GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, November 10, 2014

Herba Mandian Dalam Pantang


     Sepatutnya entri ni aku tulis dan terbitkan semasa dalam atau baru lepas pantang. Tapi sebab 'kerajinan' melampau, aku baru terbitkan sekarang. Pun bolehlah kan? Yang penting topik ini sentiasa ada orang yang akan dapat manfaatnya.

     Semasa bersalinkan Iffah Zukrina 3 tahun lepas, Abe Zam cari merata-rata daun herba untuk mandian aku. Dari Johan Setia, Klang sampai ke beberapa kawasan di Shah Alam ni sampai dah tak larat nak menjelajah dah. Pantang nampak orang tanam, beliau akan berenti, bagi salam kat tuan yang tanam tumbuhan terbabit dan nak minta beli. Kalau ada rezeki, tuannya ada kat umah; biasanya orang tu akan bagi je. Yerla untuk orang dalam pantang kan? Sebanyak itu orang prihatin kepada ibu mengandung, sebegitu juga orang prihatin pada ibu dalam pantang. 

     Tapi, korang jangan terkejut plaks bila aku katakan bila balik kampung aku, lagi susah beliau nak cari dedaun tu semua. Hebat kan? Moden benar kat kampung aku; orang dah tak berminat nak bercucuk tanam herba penting. Semua dok ingat beli je. Lagi 1, nak cari tukang urut pun kemain payah. Mak bidan jauh sekali. Masa bersalinkan Imran Zamir, aku nak berurut pun susah. Dah dapat tukang urut, tak lepas 3 hari plaks pasal makcik tu pun dah uzur. Uhux! Lepas tu baru tau anak sepupu Arwah Ayah aku ada sorang pandai urut. Jadi, bila balik kampung kami panggil beliau untuk urut aku. Upah pun ikut ikhlas.

     Baiklah, kembali ke topik asal ye. Dah susah sangat nak cari daun herba mandian ni, Abe Zam cuba tanya kat kedai ubat Cina. Kat area umah kami ni boleh tahan banyak kedai ubat Cina ni. Selain harga agak murah dari pasar raya dan kedai runcit lain, macam-macam barang kita boleh beli. Salah satunya herba mandian ini. Agak lama juga aku guna herba mandian ni. Harganya pun tak mahal. Tapi aku lupa harga sebenarnya. Dalam RM2 lebih kots.





 Herba mandian Daifonai ni 'penyelamat' urat-urat aku dalam pantang. 1 pek ni ada dua uncang besar untuk dua kali mandian.



Cara-cara penyediaan lengkap disediakan di belakang bungkusan. Senang saja, bah!
     
     Herba mandian ini dipek dalam uncang seperti serbuk teh minuman tu. Cuma saiz dia agak besar. Masukkan satu uncang untuk sekali rebus untuk sekali mandian. Air rebusan herba ini dicampur pula dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang diingini. Biasanya suamlah kan? Baunya memang herbalah dan aku sangat suka. Belum mandi boleh hidu dulu kasi naik semangat nak mandi.. haha

     Penyediaan herba mandian dalam pantang ni sama pentingnya dengan amalan pemakanan, proses berurut, memakai bengkung dan lain-lain semasa dalam pantang. Kalau tak ikut, dikhuatiri badan dan urat kita wanita ni akan menanggung akibat di kemudian hari. Masa muda-muda ni tak terasa sangat tapi makin berusia nanti mulalah kita rasa situ sini sana sakit dan lenguh.

     Korang plaks guna herba mandian apa untuk mandi dalam pantang?

Tuesday, November 4, 2014

Minat Motorsikal Berkuasa Tinggi

Ramai tak tahu ini adalah salah satu minat aku. Tak tahu dapat dari sapa tapi seingat aku, aku suka tengok motorsikal berkuasa tinggi ni. Masa umur 17 tahun, aku siap langgan lagi majalah Roda-Roda selama setahun. Nak sambung langganan lepas tu tak dapat pasal isi kewangan.. Huhu



Dengan gaya dan warna yang menarik, hati sapa tak terpikat kan?

Dulu, setiap bulan memang ternanti-nanti nak menatap setiap isu Roda-Roda. Nak tengok model terbaru yang dilancar kat luar negara, pandu uji dari 'Bos' iaitu MYB, ketua editor Roda-Roda dan sebagainya. Dengar kata beliau dah arwah. Al-fatihah. Bila dah banyak membaca tu, banyak jugalah yang diketahui. Dari jenama dan model, insyaallah semua dalam kepala dah. Tengok belakang motor pun dah tau model apa.. Haha

Yang aku paling minat CBR Fireblade. Fuh! Memang mengancam habis. Masa tu salah seorang yang pakai motorsikal tu adalah Datuk Hattan. Tahun 90-an beliau belum dapat pangkat datuk tapi ngah popular sebagai penyanyi.

Dah lelama tu, minat tu kian tenggelam. Pengetahuan mengenai motorsikal berkuasa tinggi ni pun dah luput sikit demi sikit. Tapi, Roda-Roda tetap menjadi koleksi kesayangan aku.

Sekarang, yang nampak nak mengikut minat adalah si anak perempuan seorang ni. Jumpa apa-apa yang boleh ditunggang, dia cakap,"Kakak naik motor"..



Helmet jangan dilupa ye?

Bila g umah nenek, mesti nak duduk kat atas 'pocket bike' pakcik dia..



Selagi tak letak dia kat sini, meraung2lah dia sampai balik.

Kalaulah aku teruskan minat ni dan kaya plaks tu, tentu lagi seronok kan?

P/s: sekarang ni banyak nahas jalanraya melibatkan motorsikal berkuasa tinggi ni buat aku sedih betul. Al-fatihah buat yang telah pergi..

posted from Bloggeroid

Monday, November 3, 2014

Kreativiti dan Inovasi



     Pertama kali aku tengok mender ni, rasa kagum juga. Ini adalah contoh alat inovasi. Dari fungsinya yang asal, ia ditambahbaik untuk kegunaan mereka yang berkepentingan. Dalam situasi ini, yang empunya alatlah kan?

     Korang rasa apa ni? Yang bawah tu asalnya pemasa yang kita guna kat dapur kan? Orang kampung korang panggil 'timer'. Bahagian hitam tu plaks pemegang dari sebatang monopod. Sudah 'dikerjakan' oleh Mac Gyver mana ntah ni. Bila nak pakai, kliplah telefon bimbit korang kat situ. Lepas tu, boleh 'set' 'time lapse' kat telefon bimbit kita. Maka berpusinglah 'gajet' buatan sendiri ni mengikut masa yang ditetapkan. Wallah!

