headline kt paper. Tapi, bila fikir2 balik pulaks, nak pelik apa kan? Paper pon mengejar 'trafik' gaks bukan aku jer kan? Jadinyer diletakkanlah kisah2 'jamban' yang orang2 kita memang nak baca, (termasuk aku?? soryy..aku 'skim and scan' ajer yer coz nak tau aper sebab musababnyer kisah tuh kuar kat depan paper). Bukan aper, kalo aku baca merugikan masa aku jer. Baik aku apdet belog, kots2 'keywords' neh leh tinggikan trafik aku lagik...ehehekehehehehehek...

     Jejai?? Hmmmm... sorrylah pd 'peminat2' dia, tapi tgk ker panggilan 'manja' tuh teringat plaks kt anak buah aku yg pakai nickname sama. Yang bezanya anak buah aku tuh baru 5 tahun, idung x penah kering, asik berair jeks, x der gelaran tun ker, tuan muder ker kat depan dan x drive BMW or Merz ker haper, hanya jalan kaki jeks. Kalo anak buah aku tuh macam si Jejai yg depa berdua tuh dok rebut2kan aku rasa faktor usia bukanlah penghalang. Depa main rembat ajer.

     Hmmmm... dah tentu2 Jejai tuh dudo, Fasha Sandha (saper eks??) tuh anok daro, Tiq Zaqyah pon samo. Apo salahnyo nikah... Sekali jalan 2, aper nak pelik kan? Jejai tuh berkemampuan lahir batin dan Fasha n Tiqz plaks masing2 dpt madu; payung mas lagi yuuuuu.....

     Errrr...alamak!! Kalo payung emas dapat kat bini tua@1 kan? Saper eks yg nak jadi nombor 1? Ish2.... kener shout kt Twitter lagiklaaa gamaknyer.... laman sosial jadi laman berbalah..... ado kor??

    

Friday, June 18, 2010

My Mind is the Scene of the Crime.

     I love to watch drama and movies. Each and every night after coming back from work, I will stuck in front of the television to watch drama or movies. Since I don't have an Astro at home, I just watch TV2 that has aired mostly blockbuster film from 1980-ies to 2000. Not bad huh?? 

     My favourite genres or themes are funny, autobiography or crime. Speaking of crime, of course NCIS and CSI are the most popular series that come in mind. The smart and experienced Taylor, Grissom and Caine are unbeatable. Maybe,  I'm getting influenced by them.

     Orite, back to the topic; the most valuable secret in my mind that I don’t want to be stolen. I would say; the memory of my integrity; who am I, where I'm from, my faith and the way I see life. I can't imagine how it would be, if.... one day, I wake up but I'm not the same person anymore. Well, I would want to have a perfect physical attribute but not my inner side. The way I think now is the best thing ever that nothing in the world could buy.

     Secondly, I don't want the memory of my family to be stolen. I must admit that my family is not the best ever but I am lucky enough to have people who love and care for me. Imagine if I was born in an orphanage or a place that is not suitable for children to grow up. Just imagine.

     This coming July promises you to witness something that you don't want to imagine or happen in you life. Any situation or story will start somewhere, that is very basic, from the beginning!!

poster

 Can you imagine this?

     It's been a while since we watch Leo DiCaprio and 'our' lovely honey  is coming back, much more matured!! I hope I can be one of the lucky person out there to watch him first this July.

     For more info, feel free to drop by here to increase your outer motivation! ngehngehngeh.....

Thursday, June 17, 2010

Kau Pergi

     Gi mari, gi mari. Dah almost to the end. Rasa memang tak puas. Yerler, manalaa nk puas, cuti kan? Kalo orang lain cuti, keje tak bawak balik umah. Haku plaks? Huhuhuhuhuhuhu.... kalo cuti macam neh, baiklaa aku kjer. Btui tak??

