GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, November 28, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT 3


      Inilah list hapdet terbaharu. Kalo yang dah mendaftar tapi nama blog tak kuar kat sinik, sila bgtau den cepat2 yor. Kalo rerasa segan kat den, bole 'roger2' Dato' LF or kakak kesyngan kiter, peminat bunga Seroja macam lagu 'Search' neh serta kakak apron merah yang gantung japs apron beliau psl terlalu glemer nnti Hisyam marah. hahhahahahah...

     Takot sesat? Tader GPS Guno Pom Sosat? Tak reti? Malas nak pikir? Dun wory, Dato' mmg resourceful orgnyer... semer gerenti beres bukan rebes. Ado peta weh...
     1 lagi klu, bila angpa dah nampak signbod 'Jalan 3/4' tuh teruih masuk then nampak lagik signbod 'Bangi Valley' surely angpa berada d tempat yang btui. Pastuh, pepandai ah cari kan3?

Kalo Niat Lain, Buat Lain

     Bangun tito, dah pasang niat....

1. Nak ber'bw' 
2. Nak hapdet

     Alih2, dua2 dapat buat sikit ajer psl byk benau 'iklan' dan 'selingan'... ohkey... kener jalankan tanggungjawab sebagai ibu plaks... heehhehehe

Agak2nyer saperlaa mamat hensem neh yea? Ohkey, eksersais minda...


Friday, November 25, 2011

Tak Ku Sangka... Rupa2nya Lisa Surihani itu 'Peniru'....

     Aku tau sangat2 ramai lelaki jantan kat luar sana yg minat gila babi kat Lisa Surihani. Tanya hub aku plaks katanyer 'tak selera'... btui ker, Bah? ....ahahahhaah

     Bukak FB tadik, tgk profile pic Lisa. Ternampak gambo neh... tetiba terfikir lagikkk...


...Uncle Gedek... cemana korang pikirrr??

p/s: Kalo rasa2 gentleman, belilah baju2 kat sinik utk. wife korang...




Tatkala Kebodohan 1 Pihak Terserlah Tetapi....

     Selepas Anugerah Industri Muzik (AIM) berakhir, timbul plaks 1 isu yang amat besar or sengaja diperbesar2kan. Aper lagi kalo bukan tersalah bagi anugerah. Fuhhh!! Baru now aku nak akui yang memangnya isu ini takbley nak kata kecik. Tapi, apabila membaca 'paper' Harian Metro tadi, membuat aku terfikir tentang banyak menda:-

1. Penerima anugerah sebenar iaitu Anuar Zain berpendapat kalau mender neh didiamkan pon dier x kisah. Means bagi jer anugerah tuh kat Yuna pasal dier pon deserve gaks in a way. Aku plaks pikir,"Btui gaks neh. Dok dendiam...syhhh..syyyhhh ajer pon ok pasal saper pon tatau kalo tak dihebohkan yerdak?" Tapi, baru satni aku terpikir plaks,"Maybe he's being synical or menyindir org2 yg terlibat??"... hoh, inilah susahnyer kalo asik berpikir macam kulit bawang. 'Umpama Mimpi dalam Mimpi' weh....huhuhuhu

2. Penjelasan org kuat RIM/AIM plaks,"Tak bole nak diamkan pasal kalo ikut syarat2nyer Yuna memang tak layak". Ohkey, ini merupakan penjelasan yg logiklah...

3. Ohkey, byk sangat 'selingan' dan 'iklan' membuatkan aku 'terganggu' so malas dan teruskan 'point2' seterusnyer. Hanya nak sambung tajuk entri neh.... 'Kebijakan dan Kecerdikan Beberapa Pihak Pula yg Kelihatan'... in a way, aku bole katakan yang aku kagum ngan ke'profesional'an dan pengalaman Anuar Zain dan ke'intelektual'an Yuna dalam menghadapi situasi ini. Itulah bezanya antara orang yang belajar dari pengalaman, 'pelajaran' hidup dan ilmu di peringkat tinggi. Bukan yang ala2 blaja, bila ditimpa sesuatu kontroversi dok 'menyalak' tak kena tempat. DIINGATKAN, ORANG YANG MAHU BELAJAR DAN BERFIKIR yea? Kalo blaja tinggi2 pon tapi pikiran cetek, baek ko g byr jer utang PTPTN ko tuh dari nak lari sana sini.

     Sebut pasal PTPTN teringat soalan Imran kepada aku pada suatu hari yang damai....
Imran Zamir : Mama dah bayar PTPTN??

Mama : Terfikir sambil garu2 dagu,"Sejak biler aku berhutang ngan PTPTN macam Faizal Tahir walhal 'ahlong' aku yg sebenar2nyer adalah KPM dan kerajaan??"

