GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, June 1, 2010

Sedihnyer.... Al-fatihah!!

     Tadi kt Buletin Utama, yg berita utamanya melaporkan 17 orang sukarelawan  yg menaiki kapal utk. menyertai misi menghantar bekalan ke Palestin terkorban kerana diserang sehabis2nya oleh tentera komando zionis. Kalau selama neh aku x baper terkesan tengok berita pasal Palestin ( kerana berasa diri tak mampu berbuat apa2 selain berdoa ) tapi kali ini perasaan ini lain sedikit.

     Pertama, tanpa kusangka, ramai org perseorangan yg kebanyakkannya NGO di Malaysia bersama sukarelawan di seluruh dunia melaksanakan misi besar2an ini. Sampai tahap beli kapal tuh. Begitu hebatnya jihad fisabilillah mereka; aku terasa malu sendiri kerana masih menyayangi dunia, harta dan jasadku sendiri, diam tetap di negara yang aman tanpa melakukan apa2 hatta memboikot pon!!

     Kedua, ketika menonton Buletin Utama semalam, yang saripatinya mengenai kapal yang sudah bersedia menghampiri perairan Gaza ditahan dan dilarang utk. menghampiri Palestin, di mana ditunjukkan pula sukarelawan terbabit mengheret bagasi mereka menaiki bas ke lokasi rahsia bagi meneruskan perjalanan. Yang paling terkesan di hatiku, rata2 sukarelawan itu sudah berusia antara 55 ke atas iaitu sudah tergolong dalam kategori warga emas, tetapi tetap bersemangat membantu atas tiket kemanusiaan.

     Ketiga, kemuncaknya apabila kapal2 tersebut diserang sebegitu hebat oleh komando israel di mana 17-20 sukarelawan tersebut gugur. Terbayang di fikiran aku betapa warga2 emas tadi terkena tembakan membuta-tuli peluru hidup yang dilepaskan bertalu2..... bayangkanlah.....

     Aku ngah nak tgk perkembangan selanjutnya.... mehlaaa tgk sesama kat http://palestinkini.info/

Aku juga sedikit lega apabila masjid2 di Msia mengadakan solat2 hajat selepas solat Jumaat utk. kebebasan Palestin..... Berdoalah sesama......aminn!!

2 comments:

Syafiqah Nafis said...

berderai airmata tatkala tgk tentera israel memukul dgn kejam suarelawan2 tersebut...mmg kaum mereka xde belas kasihan...
semoga Allah melaknat mereka..

Unknown said...

blogclimbing=) climb mine back ` tq

btw, nice site !