     Haiiii.... mengeluh pown tak guna. Kerja kasi siap. Tapi time cuti neh sempat juger buat 'bw' byk2. Ala2 macam orang giler juger. Tapi juger, aku tinggalkan jejak kt blog2 yang sekelapa err...naper aku taip kelapa plaks.... sekepala ngan aku. Belog2 yang aku suker baca, belog2 yang aku paham apa yg aku baca. Kira yang tercapai akalku lah. Kalo standard tinggi2 sangat x retilah, bai....

     Masa cuti neh juga bagi chance kat aku hapgret belog neh siket2. Yang paling besh, berjaya letakkan 'tempat menjerit' utk. kawan2 sapa2 aku, tinggalkan jejak juger utk. aku jejak balik lepas itu. Utk itu, aku nak sayang sangat2 kat E-na Lovely Kitchen and NizamLimited coz tak lokek nk share ilmu yg depa tau. 'Sharing is caring but not everything can be shared', kata E-na. Ok,bos... noted!! hehehehhehe..... Kawan2 blogger yang lain jgn tecik ati tau. Kiter pon syg u ols semer.... sebab tuh kiter selalu merayau2 kat belog u ols.... nanti kalau dah pandai wat award kiter bagi u ols yea? ( jgn janji manis ajer...)


Tq, shannon utk. photo ini.

Tuesday, June 15, 2010

Lemon

     Lemon adalah sejenis buah yang digunakan dengan meluas oleh omputih. Dalam kuih, biskut dan segala macam masakan depa neh tak boleh lari dari campur jus lemon or 'zess' kulit dier. 

     Dulu aku tak terpikir pon kebaikan lemon; I just don't bother. Tapi, sejak kawan2 kt skola tuh dok sebok memperkatakan yg 'iced lemon tea' kt kantin tuh sedap bebeno. so aku nak trylah. Sekali try. humang haiiii!!! Betullah bagai yang dikata. Lepas hari tuh, lemon tea adalah minuman 'keperluan' aku kt kantin. Tak leh ckp wajib, kalo wajib, x minum dosa plaks kan? hekhekhek......

     Aku pon beli jugerlaaa lemon kat pasar malam area umah aku tuh. Murah gaks buah2an kat situ (iklan luar topik sikit). Kalo korang 'terlalu' kat area Seri Muda neh pada hari Jumaat, jemputlah singgah ke pasar malam itu. Buah2an fresh siap bole try lagik and rega murah. Nak singgah umah aku pon bole, tapi kener tgk time tuh aku dah sampai umah ker tak; kalo hari kejalah.

     Ok, sambung citer. Cuti sekolah 2 minggu neh, boleh dikatakan hari2 lah aku rajin 'menghasilkan' iced lemon tea neh. Paling lama bertahan dalam peti ais, 2 hari jeks. Kalo buat pagi, malam habehlaaa. Tuh paling cepat. 

Ini yang aku buat malam tadi. Ader lagik dalam peti ais. Korang tatap laa yea? hehehhehe

     Patutlaaa David Teo letak nama restoran dier 'Lemon' kan?

Percaya atau Tidak

     Lama jugaks aku dok tercari-cari buku ini kat pasaran. Atau lebih tepat dah lama aku tak beli buku. Nak jimat belanja?? Kalau itulah sebabnya, rasa macam tak munasabah pasal duit dalam bank bukan makin gemuk tapi makin kurus. Aku jer yang makin gemok....ahahahhahhah

     Tadi masa dinner kat Pak Li, aku singgah ler kat kedai buku sebelah tuh sesambil nunggu order sampai. Telek punya telek, belek punya belek, ternampaklah buku itu. Ok, ader satu jeks. Rega rm14.90 ker kalo tak silap. Jadi, dah ader depan mata sambaulah kan? Kalo tak beli kang balik umah teringat-ingat.

Tak taulaa abeh baca or tak. Or bila nak start n abeh baca

Bolehkah Kenangan Itu Dijejak Semula?

     Inilah dianyer...

     Gambar di atas merupakan kad memori aku yang pertama. Kad tersebut aku gunakan dalam kamera digital aku yang pertama juga. Kamera cekai berharga rm199 sahaja. Di kala malam hari dan juga apabila kamu terketar-ketar maka jangan haraplah kamu dapat menggunakan kamera ini. Jika aku menyuruh kamu juga, nescaya aku akan panas hati dan memarahi kamu. Hanya aku dan suami yang 'mengerti' dan tahu menggunakan kamera ini.

     Selepas beberapa ketika, aku sudah mula bosan dengan kamera itu. (ader entry berkenaan kamera dalam 'isu' lepas. aku lom reti wat link page so silalah merajinkan jari klik semua post2 aku yang lepas....ehehehhe) Dengan itu, aku pun berkira2 atau lebih tepat lagi berangan-angan mahu membeli kamera yang baharu (pelik pula aku menggunakan perkataan ini). Dipendekkan cerita, aderla jodohku bersama kamera itu. Apabila, membeli kamera, sudah tentulah pakejnya bersekali dengan kad memori. Kali ini, aku mendapat kad memori yang mempunyai 'storage' yang lebih besar iaitu 8gb. Jadi, kad memori yang lama ini kusimpan di dalam dompet duit aku dengan harapan ianyer akan selamat sampai bila2. 

     Tiba-tiba, pada suati hari, tatkala aku memasukkannya ke dalam kamera, aku terkejut. 'Memory card error', itulah yang keluar di skrin kamera. Uhukksss!!! Benarkah itu? Aku seperti tidak percaya.... benarkah? benarkah? Sudah puas kucuba; di kamera, di komputer tiba tetapi ianya tetap tidak berfungsi seperti sepatutnya.... Aduh2!!Bolehkah 'benda2' di dalam itu di'track back'?? Ada sesiapa yang boleh membantu??

p/s: ok tak tahap B.M aku?? ehehhehe

Saturday, June 12, 2010

Ijab dan Qabul

     Cuti2 sekolah neh dah ramai maklum, macam2 mender berlaku. Yang paling jelas dan biasa sudah semestinya walimatul urus lah. Kat fesbuk plaks banyaklaa album2 kawen di'upload'kan untuk tatapan kawan2 dan sedara-mara semua. Aku pon x terkecuali.

     Malam tadi merupakan majlis akad nikah seorang lagi anak buah aku iaitu Aimi Farhana bt. Hj. Hashim dengan suaminya Wan Hafizudin bin Abu Bakar. Selamat Pengantin Baru Cik Su Ayu ucapkan, semua u all berdua berkekalan selama-lamanya dan dikurnia anak yg ramai cepat2 yea? Awal2 dapat anak untunglah.

     Malam neh plaks majlis resepsi depa. Japs lagi berangkat lagilah kitorang ke Bangi.

Semoga berbahagia.

Friday, June 11, 2010

Betulkah??

     Walaupun pendapatan saya masih d takuk lama, tapi tgk pengunjung ke belog sy makin bertambah. Macam x cayer...... rekod juger neh..... biaser graf tuh dh gemok2 pon, kuruih ajer.... tqlerr kwn2 terutama bloggers glemer2 yg sudi jengah2 kt belog sayer... I LUV U ALL!! MWAHWMAHWHAMWHA.....




     Bagi blogger yg maha kecil n halus di bidang perbloggan ini, jumlah itu sudah cukup mengujakan..... Alhamdulillah!! Tapi kalau dah start kje balik neh tak taulaa....uhuks!!!

Sudah Keluar... Sudi2lah Vote

     Uihhhhss.... budak neh mengaco btui. Aku nk apdet pon x sinang..... huhuuhuuhu.... kawan2 yg sudi bacer belog ini, sudi2kanlah membazirkan masa dan tenaga mengundi sayer yer? yg WKJ 8121 tuh.... ROSHIDAYU CHE MAT yea?? hehehhhehe....

    

     Inilah mendernyer....tulong yea??

Wednesday, June 9, 2010

Sluurrpsssss!!.... Ouh sUNGGUH Menggiurkannnn.....