     Kalau diikutkan, sifat suka cuba reka atau tambahbaik fungsi alatan ni memang ada dalam diri kita semua. Ala-ala bakat terpendam jugalah. Bila sampai masanya, mulalah otak kita terfikir untuk merekacipta. Bila? Bila kita berkeperluan untuk menggunakan alatan terbabit.

     Pengalaman aku plaks masa sekolah menengah dulu, aku minat juga dengan matapelajaran Seni Lukis. Sains pun aku suka. Sebabnya masa kedua-dua subjek tu, aku dapat melukis. Walau lukisan aku tak hebat sangat, tapi bila korang tengok, korang tau apa objek yang aku lukis. Kalau tak caya boleh periksa buku Sains aku masa tingkatan 3.. hahahahah

     Tapi kan, bukan senang gaks berfikir untuk kreatif ni. Minda kena tenang tanpa fikir mender lain terutama masalah dan juga perlu fokus tentang apa yang kita nak lukis atau cipta. Sebab tu juga, ini adalah salah satu terapi untuk melegakan stres. Teringat pula cerita Hindustan yang Aamir Khan jadi guru Seni Lukis yang tolong budak ADHD tu. Lupa plaks tajuk dia. Kalau kita dapat buat aktiviti bulanan macam peraduan melukis tu kat tempat keja, tempat belajar dan komuniti kita, aku rasa kadar manusia sakit jiwa dapat dikurangkan. 

     Korang setuju?

Tuesday, October 28, 2014

Pengalaman Menggunakan Cool Hijab

     Kita semua dah biasa dengan gel dan minyak rambut kan? Tapi, yang biasa menggunakan kedua-dua produk ini adalah kaum lelaki. Bagaimana pula dengan kaum wanita? Kalau yang 'free hair', mereka akan guna serum rambut dan sebagainya. Yang bertudung?

     Aku berpeluang mencuba satu produk yang baru dalam pasaran.  Produk ini sesuai sekali dengan mereka yang bertudung. Yang tak bertudung pun boleh je nak pakai. Takder hal punya. Apa nama produk yang aku maksudkan ni? Jom tengok..

Inilah Cool Hijab

     Cool Hijab ini merupakan sejenis serum rambut terbaru dalam pasaran. Belah kiri tu aku punya tester untuk 'review' produk. Isipadunya 15ml. Belah kanan adalah yang berada dalam pasaran. 
Harga bagi sebotol isipadu 30ml adalah rm70. Nampak macam mahal kan tapi sebenarnya produk ini tahan sebulan hingga dua bulan jika dipakai secara berhemah. Hanya pamkan sekali atau dua ke tapak tangan dan ratakan ke dasar rambut iaitu ke kulit kepala dan terus pakai tudung. Senang je kan?

     Sesuai namanya, Cool Hijab ni memberi kesan sejuk dan berangin semasa dipakai. Macam aku ni, rambut senang sangat terkeluar dari tudung pasal panjangnya tak sekata jadi sesuai sangat nak kemaskan rambut supaya tak terjuntai je. Serum Cool Hijab ni memang 'memegang' rambut supaya rapi je walaupun dalam tudung. Tak perlu aku sentiasa nak betul2kan tudung aku. Sungguh rimas.

     Selain menyejukkan kulit kepala, Cool Hijab ini berbau wangi. Ia menghilangkan bau hapak rambut akibat kelembapan peluh dan rambut yang tidak dikeringkan dengan betul selepas mandi. Jadi, aku rasa lebih yakin tidak seperti sebelum ini rasa was-was sama ada kepala ni tak berbau yang busuk.

     Lagi satu yang aku suka pada Cool Hijab ni adalah botolnya. Ia tak ada 'straw' yang mengeluarkan serum apabila dipam tapi menggunakan kaedah tekanan biasa sahaja. Bila korang beli dan guna baru lebih paham apa yang aku maksudkan ye? Teknologi botolnya aku baru pertama kali tengok. Kagumlah juga.

     Info lanjut korang boleh tengok dan baca kat laman webnya dan FB depa. Nak beli dengan kak Hanny Abdullah pun boleh. Beliau salah seorang ejen Cool Hijab ni.

     


Monday, October 27, 2014

One Nite Only With Hasnol

     Tahun 80-an dan 90-an merupakan zaman kanak-kanak dan remaja aku. Masa tahun 80-an, lagu-lagu yang diminati arwah Ma dan kakak mempengaruhi minat aku serba sedikit. Kalau arwah Ayah punya citarasa tak kena pula dengan selera. Muzik dan lagu tahun 60-an dan 70-an.. hihi

     Lagu-lagu era tersebut senang sangat meniti di bibir dan minda generasi muda seperti aku. Paling aku minat balada rock lah. Maklumlah, tahun 90-an banyak kumpulan rock muncul menghiburkan peminat hiburan masa itu. Uniknya, penyanyi dari setiap kumpulan ini mempunyai identiti dan kekuatan suara tersendiri. Itu yang paling bagus. Kalau suara macam ni, dah tau Saleem dan Iklim. Kalau suara kecik macam ni mesti Afee U-Topia punya. Sekadar menyebut beberapa nama. Tapi, aku bukan nak cerita pasal kumpulan rock. Aku nak habaq mai berkenaan seorang penyanyi yang nak buat penampilan semula selepas 20 tahun. Lama tak lama u ols. Tengok tajuk pun korang dah tau sapa kan?


     Butir-butir semua korang boleh rujuk kat banner ni. Nak beli tiket boleh hubungi nombor tertera. Cepat bertindak tau? Nanti 'sold-out'.

     Brader Hasnol ni aku kenal agak rapat kat FB lah. Beliau ni suka balas apa sahaja soalan dari peminat. Kira 'friendly' sangat dan mudah didekati. Isteri dan anak beliau pun sama. Dah jumpa beberapa kali dengan beliau, memang takder istilah 'status-conscious' atau nak kawan kena sama taraf sahaja. Takdo, takdo.. no no.. 

     Korang mesti ingat lagu beliau yang cukup 'berhantu' dan mendayu-dayu semacam kan? 'Laguku Untukmu' lah apa lagi. Mesti ada yang minat habis dengan lagu ni kan? Lagu-lagu lain adalah 'Gadis Sarawak', Sudi Katakan Sudi', 'Rap Cinta Monyet,'' Kini Tiada Lagi' dan lain-lain lagi. Sudi Katakan Sudi pernah memenangi Anugerah Juara Lagu Kelapan (AJL 8) pada tahun 1993; kategori Pop Rock. Tahun 1993 tu ko, aku baru nak amek PMR. 

     Haa.. apa lagi. Cepat-cepat beli tiket dan tanda tarikh 6 Disember 2014 ni. Hasnol akan mempersembahkan 14 buah lagu diiringi 'band' DJasa termasuk 3 buah lagu baru. Sesama kita nikmati kelunakan suara beliau.



Thursday, October 23, 2014

Kad Nama

     Kad nama adalah satu alat yang penting sekarang. Bukan sahaja untuk ahli perniagaan atau usahawan. Penting untuk sesiapa sahaja yang perlu memulakan atau memperkembangkan rangkaian. Tapi, ada juga orang fikir siapalah mereka untuk mempunyai kad nama. Kononnya mereka bukan orang penting.

     Sebenarnya, kad nama berfungsi menyampaikan maklumat si pemilik dengan lebih tepat. Sebabnya maklumat yang terdapat pada kad nama disusun dengan teliti. Biasanya jarang ada kesilapan. Apabila kad nama bertukar tangan, si penerima hanya melihat kad nama tersebut untuk mengingati maklumat paling asas iaitu nama empunya kad. Selepas itu, aku yakin kad nama tersebut disimpan sahaja dan akan dirujuk apabila perlu nanti.

     Mengapa kad nama penting bagi aku? Situasi dolu-dolu, semasa berjumpa kawan-kawan bloggers tak kira semasa majlis untuk bloggers atau bukan, aku menghadapi masalah juga terutama ketika mahu memperkenalkan nama blog aku. Maklumlah masa buat blog ni, aku tatau langsung pasal nama blog kena senang diingati dan mudah. Main bubuh jer nama yang berkenan. Sudahnya bila orang tanya," Apa nama blog?". Mulalah aku gelabah nak cakap panjang lebar. Kalau situasi masa tu bising, lagi haru. Lepas tu kalau jumpa ramai kawan plaks, jenuhler nak sebut nama blog ni sampai terjelir lidah.

     Dari kad nama juga, ada wartawan yang menghubungi aku untuk bertanya soalan. Selepas itu, artikel ringkas keluar di dada akhbar. Tapi, takderlaa aku nak megah dan menunjuk-nunjuk. Yang aku nak fokuskan di sini adalah bagaimana kad nama membantu kita supaya diingati dan sekaligus dikenali dalam bidang kita. Tak kira kita telah menyumbang secara langsung atau tidak. Itu yang penting. Diingati dan dihubungi ketika perlu.

Kad nama kami. Aku punya baru dua kali bikin. Abe Zam punya sekali. 

     Aku rasa ramai antara korang yang dah ada kad nama kami. Kalau takde boleh mintak lagi. Tapi, memang nombor telefon dan maklumat sosial media lain tak berubah punya. 

     Korang rasa apa ciri-ciri kad nama yang baik? Semuanya baik daa. Sebab kad nama ni dibuat ikut jenis bidang kita. Kalau bidding yang agak rasmi seperti jual insurans, jual kereta, konsultan, pegawai kerajaan dan lain-lain perlu kelihatan lebih formal. Warna latar belakang jenis ini biasanya putih atau hitam untuk nampak lebih elegan.

     Bagi yang kurang rasmi, bentuk dan gaya kad nama agak ceria dan lebih mengikuti citarasa pemiliknya. Aku belajar yang kad nama seharusnya mesti kreatif, unik dan lain dari yang lain. Sebabnya nanti senang diingati. Kalau bloggers ni, uncle Gedek biasanya mempunyai kad nama yang lain dari kebiasaan. Belum ada kad nama beliau? Mintak nanti bila jumpa ye?

     Aku pun tak lama lagi akan menempah kad nama baru. Perancangannya nak letak simbol dan tagline 'fanpage' kat FB iaitu Benda Sedap. Korang yang belum 'like' bolehlah berbuat demikian nanti ye? Baiklah, sesiapa yang belum ada kad nama tu cepat-cepat buat. Tak kira nak buat yang macam mana tapi aku rasa baik korang buat yang biasa2 dulu. Yang ada maklumat penting dan lepas tu korang boleh tempah lagi bila dah habis. Berbaloi-baloi gua cakap lu.






Tuesday, October 21, 2014

Destinasi

Baru sekejap tadi aku menonton 'Great Destination' di TV2. Rancangan tersebut memaparkan tempat-tempat menarik di luar negara. Kebanyakannya di Eropah. Tempat depa kan banyak kesan sejarah lampau. Aku rasa tempat tu semua yang jarang dilawati pelancong asing. Antara negara yang aku ingat adalah Hungary, Belgium dan lain-lain lagi. Bila tonton rancangan lain seumpamanya pun aku tetap bersetuju yang negara Eropah banyak mengekalkan bangunan bersejarah depa sehingga hari ini untuk tujuan pelancongan. Usia bangunan tersebut mencapai ratusan tahun. Senibinanya pula memang sangat berseni dan cantik sekali. Kalau dapat jejak kaki ke sana alangkah bahagianya.

'Destinasi' tontonan aku seterusnya adalah 'Jejak Pribumi' di TV1 pula. Rancangan ini pula memaparkan cara hidup masyarakat Asli di negara kita. Dari cara memasak, bertani, meluangkan masa bersama-sama sehingga diajarkan solat dan aktiviti agama yang lain. Tak kurang juga menarik rancangan ini. Destinasi yang ditunjukkan memang menarik juga iaitu hutan dan sungai di negara kita. Seronok tengok depa mandi-manda di sungai. Kemudian, depa bergotong-royong menyediakan hidangan tengahari. Masak nasi dalam buluh. Bakar ikan pun guna pemanggang buluh. Dah siap semua makan sama-sama. Best!

Destinasi menarik ada di mana-mana. Jika kita tinggal di kota besar, kita mengimpikan pula berada di kawasan pedalaman. Dikelilingi hutan, air terjun atau sungai. Mungkin juga kita mahu berada di pantai, laut dan juga pulau. Memang seronok bercuti ke destinasi tu semua.

Jika kita tinggal di kampung atau kawasan terpencil pula, destinasi yang kita ingin pergi pula sudah tentunya bandar besar dengan gelaran bandaraya. Ada bangunan tinggi sehingga tak larat nak mendongak untuk melihat puncaknya. Ada jaringan pengangkutan awam yang kita memang terasa nak naik sambil menikmati pemandangan hutan batu sehingga tiba ke destinasi yang dituju. Terasa juga nak tengok ragam manusia pelbagai bangsa yang menuju ke destinasi masing-masing juga.

Ke mana pun destinasi kita sekarang, akhirnya hanya satu destinasi kita yang abadi. Kita sama-sama tahu.







posted from Bloggeroid

Monday, October 20, 2014

Hilang Anak

     Dari kejauhan nampaknya macam ada sesuatu yang tak kena. Seorang lelaki melihat ke kiri dan kanan dalam keadaan cemas. Sambil itu, dia melaungkan nama seseorang dari pintu kedai menjual telefon dan kad pra-bayar. Seorang wanita di belakangnya seperti menangis. Memang situasi itu agak janggal.