     Jangan marah yea, Mama tapi fikirlah betapa bijak dan cerediknyer anak anda berfikir. Ntah2 fikir berlapis2 macam Mama gaks... pasal tuh selalu nak berhujah ngan Mama... ohrait, entri ini sudah banyak 'isi' penting sampai jadik caca-marba... jangan lupa baca entri lepas neh versi agak serius plaks.btui ka serius??....eheheheheh


Kalo teringin nak bagi hadiah kat sesapa yg berkenaan, boleler order set gift barut bayi neh. RM50 ajer skali ngan kotak, handmade card n free postage. Tak teringin?? (Iklan sendiri jer pasal pree kan?)

Thursday, November 24, 2011

Sambungan Entri 'Khabar Sedih Lagi'

     Ramai kawan tertanya2 sebab pemergian allahyarhamah Rozi Hartini bt. Abd. Aziz. Siapa arwah? Bole rujuk di entri ini... 



     Hari ini, nama aku di'tag' di FB kat 'perbualan' melalui sms antara Doktor Maziah dan arwah pada malam sebelum beliau meninggalkan kita.

 
Kalo rajin nak baca komen bolelaaa ke sinun plaks...

     Sebelum neh memang aku dengar2 khabar yang punca kematian adalah uterus yg pecah. Dok sembang2 ngan kwn kt skola, katanyer kalo dah operate pd kelahiran lepas memang berkemungkinan tinggi mender neh bole jadi. Wallahuaklam... tapi, itu semua hanya penyebab sahaja kan? Realiti tetap realiti iaitu dah memang ajal arwah. Tapi, kawan yg sama gaks cakap kakak kawan beliau pon meninggal dengan sebab yg sama. Dan yang paling mengejutkan, di hospital yang sama!! Surely korang nak tau sgt hospital mana kan? Erhhhh... kang orang kata aku fitnah n cakap tanpa bukti plaks....huhuuhhuu...cemana neh? Kebetulan? Kecuaian??...huhuhuh
Hanya ALLAH yang MAHA tahu....

     Apapun, marilah sedekah lagi byk2 AL-FATIHAH dan Surah Yasin kat arwah kawan aku tuh dan semer muslimin muslimat yang telah pergi....;-((

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT 2

     Inilah senarai rakan-rakan bloggers yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir pada 'PAD'......


List ehsan Kakcik dan Dato' LF

     Agak2 apa maksud tanda * itu yea? Ohkey, eksersais minda...eheheheh
     Mungkin masa neh paling sesuai anda semua buat apa2 'homework' or lawatan CSI sosial ke 'umah' kengkawan yg perlu. Nanti boleh elakkan kejadian 'tersombong', 'termalu' or tak 'tertegur'. Then, petua Gadis Bunga apabila hadir di majlis 'gathering' bloggers ialah:-

1. perkenalkan nama samaran semasa berblogging bukan mengikut i/c yea?

2. sebutkan sekali nama blog.

Payah? Susah? Malu?...Ohoh!! Sila tendang terajang hempuk itu semua jauh2 kerana kita semua adalah hamba. TUAN kita adalah sama. Jadi bukankah kita sama sahaja? Guna bahasa rojak? Guna BMT? Pokoknya, ko seorang blogger yea?

 Kalo takder 'sewang', korang tanak datang yea??

Tuesday, November 22, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT

     Idea dah kering. Nak tulis haper? Garu dahi.... Ohkey, layan gegambo duluh.....

Acu Sayang, Kakcik Seroja, kak Azie Azah dan Datin Aishah (mem besar Dato' LF)

Dato' mengutarakan idea.

Ohkey, nak tempek gaks muko kitorang yang kunun glemer .....hihihihihi

Pertemuan 'terakhir' Wanie before memenuhi tuntutan kerja di kampung. Terpaksa berjauhan dengan suami. Tuh yg termenung jer tuh kots....ehehehehhe... Joking jer, dik...ahaks!!

Dah fenat otak, sambung mamam.

Inilah kami. Tanak jumpaa??

     Ingatan Kakcik dan Dato', perjumpaan ini bukan milik individu, tapi milik semua. Bersamalah kita  menjalin dan merapatkan ukhwah. Berkongsi apa sahaja yg bermanfaat sesama sendiri. Tiada jemputan peribadi sebaliknya hanya ikhlas dari diri. Errr... ayat dah macam Kakcik dah neh....miahahahhaha...


Pulangnya Ke Rahmatullah

     Selepas sesi muzakarah santai di umah Dato' LF, jam sudah menunjuk ke angka 6 ptg. Sempat lagi kots ke umah abang aku plaks. Dah alang2 ke Bangi, mmg tidak sah kalo tak menyinggah ke umah abang aku yg seorang ini. Tapi, biasanyer kalo ke Bangi, mmg tujuannyer ke umah beliau. Alhamdulillah! Beliau ada d umah selepas pergi ke kenduri d Keramat. Gedebuk gedebak, makan minum sebyk 2 kali, lepas Maghrib lebih kurang, bertolak balik. Sampai umah kul 9.30 mlm. Gedebuk gedebak, mandi, solat... kul 11 udah kroh..kroh... fenat weh even x drive.