     Nama saya Ayu. Tapi lebey kiut kalo anda panggey saya Kuzle. Coba sebut sekarang.... haaaa, kiut kan2? Saya neh mempunyai kerja. Tapi sekarang saya tengah cuti. Sebenarnya ada kerja yang saya bawa balik, yang bermakna saya kena siapkan kerja saya itu walau apa pun yang terjadi...Meski apapun (ader satu drama Melayu pakai tajuk neh...'Meski Apapun') tapi kan, saya neh jenis pemalas. Pemalas nak buat kerja itu padahal bila cuti saya yang dua minggu ini habis, saya kena siapkan juga kerja itu.

     Tapi kan, ada satu benda saya rajin. Kalau tak suruh pun saya mesti buat punya kerja itu. Bangun tidur saya buat. Sebelum tido saya buat. Lepas makan saya buat. Sebelum makan pun buat. Pendek kata dan panjang kata pon memang saya akan buat.
     Apakah benda atau perbuatan itu?? Ianya adalahhhhh..... MERAYAU KE BELOG2 ORANGGG!!!.... sungguhpun namanya merayau, tapi saya tak kacau org2 yg terlibat itu. Bahkan tuan punya rumah/belog2 semestinya cukup suka, lebih2 lagi kalau saya membebel dan meninggalkan jejak di situ. Nak tau 'rumah2' saper yang saya sukerrr sgt merayau tuh??.... Ini diaaa.....


     Ok, itu adalah carta 9 belog saya. Anda semua mahu tau kenapa saya suker 'menerjah' belog2 mereka?? Sebab belog2 mereka bessshhhhhh..... and yang lebih penting, ader juger yg FRIENDLY SEBAB AKAN MEMBALAS SEMUA KOMEN2 PEMBACA MEREKA SECARA PERIBADI. Besh kan kalo mcm tuh....


     Saya minta maaf kalau ader yang 'tergoda' tengok tajuk saya tuh dan merasa tertipu. Alang2 dah masuk tuh, kliklaa mana2 tempat yang patut yea? yeyeyeyye..... lagi 1, saya tak boleh pulaks nak taip nombor 7,8,9 tuh, tak tau psl aper.... so sorry yea?? Wasallam.....

Lama dah....

     Biler last kitorg tgk wayang?? Lupa coz dah agak lama..... Bukannyer aper, tak der citer rasanyer nk tgk. Citer tak besh ajer, wat rugi ongkos den. Tapi semalam aku ajak hub g tgk citer yg best. Citer aper?? Citer kartun.....ahahahahhaha

     Tapi bukan sebarang kartunlah.... tajuknyer adalah.... Shrek 4.....

G ari Selasa coz lady's day kan? Tapi br terpk, ank aku punya dier caj kids or adult?? Hmmmm...

     Hahahahah... mcm biaser, Shrek si gergasi hijau tidak pernah menghampakan. Even kitorg masuk dah lambat tapi tetap enjoy. Tapi kan, ader lagi org2 yg masuk kendian dari kitorg. Hmmmm... penuhlaa panggung, biaser ah, cuti skola. Yang gelak paling kuat adalah mak budak n bapak budaklah....ehehehehhehehe

     Shrek kali neh... hmmm, tema dier menghargai apa yg yg kiter ader now sebelum kiter hilang segala2nya... wuiii!! bunyiknyer ngeri kan?? uhuks..... kdg2 satu jer tindakan kiter tuh akan menyebabkan kiter rugi seluruh hidup kiter.....oowwww!!! lagi ngeri..... alah, citer byk pon x guner, bkn aku dapat duit pon kan? eheheh... g laaa tgk sendri b4 habeh.... x rugi...

     haiyoh!! byk pulaks rasernyer citer2 wayang yg aku rasa nk tgk bulan neh... 'Marmaduke' , 'Karate Kids'.... hmmm, kopak2....

Akhirnya..... Kini Pasti

     Dah lama dah teringin nak mender neh. Alah, bukan mender mahal pon tapi biler dah masuk umah tuh macam2 nak kener pikir then belanja kener ikut apa yang perlu dlu laa kan? Dok mujuk2 hub, akhirnyer aderlaaa rejeki lebey nak sambau mender neh. Bukannyer aper, buku2 neh dah byk (macam byk sgt) dok berkepuk kt dalam kotaks. Kalau letak kat tempat yang senang nk dicapai and kt depan mata plaks tuh, memanglaa ader motivasi siket nak membaca.... ahahahahhaha

     Dannnn..... ini dia.......

Ala2 impian terlaksana laa neh...

     Ader di antara buku2 neh memang lom penah dibukak lagi. Beli ajer dulu, baca kendian2... ada kaa patut. Tapi boleylaa kan?
    

Tuesday, June 8, 2010

‘My Water Moments’

     We have been planning to go for a vacation for so long. But, to no avail. Sometimes, planning to early also not so practical especially you have issues regarding financial and timing.

     But, the first step need to be taken if we want things to be done rite?? A good plan today is better than best plan tomorrow. There we go, off to..... not far lah as we were still busy that time..... PD is enough lah...

     Before this, we have been to Bayu Beach Resort. After so many rounds or wasting fuel, we decided to opt for the same hotel lah. Dah biasa kan? So, check-in at BBR. That time the rooms were quite occupied so only family deluxe available. Can do lah.... with extra bed, good if can ask some family members earlier.

     Here we are......

Scenery from our room.

     After that, what more likely the preference for a little boy, than a pool!! Yay! Lets get wet......


Setelah sekian lama mencuba, dari dimensi '2 alam', akhirnyer berjayer juger.

Ok, foot model... from a former rempitz boy...eheeheh

Ok, its my turn... cool ah??

More pose from my Imran...

Lower part then

This one is also not easy.

Not only in pool, in the beach also can lah...


     This is how water moment reflects. It gives you many perspectives of the pose as well as the feelings. Not just that, bond among family members are strong and close together. The moment will be better with the latest Sony TX5, a new baby of Sony. It is very sleek, slim and sensational. Don't believe me?? See for yourself.....

Now believe me??

     Not just  water-proof, but shock-proof, temperature-proof and dust-proof too. The another special features are iSweep Panorama, that I believe is we can easily choose types of setting we want. Also, Handheld Twilight and anti-motion blur, how cool is that?? Udah tergoda?? Hhehehehehe.....


     Jadi, alangkah bagusnyer jika Sony TX5 yang baru ini menjadi milikku.....owhhhh!!

Sunday, June 6, 2010

Pokok Mangga Kontroversi

Inilah dianyer. 

     B4 I resident this house (not the house in the photo), it has been neglected for several month. I think more than 6 month. Every night, my horor-looking house seems like so dull, dirty, full of mango leaves in the porch. The uncle neighbour parked his daughter's kancil there as a sign of  'there will be people coming in...soon!!'.

     Not just the uncle, but other so-called 'neighbour' also rushing to park in front of my house; to be exact, under the mango tree. Why?? Blame the global warming so they need shade for their beloved cars. oKLAH, you wanna park, carry on.... but...... 

    Your 'permission' has been shattered/taking oppoturnity by happily park their cars right in front of my gate even smallest kitten can't enter; what more myself....

     Geram3.... to the extent of chopping down the tree!! We people always like that; diberi betis mau paha!!

Kasi Keluar Itu Peluh

     Hub aku blk kje today, dier ajak g Tesco Xtra... Coz semlm g si Imran x bole nak main kt tempat game tuh, x cukup 'skeleng'. So tadi, hub korek2 syiling2 yg dah lama dier himpun, dapatlaaa dalam rm13, not bad!!

     Ok, dah sampe Tesco Xtra, hub suh aku g order mkn@ aku mkn dulu lah sambil dier bawak Imran ngabehkan duitlah. Ok, roger. .....

     Dah kenyang sendat perut aku, terpandang tempat game yg Imran ngah main tuh. Ader tempat game basketball. Well, why not kuar peluh siket kan? Dah mmg tempat game tuh seblah2 jer ngan food court. Arriiivaaaaaa.....

     Agak lama tunggu, hub pon mailah nk mkn. Yerla, dah abeh rm10, perut pon lapo. Nyam3..... 

Lepas ngabehkan rm10 kt tempat game tuh, maka inilah yang terjadi.

     Nampak area lengan aku yg mcm model tayar keta sedang bersungguh2 meng'shoot' bola.
Skor 2nd. game neh. 1st. punyo lupo nk amek. 116, lebey sket jer.


     Lepas 1 game ( 2 tries ) aku dah mengah2. Al-maklumlaaa kener shoot cepat2 dlm bpe minit ntah, lupo. By the end pueh atilaaa coz dapat juger cerdaskan otak yang dah beku neh. ehhehehehehe.....


Rupernyer Tak semua Suker

     I forgot to bring back the latest 'Time' issue. Later my subscription will end, no more updates to whatever world lah... Kununnyer, macam baca....

     So this week I read the readers' comments to the editor pertaining last issue. Alah, pasal yg 100 ureng paling berpengaruh kt dunia tuh laaaa. Ruper2nyer.....

     I thought all the readers 'agree' with the selection. Al-maklumlah, majalah tersohor kan? Ropenyer tidakkkk.... There are more less five letters that 'aired' their not-so-satisfied with the selection. Especially, who?? 4 sure lah Lady Gaga. One of the respondent said that whoever got influenced by LG are some problematic people. Kinda true??....heheheheheheh.....

     LEpas tuh aku baru macam tersedar yang x semestinya mender/tindakan yang dibuat oleh mender2 yg besar dan berpengaruh akan diterima dan menjadi pengaruh utk org lain... Sekiannnnn.....

Tuesday, June 1, 2010

Sedihnyer.... Al-fatihah!!

     Tadi kt Buletin Utama, yg berita utamanya melaporkan 17 orang sukarelawan  yg menaiki kapal utk. menyertai misi menghantar bekalan ke Palestin terkorban kerana diserang sehabis2nya oleh tentera komando zionis. Kalau selama neh aku x baper terkesan tengok berita pasal Palestin ( kerana berasa diri tak mampu berbuat apa2 selain berdoa ) tapi kali ini perasaan ini lain sedikit.

     Pertama, tanpa kusangka, ramai org perseorangan yg kebanyakkannya NGO di Malaysia bersama sukarelawan di seluruh dunia melaksanakan misi besar2an ini. Sampai tahap beli kapal tuh. Begitu hebatnya jihad fisabilillah mereka; aku terasa malu sendiri kerana masih menyayangi dunia, harta dan jasadku sendiri, diam tetap di negara yang aman tanpa melakukan apa2 hatta memboikot pon!!

     Kedua, ketika menonton Buletin Utama semalam, yang saripatinya mengenai kapal yang sudah bersedia menghampiri perairan Gaza ditahan dan dilarang utk. menghampiri Palestin, di mana ditunjukkan pula sukarelawan terbabit mengheret bagasi mereka menaiki bas ke lokasi rahsia bagi meneruskan perjalanan. Yang paling terkesan di hatiku, rata2 sukarelawan itu sudah berusia antara 55 ke atas iaitu sudah tergolong dalam kategori warga emas, tetapi tetap bersemangat membantu atas tiket kemanusiaan.

     Ketiga, kemuncaknya apabila kapal2 tersebut diserang sebegitu hebat oleh komando israel di mana 17-20 sukarelawan tersebut gugur. Terbayang di fikiran aku betapa warga2 emas tadi terkena tembakan membuta-tuli peluru hidup yang dilepaskan bertalu2..... bayangkanlah.....

     Aku ngah nak tgk perkembangan selanjutnya.... mehlaaa tgk sesama kat http://palestinkini.info/

Aku juga sedikit lega apabila masjid2 di Msia mengadakan solat2 hajat selepas solat Jumaat utk. kebebasan Palestin..... Berdoalah sesama......aminn!!