     Aku melihatnya sekali imbas tapi memang rasa ingin tahu tu tinggi. Sementelah pula kereta kami bergerak perlahan.  Tiba-tiba aku ternampak seorang kanak-kanak dalam usia 3-4 tahun sedang menangis sambil tercari-cari sesuatu. Kepala otak ni terus terfikir yang kanak-kanak tersebut sedang mancari ibu bapanya.

     Lantas aku meminta Abe Zam memberhentikan kereta di tempat yang selamat. Lepas tu, g kejar kanak-kanak terbabit. Macam biasa, sepantas kilat Abe Zam bertindak.

     Kelakar juga bila lihat kanak-kanak tu macam keliru tengok Abe Zam g amek dan dokong dia. Alhamdulillah dia tak lari atau meronta-ronta.

     Apa yang jadi lepas tu aku tak nampak jadi aku andaikan kanak-kanak lelaki tu dah selamat sampai ke tangan ibu bapanya.

     Bila Abe Zam masuk balik ke kereta, aku bertanyalah apa jadi lepas tu pula. Katanya ibu bapa kanak-kanak tu memang nampaknya takut sangat dan pelik juga tetiba Abe Zam g hulur anak kat bapa dia. Dia hanya sempat ucap terima kasih.

     Macam tonton drama kat tv plaks rasanya. Aku rasa mak ayah budak tu tengah asyik belek2 telefon bimbit tanpa menyedari anak dia dah keluar dari kedai. Ataupun juga bapak harap ke mak jaga anak atau sebaliknya. Tahu2 anak dia dah melilau jauh dah. Dalam dua blok juga dia jalan. Bayangkan lepas beberapa lama baru mak pak dia sedar anak dia dah hilang. Dan bayangkan jika ada orang berniat jahat nampak kejadian ni. Bayangkan itu kali terakhir depa jumpa anak depa. Hish, aku plaks yang seriau!

     Kejadian ni berlaku 3 tahun lepas. Masa ni arwah Ma aku jaga si Iffah Zukrina. Lepas je si Iffah dah pandai berjalan dan berlari, kalau keluar ke mana-mana memang kena lebih prihatin dok tengok dia. Sekarang ni pun kalau bawak 'stroller' biarlah dia yang dok dalam tu dulu. Kalau Izz Ziqry tidur baru letak adik kat situ. Memang kita ibu bapa ni kena lebih prihatin bab tengokkan anak masa kat tempat awam. Nak meng'usha' telefon bimbit ke gajet bagai pastikan ambil giliran ngan bapaknya atau pastikan 'askar-askar' tu semua kumpulkan kat depan mata. Kalau jenis yang terlampau aktif lari sana sini, pastikan ada sesuatu benda nak bagi depa 'sit still'. Anak-anak kalau dah takdo depan mata, bukan macam gajet segala boleh g kedai dan beli balik. Peringatan berharga ni untuk aku dan Abe Zam gaks.



Thursday, October 16, 2014

Uptown Shah Alam Terbakar

Tempat ini memang salah satu tarikan pelancong tempatan di Shah Alam. Lokasinya di Seksyen 23. Jarak dari rumah kami dalam 10 minit pemanduan sahaja. Seberang sungai je pun. Macam tak percaya pula tempat makan dan beli-belah kami ni musnah dijilat api dalam kejadian pagi semalam. Dah lepas 24 jam.



Gambar ihsan AstroAwaniEnglish.com

Dari lebih 300 gerai pelbagai jualan, lebih kurang 100 gerai yang terbakar. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan. Semestinya peniaga terlibat rasa sedih tak terkata melihat jualan hancur sekelip mata. Macam mana mereka nak mencari rezeki lagi nanti.

Aku berdoa semoga ruang niaga Uptown Shah Alam ini dapat dibersihkan dan dibangunkan semula dengan cepat. Kalau tidak, raya tahun depan bertambah susah nak beli belah.

Selain Uptown Shah Alam, uptown mana lagi yang korang tahu dan selalu kunjungi?

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 15, 2014

WWE Malaysia 2014

     Hiburan global datang lagi ke Malaysia. Macam sebelum ni tak pernah ada. Seingat aku, ahli gusti yang aku dah lupa namanya dilaporkan melawat sekitar Kuala Lumpur tapi pintu lrt terlalu rendah untuk dilalui. Terpaksalah dia tunduk. Aku masih lupa nama dia.

     Dulu masa sekolah rendah membawa ke menengah rendah, aku suka gaks layan tonton perlawanan gusti ni di TV1. Sebabnya arwah Ma aku suka sangat menontonnya. Macam mana tak terjangkit kan?

     Tahun 80-an, sukan gusti ni tak banyak merepek macam akhir-akhir ini. Masa dulu tak ada drama atau cabar mencabar pun. Bila dah sampai masa perlawanan, ahli gusti yang berlawan pun terus dengan aksi. Takdo nak cakap lebih dah. Tak buang masa. 

     Hulk Hogan dan Macho Man antara nama ahli gusti yang aku ingat. Hulk Hogan sebenarnya lebih macho dari Macho Man. Kenapa? Kerana HH bergusti dengan cara yang lebih bersih dan terhormat. Itu pendapat akulah.

Takdo gambar nak letak. Kita masuk gambar Menteri Belia dan Sukan kitalah ye? Malas dah nak cari. Nak zzz.. hihi

     Bermula akhir 90-an, WWF dah ditukar ke WWE pula. Masa WWF lagi 'sistem' drama dan cabar mencabar mulut ni dah mula. Dalam seminggu, ada dua kali siaran WWF. Hari mula-mula kasi cabar dulu. Siaran kedua dalam minggu tersebut barulah depa 'bergasak'

     Para pengusti akhir2 ini kebanyakannya kacak lawa. Nama pun hiburan kan? Yang kacak dan lawa mampu menambah dan menambat penonton. The Rock antara yang aku minat tapi dah lama jadi pelakon. Sekarang ni dah takdelah aku nak ingat nama depa. John Cena tau juga pasal gaya dia sempoi. Nama kawan-kawan pun macam dah lupa. Teruk kerosakan sel otak aku sekarang.. huhu

     Siapa nama ahli gusti yang korang tau/kenal?

Tuesday, October 14, 2014

Kosong, kosong, kosong

Kalau dah namanya blogger yg ada blog, semestinya ada entri. Blogger otai pernah cakap, blog yg baik perlu 'updet' sekurang2nya 1 entri sehari. Nampak konsisten kan? sapa yg cakap ni? Baru teringat. Anarm Khairul yg cakap ni. Eh, tak reti plak nak letak link.

Kenapa tajuk kosong? Pasal akhir2 ni takde idea plaks dah. Otak dan minda kosong. Bahaya juga ni kan? Nak menaip tapi otak malas nak pikir. Ada juga macam ni ya? Alah, nama pun manusia. Byk ragam, banyak songeh.




Belah kanan bukan air kosong. Lupa dah aku nama airnya.


Korang pernah terasa kosong?

P/s: ok siap 1 entri.. Keh3

posted from Bloggeroid

Monday, October 13, 2014

Rapat

Kita boleh rapat dengan sesiapa sahaja. Rapat dengan keluarga, rapat dengan saudara-mara. Rapat juga dengan kawan. Bila dah terlampau rapat, ke mana-mana dan buat apa pun bersama-sama. Makan? Berjalan-jalan? Hobi? Pendek kata memang bersama dalam segenap hal.



Agak-agak ada berapa ekor kucing yg nyenyak tidur ni? Depa ni antara kucing kesayangan anak saudara aku. Masa tidur kalau tak berpelukan gini, tak sahlah. Depa ni adik-beradik bapak lain2. Rapat sungguh.

Perihal rapat ni tak semestinya orang sekeliling kita. Rapat dengan orang jauh juga ada terjadi. Tapi, jangan jadi macam ni pula..


Bila dah jadi macam ni, rasa tak sedap pula kan? Sedangkan kita dan org sekeliling sudah berjanji jumpa; mungkin untuk makan bersama. Tapi, dah jadi situasi seperti yang disebutkan erti pertemuan tu dah tiada.

Korang rapat dengan sapa?

posted from Bloggeroid

Thursday, October 9, 2014

Ubat Sakit Tekak Asli


Ini gerenti dapat ubati masalah sakit, gatal, rasa macam ada ulat bulu kat tekak, insyaallah. Aku n Abe Zam dah cuba. Alhamdulillah, berkesan.

Sesudu madu lebah asli + sesudu jus limau nipis. Ingat ye, jangan pakai sudu besi nak letak madu tu. Kena pakai sudu plastik atau sudu tembikar. Campurkan kedua-duanya dan minum. Rasanya pun sedap. Subhanallah.. Wallah u ols!

Cubalah wey. Insyaallah..

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 8, 2014

Kesedaran Sivik


Gambar ini tentukan meloyakan hari korang. Sama loya bila tengok longgokan sampah atau mengekori lori sampah. Hakikatnya yang 'membikin' ini bukan benda lain. Kita. Orang lain pun dikira kita. Kita manusia.

Semalam ketika nak bayar tol, aku ternampak satu tin kosong minuman tenaga 'bertenggek' atas tempat 'touch n go'. Berapa kecil dan nipis 'device' tersebut, tapi mampu juga org yg kreatif tak bertempat ni letak kat situ. Minuman bertenaga tersebut nampaknya tidak mampu memberi tenaga kepada dia untuk menjadi lebih pandai.

Berbalik kepada kesedaran kita menggunakan tandas. Kalau tandas tidak bersih, pandai pula kita berasa jijik. Berapa orang pula dari kita yg ambil masa sedikit untuk membersihkan sisa buangan kita lepas menggunakan tandas?

Tisu yang dibuang ke dalam mangkuk tandas tidak akan cair begitu sahaja. Tisu adalah kertas. Lama2 bila dibiarkan, ia akan keras, membentuk mendapan dan akhirnya saluran tandas akan tersumbat. Kos yg tinggi diperlukan untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Boleh tak esok hari lepas guna tandas dan pakai tisu, jangan buang dalam lubangnya? Tong sampah ada kat luar. Lepas buang, cucilah tangan. Susah kots?

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 30, 2014

Menonton The Equalizer

Hari Rabu minggu lepas iaitu 24 September 2014, kami berdua ke tayangan perdana The Equalizer ni. Tengok pelakon utama iaitu Denzel Washington dah buat aku teruja. Kami tiba tepat jam 8.45 malam di One Utama, Damansara dek kesesakan biasa hari bekerja. Lepas kami ambil tiket, kaunter Nuffnang terus tutup. Aku nampak ada juga yang tak tebus tiket The Equalizer mereka.

Masuk dalam panggung 6, cerita dah mula. Kami terpaksa duduk barisan yg agak depan. Apa nak buat. Masa tu, watak utama sedang berkomunikasi dengan heroin. Heroin ke? Bolehlah kata gitu.





Inilah cenderamata dan hati yang diberi..alhamdulillah, bertambah koleksi baju T Abe Zam. Sedang elok dia suka yg berkolar. 'Button' tu boleh bagi Imran Zamir. Suka sangat dia.

Cerita ni berkisar tentang seorang ejen CIA atau FBI yang dah diisytihar mati semasa menjalankan tugas. Nama watak semua aku dah lupa. Aduhla! Korang kena minta tolong pakcik Google lagi untuk sinopsis lengkap ye? Huhu..

Sambung.. Denzel Washington pemegang watak utama memulakan hidup baru di satu tempat yg semua orang tak mengenalinya. Setiap malam dia duduk di satu sudut sebuah bar/diner sambil membaca buku tebal. Dia bekerja di sebuah pasar raya besar Home Mart. Macam Tesco Extra atau Ikea lah u ols.

Setiap malam juga, dia selalu nampak seorang pelacur melepak di bar/diner berkenaan sambil mencari nafkah. Mncari nafkah adalah antata dialog yg ditutur oleh tuan punya bar yang menarik perhatianku.

Setelah beberapa ketika berkomunikasi, sesuatu yg kejam terjadi kepada pelacur terbabit. Dia dibelasah bapa ayamnya kerana tidak mahu melayan pelanggan yang ganas dan selalu membelasahnya.

DW adalah 'point of view' atau mata kepada penonton melihat dan mengalami segala kekejaman dan korupsi pihak berkuasa di sekitar kejiranan, akhirnya tidak mampu lagi untuk bersabar. Sampai ketikanya, dia bertindak sendiri.






Tengok baliklah ye posternya.

Menyelami watak DW, memang aku akan rasa bersalah dan tak guna sangat jika aku dulu sangat hebat dan berkemampuan dalam membenteras jenayah, tapi tiba-tiba seperti hilang taring melihat kekejaman dan penindasan yang terjadi terhadap kawan sendiri. Demi menjaga diri sendiri supaya identiti tidak terbongkar, takkan seorang adiwira nak berdiam diri kan? Perkembangan watak DW ni sangat dinamiklah walau memula nampak mcm perlahan sedikit. Tapi, bila dia dah bertindak membetulkan keadaan, barulah kita penonton ni rasa puas hati sikit sebab dia dah tunjuk ciri-ciri hero masa tu.



Selingan sesangat ni. Bila depa kata Large, memang depa bagi saiz Large lah. Nak tergelak bila tengok balik saiz dia. Haha

Tajuk The Equalizer ni dari pemahaman aku, apa yg kita buat walau matlamatnya bagus, iaitu membela yg tertindas, tapi pelaksanaannya sama juga dengan si penganiaya, kesimpulannya kita tetap sama dengan penindas itu. Itulah situasi sebenar yg ingin disampaikan oleh penulis skrip dan team The Equalizer ni.

Apa yang aku suka pula, DW menggunakan peralatan yg ada di Home Mart sewaktu bertempur dengan beberapa konco penjahat. Macam MacGyver plaks dia potong sana, sambung sini. Tapi, kalau budak2 tengok susah juga pasal takut depa meniru plaks aksi yg ada depan mata ni. Klasifikasi 18 u ols jadi tak perlu bimbang terlebih. ;-)

Keseluruhannya, aku berikan The Equalizer ni 4 dari 5 bintang. Cemerlang ye? Bagi aku cemerlang dari segi 'highlight' situasi dan masalah dunia yg berlaku di mana2 sekarang; pelacuran, penganiayaan, kekejaman demi 'survival' hidup sendiri. Bila 'team' The Equalizer ni timbulkan isunya, depa selit juga cara nak mengatasinya. Itu yang aku suka. Kesan khas juga aku beri 4 bintang sebab kami ralit juga nengok pemandangan yang telah dibuat

Ok, mental dah blocked. Ini sahaja review yang dapat aku tulis kali ini. Selamat baca korang. Lepas tu g nontonnya boleh?

posted from Bloggeroid

Monday, September 29, 2014

Pelancaran Restoran Fish N Co. Di Main Place, USJ 12

Ahad minggu lepas, kami dapat jemputan untuk memeriahkan majlis pelancaran menu kanak-kanak di Fish N Co. Main Place, USJ 21.



Menu baru kanak-kanak diperkenalkan sekali dengan pembukaan cawangan ini.

Biasanya kami hanya buat lintas hormat je depan/belakang bangunan Main Place ni. Tempatnya kan hanya bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong. Bebudak ni pun dok tanya bila nak singgah sini sebab nampak tempatnya macam menyeronokkan

Kami sampai memang lambat sikit tapi tengok semua yang hadir baru beratur nak ambil makanan jadi kami dijemput duduk terlebih dahulu. Tapi dah memang sedang elok aktiviti untuk bebudak dah siap jadi depa layanlah dulu.















Memang depa seronok betul hari tu. Kami ibu bapa pun alhamdulillah dapat menikmati makanan yg sedap dan mewah belaka. Mewahlah bagi kami. Meh tengok gambar makanan..









Dua kali aku ambil salmon gril. Memang terbaik. Ikan salmonnya segar. Bila dipanggang/gril begini, kulitnya jadi rangup dan sedap sangat. Sotong celup tepungnya pun lembut takdo keras macam getah walau dah sejuk. Aku rasa ianya kombinasi sotong yg segar dan tepung gorengannya yg dibuat sendiri.

Makanan laut di sini semuanya ada sos tersendiri. Macam ikan salmon gril tu kita kena makan dengan sos lemonnya yg korang nampak dalam mangkuk tu. Tapi sos yg paling aku suka, adalah yang ini..





Ini sos pedasnya. Sos ini sungguh beraroma. Pedas sangat? Taklah. Hanya cukup2. Budak pun boleh makan. Tuang atau cicah, memang sempurna untuk ikan, sotong mahupun ayam. Aku rasa menu ayam gril pun ada.





Ini aja minumannya? Tidak. Kami dihidangkan Mojito (versi halal) dan Candy Crush. Korang cari gambar kat fb Fish N Co. yea? Hihi.. Aku suka botol dia ni.




Our 'big catch' of the day. Pertama kami dapat ' goodie bag' ada kuali. Sayang nak guna weh. Ada juga baucer. Kena ulang pergi nampaknya.






Majalah? Bukan. Ini adalah menu. Harga dalam lingkungan rm8 ke atas untuk sekuali hidangan lengkap. Kuali ye? Tagline depa tu makanan laut dalam kuali. Memang kenyang.

Akhir sekali, terima kasih atas jemputan team Junee Yusof..




The happening team



Dapat juga jumpa balik Ellie Toh dan keluarga, kak Hanny dah keluarga serta berkenalan dengan bloggers mak2 yang lain. Berkembang 'network' u ols.

Bila plaks korang nak g Fish N Co. ni?
posted from Bloggeroid

Friday, September 19, 2014

Nuffnang Premier Screening: The Equalizer

Dah lama tak cuba nasib untuk dapatkan tiket wayang percuma dari Nuffnang. Dapat 'newsletter' yang biasa tiap bulan tu, jari-jemari bagai didorong untuk klik ke 'banner' filem ini. Kena tulis entri ka? Tak payah. Komen je di entri The Equalizer kat blog Nuffnang. Bereh.

Kelmarin. Dok belek2 hp kat KL Converge 2014, dapat email terbabit. Alhamdulillah. Sepasang tiket ke tayangan perdana The Equalizer ni. Watak utama dipegang Denzel Washington. Wow! Apa lagi yg dapat diucap selain hebat dan berkarisma.








Sapa lagi dapat? Jomler nonton sama2..

posted from Bloggeroid

Thursday, September 18, 2014

Pengalaman di KL Converge 2014

Musim cuti sekolah ni macam-macam pengisian ada. Salah satu yang menarik perhatian aku adalah KL Converge 2014. Acara ini baru pertama kali diadakan jadi tentunya aku teruja.

Apa dia KL Converge 2014 ni? Boleh aku katakan, acara ini seperti pintu atau mesin ke masa depan. Ada pameran hasil dari penyelidikan teknologi yang tersedia untuk dijual. Aplikasi telefon bimbit, tablet dan android yg sangat banyak pilihannya. Pilih dan bincang ikut kesesuaian perniagaan korang. Gerenti beres; kata KRU. Tidak ketinggalan teknologi dan alatan canggih dalam bidang perfileman.





Aku pun tatau apa nama mender ni. Tapi kepada mereka yg berkenaan, mender ni sangat memudahkan kerja. Letak je kamera kat situ dan 'pengembaraan' pun bermula. Hebat dak?

Teknologi yang dipamerkan semestinya mesra alam sekitar. Itu salah 1 tema KL Converge 2014 ni. Sebab tu aku perasan alat dan kemudahan yang digunakan sangat minima. Lepas tu, banyak pakai bahan terbuang je. Tak caya tengok.



Hiasan dalaman dan meja dari palet. Palet ni kan diguna dengan meluas di kilang untuk alas barangan di gudang. Stylo gaks letak kat umah.. Haha

Aku tak sempat nak snap gambar kerusi kertas dari kertas terbuang. Depa guna masa pelancaran. Memang tangkap kat mata aku. Cantik, praktikal dan bergaya. Yang palung penting mesra alam sekitar.

Dek kerana sakitnya kaki berjalan jauh, aku lupa nak ke tingkat 3 dengar ceramah dari personaliti terkenal di dunia. Korang gugellah info pasal KL Converge 2014 ni untuk tahu siapa mereka. Hotel Mandarin Oriental sebelah KL Convec ni pun ada seminar dan ceramah yang lebih kepada 'malaysian content'.




Tasneem dari RTM tengah interview Michael Christian ka apa nama dia. Individu yg bertanggungjawab 'menggempaq'kan filem Transformer. Beliau salah seorang 'speaker'. Sebelah kanan Tasneem adalah Awi Rafael.

KL Converge 2014 ini juga diadakan untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka dan prihatin semasa menggunakan media sosial. Kita sendiri tahu macam2 masalah dan situasi negatif muncul sekarang kan?







Peringatan berguna.


Akhir sekali, tuan tanah pun nak bergambo. Tak sangka ada kampung bloggers di KL Converge 2014 ni. Bukan ada apa pun. Hanya kerusi, meja dan bean bags. Maaf. Saya malas nak snap semua pasal ada orang. Sogan mak aih.






Selfie tak segan ye?

Akhir kata, pegi ler ke KL Converge 2014 ni. Berakhir pada Jumaat. Mesti minda kita lagi terbuka. Amin3.

posted from Bloggeroid

Monday, September 15, 2014

Pengalaman Mencuba Google Glass

Aku baru tahu mengenai kaca mata Google atau google glass ini beberapa bulan lepas. Atau tahun lepas. Masa tu salah seorang guru aku, Irfan Khairi (Dr.) tunjuk pada kami masa beliau cuba menggunakan gajet tersebut. Katanya, google glass masih di peringkat 'patent pending' atau masih di peringkat ujikaji kalau tak silap. Aiseh! Kelemahan aku. Lupa apa yg guru cakapkan.. Huhu. Tapi, beliau berpeluang menggunakannya seketika dari seorang rakan atau bystanders semasa berkunjung ke New York. Ok, lupa dan lupa lagi.

Hari Sabtu lepas, aku berpeluang memegang, menyarung dan cuba sedikit fungsi google glass ini.










Sekali pandang macam cekak rambut je kan? Lepas tu bingkai je ada. Cermin tadak. Pasal tu depa letak nama google glass. Glass nya mana? Tu belah kanan. Aku tatau apa material depa pakai. Rasa mcm plastik tapi macam kaca pun ada. Itulah skrin paparannya.

Nak guna macam mana? Google glass ni kena bercakap je. Keluarkan arahan pakai suara atau kita boleh 'scrol' kat bingkai belah kanan tu. Adoi, memang 'cool' lah. Aku tak cuba sangat fungsi google glass ni. Setakat snap dua gambar kat atas dan selfie. Nak lebih2 sogan. Aku tgk classmate, Khidhir yang guna. Tak sangka plaks si Khidhir ni pernah tolong aku dulu. Maksudnya, aku pernah jumpa Khidhir secara tak langsung dan tatau pun akan belajar sesama beliau kali ni. Jodoh pertemuan aturan ALLAH memang hebatkan? Alhamdulillah. Kesahnya jejak kasihanlah ni.. Haha

Bebalik kepada kisah google glass ni.. Eh, masuk gambo tuan tempat kejap!




Nampak muda 10 tahun dak?

Apa lagi nak kabo? Ok, maklumat lanjut pasal google glass ni korang sila rujuklah memana tempat yg berkaitan.

Akhir kata, tuan yang empunya google glass ini adalah guru baru aku..





Encik Peter Gould. Beliau merupakan seorang designer terkenal dari Australia. Yang menarik, beliau seorang Muslim dan banyak mengusahakan projek2 Islamik di dalam dan luar Australia. Cer google nama beliau dan Creative Ummah. Korang pasti suka. Belah kiri tu mestilah korang kenal. Idola aku sejak lama. Semenjak aku kenal komputer dan internet.

Baiklah, post dah panjang. Berapa harga google glass ni ye? Cer tanya atuk google..

P/s: internet dan teknologi berkembang, sama ada kita suka atau tidak-Irfan Khairi

posted from Bloggeroid

Monday, September 8, 2014

Semangat

Kadang-kadang ianya kuat dan tinggi sangat. Masa kuat dan tinggi, segala halangan nampak enteng. Ribut, taufan, banjir besar, gajah dan harimau datang pun rasa macam takder apa. Semuanya aku langgar katanya.

Tapi, bila dah merudum; tatau nak cakap apa plaks. Nak buat, macam tanak buat. Macam tak yakin. Risau memikir apa akan jadi pada masa depan. Lemah semangat rasa tak bermaya. Bila semangat dah hilang, sesuai juga kita dengar lagu XPDC yg sempoi tu. Mungkin semangat boleh pulih sehingga is 'sakit' semula. Kitaran pun berputar lagi.




Mungkin kena mandi air garam kasi caj aura positif yerdak? Apa macam semangat korang pada hari Isnin yg berbahagia ini? Hohoho..

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 2, 2014

Hari Selasa

Ya. Realitinya Selasa hari ini selepas cuti Isnin. Selasa 2 haribulan September. Malam ini nak g timbang Izz Ziqry. Berapa kilo dah agaknya. Hari ini juga hari berkabung lagi untuk negara Malaysia. 9 lagi jenazah Tragedi MH17 akan tiba. Dijangka dalam jam 9-10 pagi kots. Ok, hari Selasa ini menyedihkan. Alfatihah..



posted from Bloggeroid

Friday, August 29, 2014

Rambutan

Cerita Raya Aidilfitri yang lepas.. 


 Iffah Zukrina : Eh, Mama! Daun. 

 Mama : Ya, Kakak. Daun rambutan. 

 Iffah Zukrina : Rambutan? Mama, nak rambutan. 

 Mama : Rambutan ni belum masak, Kakak. Tengok pokok ni. Baru berputik. 

Iffah Zukrina : Oh… 

 Bebudak ni masa kecik semua nak 'explore' kan? Semua mender adalah pelajaran baru dan tatabahasa bagi mereka. Dah besar sikit, wallahuaklamlah. Doa saja yang baik2. Amin3


*sebenonya nak amek gambo Kakak tengah pegang daun tu tapi line macam biasa nak gaduh ngan aku, boh jer gambo sopan yang ado. ni nyampah ni. tahun depan kang aku updet lagi.

Thursday, August 28, 2014

Ops!

Malam tadi on laptop. Rasanya dah lama takde feel or sempat nak online dari situ. Feel mari juga. Tetiba terfikir macam ada semangat sikit nak updet. Walhal Blog It dan Bloggeroid mmg ada pun kat dalam hp. Dulu kalo updet dari sini macam2 dugaan. Gambo tak masuklaa. Lambat nak publishla. Ok, kali ni kita cuba. Good luck untuk aku.

Kasi kenyit mata sikit supaya korang tergoda nak baca blog aku balik.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra




     Tik Tok Tik Tok.. bunyi apa plaks tu? Bunyi jam berdetik tanpa henti. Masa semakin suntuk. Cepatnya masa berlalu. Ya, seolah-olahnya masa itu bukan lagi berlari malah bergerak sepantas The Flash!
***

     Aku tau aku masih berhutang. Hutang wang? Ah, itu memang tak habis-habis selagi belum tutup mata. Hutang ini lain sikit. Hutang ni kalau 'dijelaskan' insyaallah mendapat ganjaran pula.

     Amboi! Bayar 'hutang' dapat ganjaran; apa yang hebat dan bagus sangat tu? Hahahaa.. saja kasi saspensi saspens.

     Sebenarnya aku masih berhutang satu lagi entri testimoni dengan pihak Oceanlife2u dan #ephyra2u selepas aku dapat satu kotak premium minuman kesihatan berperisa oren Ephyra di #SBB2014 tempoh hari. 

     Cemana aku dapat free? Kena buat entri jugalah. Itu korang boleh baca kat sini.

     'Long story cut short', aku mula minum Ephyra ni masa mula-mula dapat tahu aku hamil 6 bulan iaitu dalam bulan Januari. Dari tarikh hari ini, dijangkakan 13 hari lagi aku akan bersalin. Gabra 
weh! Dah 4 bulan rupanya aku dah bersama Ephyra yea?

     Perubahan yang aku alami sejak itu aku kongsikan juga pada entri yang korang klik kat atas tu. Yang aku nak tambah tentang perubahan nyata yang orang sekeliling nampak pada muka dan kulit aku. Meh aku kasi ringkas supaya korang tak muntah  bosan baca cerita aku.

Dialog 1

Terjadi semasa aku balik kampung bulan Mac lepas. Sedara belah abang ipar aku tegur...

Dia : Apa khabar? Lama tak jumpa. Dengar cerita nak tambah lagi anak yea?

Aku : Khabar orang mengandung ginilah. Alhamdulillah masih  larat lagi nak g keja. Betul kan? Lama tak jumpa. Nama jer sama-sama dok Selangor (gelak)

Dia : Eh! Awak nampak lagi putih gebu sekarang? Makan apa?

Aku : Errr.. betul ker? Rasa macam biasa. Ni dok minum Ephyra. Biasa....( nak tanya dia biasa dengar ker nama Ephyra ni. Dah kena pintas cakap..hihi)

Dia : Oh! Ephyra. Biasa sangat ler.. bla bla bla

Lepas tu kami dok menyembang pasal kebaikan Ephyra ni. Dia pun mungkin nak cuba.

Dialog 2

Masa ni aku nak g makan kat kantin. Ada sorang makcik tu beliau tunggu anak setiap hari untuk rehat. Anak beliau dari kelas pendidikan khas. Selalu dok senyum-senyum jer jadi hari itu aku ambil keputusan nak tegur beliau.

Aku : Assalamualaikum, kak (poyo tak menahan. Kat belakang panggil makcik)

Makcik : Waalaikumussalam, cikgu. Jemput minum.

Aku : Jemput, kak. Saya pun nak makan  minum kat dalam nanti

Lepas tu macam biasa bla bla bla pot pet pot pet sembang tak hengat donia. 

Makcik : Cikgu orang mana? 

Aku : Kelate..

Makcik : Patut putih gebu...

Aku : Errr...

***

     Gitulah kisah aku selepas fasa kedua minum Ephyra ni. Nak tunjuk gambar? Tengok kejap lagi kalau teringat dan rajin.

     Sebenarnya bukan aku minum sorang Ephyra ni. Aku kongsi dengan Abe Zam. Sebelum tidur aku sediakan dua 'shaker' Ephyra. Dah beberapa kali pesan sendiri kotak premium selain dapat percuma sekali jadi dah boleh buat koleksi 'shaker' lah.

Hahah.. sori masa ni Abe Zam dah dahaga sangat tak menahan nak minum. Ok tak promosi tu? miahahaha..

     Perubahan yang dirasai Abe Zam adalah berat badan beliau turun dalam 1-2kg dalam masa 2 bulan minum. Itu pun tak tetap pasal bila stok dah tinggal sikit, beliau kasi simpan untuk akulah. Caring tak? Ok poyo lagi.

     Aku harap dapat meneruskan 'perjalanan' aku bersama Ephyra sebab dah rasa kesan positifnya masa aku mula-mula minum dulu. Lepas tu berdoa agar Abe Zam selalu dapat minum terus tanpa henti-henti atau mengelat pasal takut stok untuk aku cepat habis juga. Hari tu plaks anak dara aku si Iffah Zukrina dah mula suka teguk yang ada sikit dalam 'shaker' tu. Abe Zamlah bagi. Dia dah mula suka dan cakap, " Emm.. dapnya ubat Mama ngan Abah ni". Alahai baru nak masuk 3 tahun, Dik. Sabo tunggu 4 tahun boleh kasi minum.

     Seterusnya aku nak tengok kesan lepas bersalin pula. Ada kesan tak pada bayi baru nanti dan juga untuk penghasilan susu badan pasal Memey pun minum untuk tu gaks. Sama2 doa ok? Amin3...

     Kalau korang nak berniaga produk Ephyra ni, boleh juga daftar untuk program 'dropshipping'. Boleh pm kat FB depa. Aku dah masuk untuk bloggers punya. Tak payah simpan stok. Tak payah keluar modal duit dulu. Keluar air liur pun tak payah sangat hanya usaha tenaga sikit pakai jari jemari dan 'keyboard' ajer..hihi

     Akhir bulan ni plaks Oceanlife2u akan bukak gerai di Karnival Riuh Utusan ke apa kenama. Kat Precint 2 kalau tak silap. Dari 25-27 April. Harapnya perancangan nak ke sana tiada halangan pasal tunggu hari ajer ni kan?  Harga kat gerai memang istimewa kalau korang nak tau.

     Haa... apa lagi mau taip. Korang boleh 'like' page fb depa iaitu Oceanlife2u. Kat 'profile photo' tu dah ada pasal karvival yang aku sebutkan di atas. Korang boleh gaks ikut depa kat Instagram dengan carian @ephyra2u dan #ephyra2u... 

     Nak kasi promot last ni tau. Bagi yang berminat nak beli boleh pm aku kat fb. Harga biasa jer aku bagi pasal aku kan ker dropshipper. Paham2laa yea? hihi...


     Penat dah jadi aku nak siap-siap g follow-up kat PPUM laks. Doakan aku dapat menang antara hadiah utama untuk Cabaran Ephyra ni yea? Amin3... terima kasih!