***
     Terjaga. Tengok jam; masih awal. Kul 12.00 tgh mlm. Hub aku dok kelam kabut g mari. "Mak tipun. Opah dah meninggal.." Innalillahiwainnailaihiroji'uun..tokojut mendengar berita itu. Rasanyer takder plaks Mak citer Opah sakit yang berat2 akhir2 ini. Yang aku tau, memang Opah dah lama tak bole berjalan dan ada mild stroke pd bahagian kanan badan. Tangan arwah belah kanan memang dah takbley gerak. Since aku nikah ngan Hub, mmg itulah keadaan arwah Opah sehingga kali terakhir kitorang jumpa. Dah lama tuh. Tahun lepas kots.

     Hub aku kemas2. Nak balik ke Kg. SC, Redang Punggor, Teluk Intan. Maybe bwk Mak n Abah. Aku n anak2 tak ikut atas beberapa faktor. Lagipon, x selesa juga bawak Ma aku. 

***
     Arwah Opah yang kukenali.... Memang suka bersembang. Tiap kali balik kampung ader saja topik untuk dibualkan. Ada jugaks Atuk dan arwah Opah datang ke umah PIL masa kenduri abg ipar aku. Ada gaks g umah pakcik aku even umah pakcik aku tuh kt tingkat yg agak tinggi. Apa lagik eks? Alahai, macam tak kenal sangat yea?...hhuhuuuhu...

     Mengikut cerita Hub aku, arwah Opah adalah seorang yang bekerja kuat semasa zaman mudanya. Terlampau kuat bekerja sehingga apabila sakit terus tak bole nak masak pun. Takder rejeki aku nak merasa air tgn arwah Opah pasal dah agak lama arwah sakit macam tuh. Menurut pakcik aku, memang arwah Opah kalo masak mmg power. Mmgler pasal air tangan ibu kan? Macam2 keja yg Opah buat dulu. Maklumler, orang merantau. Asal ada keje, buat ajer. Atuk pon sama. So depa neh laki bini mmg byk berganding bahu cari rejeki untuk kuarger. Anak plaks ramei; 9 orang. MIL aku anak kedua n mmg jadi kesayangan arwah Opah. Pasal beliau ikut perangai Opah, cepat buat kje n rajin plaks tuh. Gluppppp.... sungguh beza ngan akuh.....hahhahahah

     Now aku dok terbayang cemana Atuk nak meneruskan idupnyer. Pasal depa neh mmg pasangan romantik dan rapat sangat2. Biasanyer pasangan orang2 kita yg veteran dah tak baper nak rapat kan? Dolu2, kadang2 aku tengok Atuk picit2 dan gosok2 arwah Opah. Bersenda gurau. Atuk tak pernah tinggikan suara bila cakap ngan arwah Opah. Setiap hari, Atuk setia masak utk Opah even beliau sendiri pon ader semput. Teringat aku, masa depa mai umah PIL utk kenduri abang ipar tuh, kitorang ngintai kat bilik depa, mmg pintu tak tutup. Tengok2, betapa comeynyer depa tito; saling menghadap antara 1 sama lain. Before tutup mata, Atuk nampak Opah; Opah nampak Atuk. Esoknyer, bukak mata, Opah nampak Atuk; Atuk nampak Opah. Terasa bahagia hidup bila ada orang tersayang di sisi. Tapi, pagi esok, Opah dah takder lagi depan Atuk....ohkeyy, air mata bergenang....
     Tadi aku tnya Hub, Atuk nangis ker tak. Hub ckp dah nak kering air mata Atuk. Ohkeyyy.... nak nangis lagik... Mak ader kat kampung seminggu. Ahad depan Hub janji nak amek Mak. Ohkeyy, bole bawa Ma aku jln2 balik kampung belah Hub aku plaks. Hopefully Atuk ok sket pasal anak kesayangan beliau ada temankan. MIL aku takbley dok lelama kat kg pasal FIL aku pon tak baper nak cihat. Sakit2 orang tua gituh kan? Mehler aku tempek gegambau arwah Opah yang sempat aku snap tahun lepas. Nasib baek terpikir nak bwk balik kamera....

Korang leh tau mana 1 Opah kan? Ngah beborak masa baru sampai.

Macam biasa sesi cerita cerutu. Dah lamo x jumpo kan?

     Al-fatihah untuk arwah Opah.....



    

Sunday, November 20, 2011

Bila Pak Bertemu Pak..

     Reronda.. tgk2 bloglist... terpandang tajuk. Terus klik. Baca entri. Macam biasa; musti tinggalkan 'jejak'. Klik ruangan komen. Tetiba tergelak besar. Tengok ini...


Komen itu untuk entri yang ini... 

 Tengok plaks apa komen balas dendam dari tuan empunya 'umah'....


     Ohrait, nak nyelit gaks komen akuh...




     Itulah kesahnyer apabila Pak Temuk berjumpa Pak Ngah Hamzah.... sampai 'kecut' usus akuh.....miahahahahhahaha...
     Korang rasa tak kelakar? Ohkey, sila sambung tito balik di hari Ahad ini...aku nak sambung gelak..hihihihihihi....

p/s: cemana agaknyer memurid Pak2 ini masa depa ngaja dlu yea? ker Pak2 ini garang? wonderinggg...

