GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, June 28, 2010

Pemansuhan PMR, SPM dan Dilemma Seorang Guru

     Walaupun topik neh dah agak basi, tapi aku rasa ia masih lagi hangat diperbincangkan di mana2 pun. Kat kantin sekolah, pejabat kerajaan, pejabat swasta, dalam kereta hatta dalam tandas sekalipun. 'Ahli panel'nya tak perlu mempunyai sijil berjela2 atau pangkat berlapis2 tapi kalau tak pernah ambik PMR dan SPM pun boleh membincangkan hal ini.
     Aku rasa kalau buat 'poll', ramai yang tak setuju mender alah yang dua neh dimansuhkan. Kata mereka tiadalah tanda aras pencapaian murid-murid kalau tiada peperiksaan. Tiada 'kayu ukur', tiada prestasi. Betul ker? Korang setuju?? Ker korang jeles kalau mender neh jadi, budak2 neh tak payah nak bersusah payah belajar macam korang dulu? Pasal kalau dah berhempas pulas belajar tak aderlaa masa nak berfesbuk, ber'kicau' dan ber'apdet' blog kan3? Haaa.... jangan tak ngaku yea?

     Bagi yang bersetuju dengan cadangan ini, memanglaa menyambut baik kan? Jadinya, budak2 tak derlaa nak jadi ulat buku jer kan? Ader masa nak bersosial, nak spend masa yang berkualiti dengan keluarga dan macam-macam lagi. Lagipun, budak2 yang tak berapa pandai dalam pelajaran boleh menceburkan diri dalam bidang lain yang depa minat. Nak berjaya dalam hidup bukan kena pandai dalam akademik ajer tapi bakat dan minat dalam bidang lain boleh dipupuk jika sistem pembelajaran tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.
     Hmmm... tapikan... kalau peperiksaan takder, Majlis Peperiksaan (Exam Syndicate) nak buat kerja aper yea? Guru-guru tuisyen cemana nak cari makan? Kalau masih berkhidmat dengan kerajaan, 'makan basic' ajer?? Hm....


     Bagaimanapun, 'seorang' guru berpendapat...." Aiyohhh!! Apa susah2 mau pikir. Ada exam ker, tak ader ker, guru kena buatlaa semuanya... kena tau!! Musti... ". Mansuh ker tak, buat ajerlaaaa labuuuu.....

    

No comments: