GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, June 15, 2010

Bolehkah Kenangan Itu Dijejak Semula?

     Inilah dianyer...

     Gambar di atas merupakan kad memori aku yang pertama. Kad tersebut aku gunakan dalam kamera digital aku yang pertama juga. Kamera cekai berharga rm199 sahaja. Di kala malam hari dan juga apabila kamu terketar-ketar maka jangan haraplah kamu dapat menggunakan kamera ini. Jika aku menyuruh kamu juga, nescaya aku akan panas hati dan memarahi kamu. Hanya aku dan suami yang 'mengerti' dan tahu menggunakan kamera ini.

     Selepas beberapa ketika, aku sudah mula bosan dengan kamera itu. (ader entry berkenaan kamera dalam 'isu' lepas. aku lom reti wat link page so silalah merajinkan jari klik semua post2 aku yang lepas....ehehehhe) Dengan itu, aku pun berkira2 atau lebih tepat lagi berangan-angan mahu membeli kamera yang baharu (pelik pula aku menggunakan perkataan ini). Dipendekkan cerita, aderla jodohku bersama kamera itu. Apabila, membeli kamera, sudah tentulah pakejnya bersekali dengan kad memori. Kali ini, aku mendapat kad memori yang mempunyai 'storage' yang lebih besar iaitu 8gb. Jadi, kad memori yang lama ini kusimpan di dalam dompet duit aku dengan harapan ianyer akan selamat sampai bila2. 

     Tiba-tiba, pada suati hari, tatkala aku memasukkannya ke dalam kamera, aku terkejut. 'Memory card error', itulah yang keluar di skrin kamera. Uhukksss!!! Benarkah itu? Aku seperti tidak percaya.... benarkah? benarkah? Sudah puas kucuba; di kamera, di komputer tiba tetapi ianya tetap tidak berfungsi seperti sepatutnya.... Aduh2!!Bolehkah 'benda2' di dalam itu di'track back'?? Ada sesiapa yang boleh membantu??

p/s: ok tak tahap B.M aku?? ehehhehe

2 comments:

Unknown said...

salam...ishhh akak tak retilah tentang hal ni..

akuzle ayu said...

salam, k ina....

yerla, kak... kiter kalo babs neh mmglaa x leh nk diharapkan...tuh yg kne mintak tulong kwn2 yg lain tuh...