Saturday, November 19, 2011

PRU 13?

     Ohkey, malas nak taip bebanyak. Nak mintak help kengkawan undi Adik Iffah ajer. Kedai online OneBabyWorld ader buat peraduan baby bergaya katanyer. Kots sesambil korang dok berFB tuh, 'LIKE' ajer page depa n 'LIKE' gaks foto Adik Iffah. Dier peserta no 86, ader dalam album 1...

Kener 'LIKE' FB depa kat sinik duluh : http://www.facebook.com/#!/pages/One-Baby-World/109113239139204  >> naper tader link? copy paste ah yea?

Then 'LIKE' foto Adik Iffah kat sinik : 
 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=262558827127977&set=a.259916330725560.83739.109113239139204&type=3&theater

Sesi Sedih Mengsedihkan Lagik...

  1. Hari yang sepatutnya mula keje setelah 3 bulan bercuti, kepala rasa weng2 ala2 dok atas kapal persiaran Starcruise (mcm penah naik). G klinik panel hub (bkn klinik kerajaan yea? kalo pigi gerenti aku pitam terus), tuan dokter check2 'bp' 2 kali then hasilnya 140/90... hoh! patutlah weh. apa puncanya? frasa 'dah nk kje balik' tuh mmg 'mind' ckp,"owh! who said I don't mind working?". Tuan dokter ckp kener mkn ubat darah tinggi. Lepas 10 hari dtg check balik....huhuuhuhuhuuh... umo baru 33 tapi dah ado hypertensi?....huhuhuhuhuhu 
  2. Dekat skola, bersyukur pasal dua orang 'adik' guru junior n GSTT byk tolong nyelesaikan tugas2 yg berlambak maso den enjoy cuti 3 bulan tuh. Pada maso 'orang' ini bergumbira, orang2 lain plaks yg bertungkus lumus yea? huhuhuhuhuh... Tapi, balik umah, tetap rasa penat. Pasal driving kots? huhuhuhuh..
  3. Baru beberapa hari kje, rasa macam dah tak 'kenal' Adik Iffah. Contohnyer mcm today, dier bantai nangis masa kapla aku ngah weng2 n try to rest. Aku bagi susu, dier tanak. Ada pasan bontot dier merah tapi bukan itu sebabnyer. Tapi, ada rasa bersalah pasal bagi Adik Iffah pakai pampers jenama Giant ajer. So, sorry yea, syg...Hanya itu yg Mama n Abah mampu berikan....huhuhuuh... menitik air mata.. Letak kat 'bakul' dier tuh. Nangis. Bagi puting. Nangis. Tatau nak watper. Masa cuti arituh, dah nangis rasa dah tau nak buat apa. Pastuh, A.I tito japs. Then, Abah balik n A.I bangun balik n sambung nangis. Abah check, tgk2 rupanyer idung A.I penuh ngan taik idung kering. Maybe susah nk bernapas. Masa dier nangis takder plaks bunyi idung dier tersumbat mcm biasa. Lepas tuh, A.I menyusu mcm biasa dan tito ngan lenanyer. Alhamdulillah!
  4. Tok Ma ckp A.I tanak minum sangat EBM tuh. Minum siket untuk alas perut ajer barangkali. A.I nak yg fresh so tunggu Mama balik ajer....alahai! Ciannyer A.I kener tinggai. Surely ramai kwn2 yg dah rasa macam neh kan? Rasa perit n sedey sesangat. Rasa bersalah bercampur baur dlm diri Mama....huhuhuu.. Aku penah baca n dgr yg memang ada baby bersikap tegar macam neh. Sanggup tunggu mamanyer balik kejer baru menyusu sungguh2. Maybe sifat semulajadi depa pon 'keraih' n tahan diuji. Insyaallah...
  5. Mata berair lagik membaca coretan sedih di sini. Tqvm, Serene 4 the credit.
     No wonder aku ada darah tinggi kan? Sedey manjang...uhux!! Cemana aku release? 
  1. 'buat' stok EBM
  2. makan
  3. HAPDET BLOG...ahahahahha
  4. tgk Raja Lawak
  5. ajak hub g umah PIL
  6. ajak hub lepak2 kat memana yg bole meminum n beborak
  7. bersilaturrahim 
  8. nonton wayang, teater n live show (ikut poket heh)
Sebut pasal Raja Lawak neh, adalah 1 'sumber' yg aku cukup suko. Suko sgt2. Sementelah aku mmg tader Astro dan pemilik 'umah' neh gaks seorang guru, so teruja gaks masuk situh.  

     Ohkeh, now korang tau naper aku suker bebenau Raja Lawak sampai bole g odisen....hohohohoohoh

Ohkey.. pengubat duka...

Thursday, November 17, 2011

Erti Persahabatan

       Nak tau maksud sahabat yg baik? Sila baca n fahamkan 2 situasi ini.....

SITUASI 1
     Jemput baca entri ini terlebey dahulu untuk 'memahamkan' cerita...
     Dah baca? Ini ader komen dari Kakcik :
'Selamat bergeder-geder Ayu. Eh! muzakarah ke mesyuwarah? :)'
    Orait, lepas membaca komen ahkak kita neh, tergerak hati aku nak 'gugle' maksud dua perkataan itu. Dan, aku mendapat lebih ilmu pula...Ini yang aku 'cedok' kat Gugel...aiseh! lupa mau copy paste itu url... 
 1) Apa dia definisi dari sudut bahasa dan istilah tentang perkara ini:
a) MUZAKARAH
b) MUQABALAH
c) MUNAQASYAH
d) MUSYAWARAH
2) Apa pandangan dari sudut feqh / syariah / quran / hadis mengenai empat (4) perkara tersebut??
Jawaban
Keempat-empatnya hanyalah perkataan atau istilah arab,
  • Muzakarah maksudnya ingat-mengingat diambil dari perkataan 
  • Munaqasyah maksudnya perbincangan 
  • Musyawarah maksudnya bermesyuarat 
  • Ketiga-tiganya boleh membawa maksud yang sama 
  • Muqabalah pula bermaksud pertemuan juga digunakan sebagai temuduga. Wallahu a’lam
***
SITUASI 2
  • Azrul Hisham
    7 November
    Azrul Hisham
    • salam kak..
      saya try masuk blog akak tadi tapi ada malware...

      malware tu datang dari link
      http://kelantanbloggers.blogspot.com/
      nak bagi ok balik, akak try remove link kelantanbloggers tu..
  • Roshidayu Che Mat
    • uhux! ok, dik...tqvm....
  • Azrul Hisham
    8 November
    Azrul Hisham
    • saya check tadi still ada..maybe akak kena remove dekat follower list link blog tu rasanya...
  • Roshidayu Che Mat
    • cemana tuh? x reti ahkak...
  • Azrul Hisham
    8 November
    Azrul Hisham
    • 1) dekat dashboard blogger kat bawah tu ada button MANAGE..akak klik button tu...pastu akak cari link kelantanbloggers tu...bila dah jumpa tu akak klik link 'Setting' kat tepi tu...nanti dia keluar pop-up windows...lepas tu dekat windows baru tu akak klik 'Stop Following This Site'...lepas tu tekan ok..


      2) akak pergi kat 'Design'....lepas tu cari kat bahagian bawah 'Add a gadjet' tu cari tab ni 'SELALU BERKUNJUNG KE SINI,INSYAALLAH!'...pastu akak cari link kelantanblogger.com tu dan remove..



      +++

           Alhamdulillah! Aku bersyukur dpt kenal ngan 2 orang insan berhati mulia ini. Patutlah beliau2 ini menjadi kesayangan kawan2 yang lain. Aku berdoa semoga ALLAH makbulkan semua hajat dan permintaan Kakcik Seroja dan Azrul Hisham.... amin3!! 

Wednesday, November 16, 2011

Subhanallah!!..

      Entri sebelum ini mengenai kerisauan aku akan kemeruduman trafik. Soalan dari PCL ini juga menarik perhatianku... "kemeruduman trafik blog bole kaver..tu yang bagus sangat tu...mesti ada petua NKBT yg bole di share kat sini kan?"
 
     Well, PCL... NKBT tatau nak komen aper. Rasa serba tak kena dalam diri.. PCL n kwn2 yg lain layankan 'snap shot' ajer... 

Mata terjojol tgk neh semalam. Ingatkan page Nuffnang ader gangguan teknikal. 


Naper tokojut? Pasalnyer ini trafik yg last week punyo...

     Tak puas hati.. dok godek2 gaks tgk naper. Tgk2... 

Tqvm TopsyTurvyMum atas kredit itu... tetapi...
 
     Hati rasa gundah gulana. Gundah kerana mendapat apa yg diinginkan tapi for a reason/situation yg tak sesuai. So, banggakah aku ngan trafik yang tinggi??


Monday, November 14, 2011

La Tahzan

     Warrhhh2... 'terorist' sungguh haku dapek taip Arab. Sebenarnyer nk sampaikan Aidilfitri arineh yang aku dah mula koje balik. Dah koje balik means aku dah takder masa yg sesuai utk 'melebamkan' diri kat dopan letop neh haa. Tapi, naseb bek 5 hari ajer. Tahun neh tahun rahmat pasal aku takler dipaksa menjadi pengawas peperiksaan seperti 3 tahun lepas tanpa henti. Means ala2 takder cuti bagi aku n the famili. Balik kampung pon tergesa2 or takleh nak lelama sgt. Sebenornyer masa memula aku di'redeployment' ke sekolah sekarang, udah 'terletak' ngan cantiknyer borang pengawasan kat meja aku. Ok, macam nak mengamuk lagik tp cool lah kan? Kawan baru kat sekola baru depa tatau citer sebenar so mahapkan depa hokeh...>>>mode: pujuk hati sendiri

     Aku pon g ke meja ahkak yg berkenaan dan berkata,"Kak, akhir tahun sy cuti bersalin," dan ahkak itu pon terpaksalah redho. Aku hope dier tau yg aku bukan guru junior or freshly posting so dier bole buli. Opssss, terlebey sudaaa....ahahahahah

     Jadinyer dalam 5 hari neh maybe aku menghadapi 'kemeruduman' (harap Pak Temuk, Bujal X n DaddyZiyyad tak mare aku wujudkan kosa kata baru neh) trafik tp taper ah. Next week aku kaver.

     Korang dok bw leklok yea? Jangan jadik macam neh dek kerana windukan tuan umah neh....ahahhahahah

p/s: jgn jeleskan guru terutama guru2 korang yea? nnti ilmu tak berkat...miahahhhahha...ayat takbley blah....

Saturday, November 12, 2011

Khabar Sedih Lagi...

     Pukul 8 pagi semalam. 'On'kan nombor Maxis. Macam nak pengsan baca sms ini,' Kawan kita Rozi Hartini dan anak yang dilahirkan, Nurul Iman telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi tadi...' Hati sebu, menjerit dan tatau nak wat aper. Tidur hanya 4 jam. Bercadang nak sambung balik lepas tuh tapi tak dapat nak lelap2.

     Sementelah arwah juga tinggal di Shah Alam dan aku baru sahaja beraya ke sana (umah kwn yg lain), aku berkira2 untuk berziarah. Sambil bersiap2, 'on' FB utk updet ngan latest info dari kawan2 yg lain. Plan disusun untuk bergerak bersama. Hati berasa sayu tapi belum jatuh terburai air mata. Masih 'kuat'.

     Arwah neh teman sekolah rendah aku. Kemudian sambung ke sekolah menengah. Masa kat sekolah rendah, 3 tahun kitorang 1 kelas. Masa Tahun 6, kitorang turun kelas kedua iaitu 6 Kuning. Masa di sekolah menengah, aku masuk kelas biasa. Arwah plaks masuk kelas Arab. Lepas aku masuk sekolah vokay, terus terputus hubungan beberapa tahun then jumpa balik masa reunion tahun 1996; sebelum kitorang melanjutkan 'tertiary education' di institusi pilihan masing-masing.

Tahun 4 Putih (1988). Masa memula kitorang sekelas. Tapi aku tak pasan mana 1 arwah. Resolusi rendah weh. Gambo lamo benau.

     Dok belek2 n godek2 gegambo lama kat FB tadik, baru pasan yang banyak gaks gegambo kitorang bersama. Dan 1 lagi persamaan yg nyata, kitorang suker ber'gather2' dan ber'reunion'....Subhanallah!!

 Tahun 1990, Tahun 6 Kuning. Baru terperasan yang arwah jadi penolong.

Pantai Dalam Rhu, Semerak, Pasir Puteh, Klate. Tahun 1996. The biggest boy in the photo juga telah 'pulang' menemui Yang Esa. Arwah Haji Asmady Zakaria. Al-fatihah..

     Lepas beberapa belas tahun, Doktor Maziah n Fahimi, mengambil inisiatif menganjurkan perjumpaan semula. Dalam kalangan kitorang neh, memang Dr. Maziah macam 'yellow pages' kitorang. Sebut sajer saper, surely beliau musti ader no teponnyer. Masa biler dier g CSI pon aku tatau. Then, dier bole ingat 1-1 details pasal setiap orang. Hokeh, pasal tuh dier dokter..cik dokter yer, tuan puan...hihihihi.. Tapi masa 'geder2' kat Dalam Rhu, arwah tak dapat hadir. Aku tak terpikir plaks nak tnya. 

     Pastuh, ader plaks 'geder2' kat Shah Alam plaks. Tapi masa neh arwah tak sempat nak enterprame dlm kamera aku tp jadik kemerelady plaks. Dan juga jadik background....

Masa neh arwah bz nk g umah macik dier plaks. Kalo rajin, mohler baca yg kitorang dok gebang2 dalam album neh

     Seingat aku, ini pertemuan terakhir kitorang di alam nyata. Yang lelain dok sms sket2 then berFB lah. 

Komunikasi terakhir aku dengan arwah.

     Ini plaks gambar pregnant arwah yang aku sempat tengok di FB ajer..


     Kalo korang tengok pics arwah, mmg kebyknnyer masa ber'gather'2 ngan kengkawan n sedara-mara ajer. Bukti memang arwah suka bersilaturrahim.

     Takder mender lagi aku nak cakap. Nini, kau dijemput lebih awal olehNYA. Nanti kami pula yang menyusul. Tinggi sungguh darjatmu diangkat Maha Agung. Hanya Al-Fatihah dan Surah Yasin yang mampu aku hadiahkan.... Al-Fatihah....

kredit gambar utk. Dr. Ma, Yuzi Karmila dan semua keluarga dan sahabat2 arwah...




    



Suka Nombor??

      Nombor. Ramai orang suka nombor. Kalo tak, cemana kedai Toto, Kuda, Da Ma Cai, Magnum dan macam2 lagi tuh bole berkembang kan?

     Nombor. Kalau nak beli kenderaan, musti mau plet nombor yg lawa2. Nombor cantik. Kasi ada 'ong' kan? Tak kesohler reganyer pat lima angka pon. Bergaya dan 'sophisticated' punyo pasal. Konon itu nombor peribadi kita ajer yg punyo. Check2 kat JPJ saper yg dah beli nombor berkenaan dan sanggup turun jumpa pihak itu walau jaraknyer 1 hari perjalanan. Sanggup yea? 1 plet kenderaan yg berharga beberapa angka dapat membeli makanan org2 miskin, gelandangan dsb, dapat membaiki rumah2 ibu tunggal yang mempunyai beberapa org anak, dapat juga membayar yuran persekolahan beberapa orang anak yatim, dapat membeli binatang korban untuk saudara seagama yang hanya 'mengenali' daging sekali setahun. Owh, itu semua tidak glamer. Tidak seperti meletakkan nombor di tempat yg hampir paling bawah tetapi kemudian dikencing kucing kurap sahaja.

     Nombor. Dah lama berkawan antara lelaki perempuan. Nak bertunang tahun depan. Errr, tunggu. Tarikh macam tak cantik. Tunggu lagi 1 tahun. Tiba masa nak nikah, eh..eh..date neh mcm tak kenalah. Tak simbolik. Nombor neh tak sesuai untuk kita lah, yang. Dah kawen. Si isteri bertanya,"Hari ini bpe haribulan?" Suami menjawab,"11.11.2011. Napernyer?" Isteri,"Cuba ingat btui2 hari aper?" (muka mula mencuka, nada suara dah tinggi). Suami,"Errr...errr (sambil urut janggut yg ala2 ader ngan takder jer tuh). Isteri,"Lupa lagi laa tuh. Dah 35 tahun pun tak ingat2. Mencik!!"(terus lari masuk bilik, kunci pintu dan hempas badan kt katil). Suami,"Allahhhh...!!!"(sambil tepuk dahi sendiri yang jendul).

     Nombor. Semalam. Kul 12 tgh mlm. Macam biasa taip entri sambil ber'FB'. 1 status masuk>>"Wah! Tarikh yg sungguh cantik...bla...bla...bla". Status kedua>>>Selamat hari 11.11.11. Beruntung sungguh si polan kawin hari neh bla..bla...bla. Begitulah sehingga 44 status yg lain or maybe ke ribu-riban yang isinyer mengenai nombor atau lebih tepat tarikh semalam. 90% 'isi' apa2 mender pon semalam berkaitan nombor.

     Nombor. Tahun lepas, 10.10.10; kalo ader korang yang masih ingat tragedi di salah 1 laluan di PLUS yang mengorbankan ramai nyawa. Kemalangan ngeri sebuah bas ekspres. Malas aku nak ulas2 lagi so korang cer gugel kasi ingat. Sebelum kemalangan tuh, semer orang pon dok sebok2 cakap pasal tarikh cantiklaaa bla...bla..bla... Maghrib tuh, kejadian ini berlaku. Nombor? Tarikh cantik?

     Nombor. 11.11.11... kemalangan bas lagi di area Behrang. Tak baper amek tau sangat. Just dengar berita di Sinar. Beberapa orang murid sekolah terkorban.
     Nombor. Topik 'Sinar Pagi' berkenaan nombor. Ader pemanggil yang menceritakan yg tarikh sekian2, dicampur, tolak sampai rebah, bahagi, kong kali kong, min, mod, median dan kemudian nombornyer adalah sama. Kebetulan?

     Ok, aku benci nombor kerana membuat kita lupa. Aku benci nombor kerana membuat kita riak. Aku benci nombor kerana kita dah takder duit lagi (or pepura takder duit) untuk beramal jariah. Aku benci nombor kecuali duit.

Friday, November 11, 2011

Pahit dan Manis

     Sekalung bunga penghargaan aku layangkan utk korang semer kengkawan bloggers aku atas kesudian membaca luahan hati aku dalam entri sebelum ini. Terima kasih atas kata2 perangsang tuh semer. Memang lepas aku taip tuh, tetiba rasa sakit dan perit tuh ilang. Baru rasa lapang. Alhamdulillah!! Begitupun, banyak lagi yang aku rasa nak share tapi tunggu kerajinan aku mai kots...eheheheh

     Dok menge'check' email, tetiba terpandang...

Ader email tiket free sempena harijadi aku. 4 keping plaks tuh. Orang yg lebey otai dh lama dpt neh.. Hmmmm. surely tgk citer kartun ah.

     Ini bole dikatakan pahit akan manis akhirnyer?? Tidak, ini kegembiran sementara sahaja. Nak 'kaver' berita x besh tuh. Ngah terpikir2 cemana nk g amek kat opis Nuffnang tuh. huhuhhuuhhu... tetiba mantokkk... tata!!




Thursday, November 10, 2011

Takder Rezeki??

