GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, November 12, 2011

Suka Nombor??

      Nombor. Ramai orang suka nombor. Kalo tak, cemana kedai Toto, Kuda, Da Ma Cai, Magnum dan macam2 lagi tuh bole berkembang kan?

     Nombor. Kalau nak beli kenderaan, musti mau plet nombor yg lawa2. Nombor cantik. Kasi ada 'ong' kan? Tak kesohler reganyer pat lima angka pon. Bergaya dan 'sophisticated' punyo pasal. Konon itu nombor peribadi kita ajer yg punyo. Check2 kat JPJ saper yg dah beli nombor berkenaan dan sanggup turun jumpa pihak itu walau jaraknyer 1 hari perjalanan. Sanggup yea? 1 plet kenderaan yg berharga beberapa angka dapat membeli makanan org2 miskin, gelandangan dsb, dapat membaiki rumah2 ibu tunggal yang mempunyai beberapa org anak, dapat juga membayar yuran persekolahan beberapa orang anak yatim, dapat membeli binatang korban untuk saudara seagama yang hanya 'mengenali' daging sekali setahun. Owh, itu semua tidak glamer. Tidak seperti meletakkan nombor di tempat yg hampir paling bawah tetapi kemudian dikencing kucing kurap sahaja.

     Nombor. Dah lama berkawan antara lelaki perempuan. Nak bertunang tahun depan. Errr, tunggu. Tarikh macam tak cantik. Tunggu lagi 1 tahun. Tiba masa nak nikah, eh..eh..date neh mcm tak kenalah. Tak simbolik. Nombor neh tak sesuai untuk kita lah, yang. Dah kawen. Si isteri bertanya,"Hari ini bpe haribulan?" Suami menjawab,"11.11.2011. Napernyer?" Isteri,"Cuba ingat btui2 hari aper?" (muka mula mencuka, nada suara dah tinggi). Suami,"Errr...errr (sambil urut janggut yg ala2 ader ngan takder jer tuh). Isteri,"Lupa lagi laa tuh. Dah 35 tahun pun tak ingat2. Mencik!!"(terus lari masuk bilik, kunci pintu dan hempas badan kt katil). Suami,"Allahhhh...!!!"(sambil tepuk dahi sendiri yang jendul).

     Nombor. Semalam. Kul 12 tgh mlm. Macam biasa taip entri sambil ber'FB'. 1 status masuk>>"Wah! Tarikh yg sungguh cantik...bla...bla...bla". Status kedua>>>Selamat hari 11.11.11. Beruntung sungguh si polan kawin hari neh bla..bla...bla. Begitulah sehingga 44 status yg lain or maybe ke ribu-riban yang isinyer mengenai nombor atau lebih tepat tarikh semalam. 90% 'isi' apa2 mender pon semalam berkaitan nombor.

     Nombor. Tahun lepas, 10.10.10; kalo ader korang yang masih ingat tragedi di salah 1 laluan di PLUS yang mengorbankan ramai nyawa. Kemalangan ngeri sebuah bas ekspres. Malas aku nak ulas2 lagi so korang cer gugel kasi ingat. Sebelum kemalangan tuh, semer orang pon dok sebok2 cakap pasal tarikh cantiklaaa bla...bla..bla... Maghrib tuh, kejadian ini berlaku. Nombor? Tarikh cantik?

     Nombor. 11.11.11... kemalangan bas lagi di area Behrang. Tak baper amek tau sangat. Just dengar berita di Sinar. Beberapa orang murid sekolah terkorban.
     Nombor. Topik 'Sinar Pagi' berkenaan nombor. Ader pemanggil yang menceritakan yg tarikh sekian2, dicampur, tolak sampai rebah, bahagi, kong kali kong, min, mod, median dan kemudian nombornyer adalah sama. Kebetulan?

     Ok, aku benci nombor kerana membuat kita lupa. Aku benci nombor kerana membuat kita riak. Aku benci nombor kerana kita dah takder duit lagi (or pepura takder duit) untuk beramal jariah. Aku benci nombor kecuali duit.

3 comments:

PCL said...

nombor..nombor, alhamdulillah tak terlintas nk tikam nombor ekor...emm nk cari gak kalo ada sesapa yg simpan plat no PCL 1111....nak beli la...haha.

akuzle ayu said...

PCL: org kaya noooo??

LOVELY KITCHEN said...

11.11.11 pukul 11.13 baby boy dilahirkan oleh member malaysia kat sini...muminya cuba utk push pukul 11.11 tapi xde rezki tak sempat...hihiii dah ada 2girls kali ni boy dgn date yg cantik...lahir kt nihon pulak...rezki...