     Hari ini aku mendapat tau akan dua kegagalan dalam hidup. Yang pertama, tidak terlalu mengecewakan kerana aku dah agak tak layak untuk dipilih pon. Tapi, yang kedua ini membuat hati aku bertambah-tambah super duper sakit. Pasai pa, mender neh dah byk kali jadik. Sepatutnyer dah lali tapi kalo yang neh, selagi tak dapek, selagi tuh rasa nak jadik macam mak Nene dalam citer Sin-Chan tuh...(tau aper dier buat biler tensen dikaco Sin-Chan selalu kan?)

1. Tak terpilih ke Dugro Chef Cilik - tak kisah pasal yang lebih layak adalah orang yg minatnyer memang memasak. Aku neh asik pikir memasak tuh remeh n memenatkan. So dah penat masak, nak makan dah tak baper bernapsu terutama masakan sendiri. Itu aku mmg suker makan masakan orang. Tapi, dalam hati bercita2 nak bukak cafe n restoran konsep nanti...Ironi??..ahahahah

2. Kasi tengok neh...


     Malas nak pikir baper kali mintak. Tapi tetiba nak pikir gaks...hihihiih... kali kelima kots? Maybe ader orang ckp, "Alah, ader orang mintak 11 kali tak bising pon." Hokeh, yang mintak 11-20 kali tuh btui kaa tak bising? Maybe depa bole sabar n tak tunjuk so pendam ajer. Tapi, mender yang dipendam tuh 'timbul' plaks dalam bentuk sakit jantung, diabetes, stroke etc. Teringat aku tahun lepas biler dimangsakan dengan 'redeployment', ader GPK yg aku kenal suh aku bersabar n katanyer dier pon travel jauh. Aku tnya balik,"Encik sihat tak?"..."Ader darah tinggi," katanyer padahal umur beliau baru 42. Cer pk naper kadar penyakit 3 berangkai kat negara kita neh tinggi.... kasi eksersais otak skets...

     Musti korang nak nasihatkan aku,"Alah, bukan ko ajer yg travel jauh. Ader yang lagik jauh." Btui, itu tak aku nafikan. Aku pon tak kisah kalo nak g keje travel then masuk opis sejuk dingin, 'on' pc then mengadaplah sampai lebam dr pagi hingga ke petang. Tapi, kejer aku neh kadang2 nak duduk kat tempat senirik pon tak sempat. Solat pon ala2 cangkui terutama kalo dalam sehari, aku ader 7 masa. Benar, ader juga hari yang aku ader 3 masa ajer tapi kalo dapat relief 2-3 masa, macam lebey kurang ajer kan? Bila masa aku nak tanda buku? Aku nak wat pengakuan beranilah kat sinik; poblem aku yg tak setel2 dari thn 1999 dulu ialah tak sempat nak selesaikan 'upacara' menanda buku memurid aku ngan jayanyer. So sorry kalo nak menanda grammar n esei bebudak aku takkan berkompromi n cincai hajer hokeh. Implikasinyer sangat2 tinggi utk memurid aku buat kesalahan for the rest of their life. Larat ker aku nak tanggung dosa nnti? Lom masuk if parents mai komplen lagik. Nak check kehadiran, nak buat program meningkatkan prestasi bla...bla...bla... Bwk balik umah? So sorry kalo dah kawin bwk balik keje ke umah sama macam ko tak hormatkan laki/bini ko. Plus anak2 perlukan perhatian dan kasih syg mak/pak depa gaks. Tuh hak depa.
      
     Lagik 1, biler hari2 nak g kejer tuh, aku dok pass by bpe byk bijik sekolah n terpikir,"tak layak ker aku nak kejer dekat ngan umah aku?" Beshnyer orang yg kejer dekat ngan umah. Belanja minyak tak sebanyak yang travel neh. Lom campo ngan penat lagik. Aku ngaja petang so kalo tak sampai umah masa Maghrib memang tak sah. 
     Errr... aku teringat kat Buletin Utama, masa dok sibuk2 KPM import guru2 omputih mai sinik nak 'mengajar' guru2 kat sinih yang kurang diajar or tak terpelajar kununnyer utk menarik perhatian murid2. Pengajarannyer nampak menarik sungguh ngan gurunyer terkinja2 'melompat' ke sana sini. Plus memang guru tuh hemsem jadinyer memurid sungguh berminat. Hokeh, cer pikir, kalo 1 hari masa guru itu 7. Setiap 1 masa; 35 minit. Kalo ngaja petang plaks kener berlari nak solat zohor n asar. Yang neh aku tak kisah pasal dah fardhu kan? Mana nak makan. Kalo bertugas mingguan plaks? Nak isi borang, anta budak sakit balik umah. Plus sedari pagi ader aktiviti koku. Kalo dekat sempatlah balik umah, memandi, tukar baju n bebaring japs. Kalo umah jauh? Nak mandi kat ner? Sampai petang tuh. Kalo campo skali ngan travel sampai malam. Ngemis Nompangler kat umah bebudak bujang neh. Ngan keadaannyer macam neh, bole lagik ker ko nak bagi aktif dalam kelas nak bagi pengajaran tuh menarik? Aku masuk 2 kelas bersamaan 4 masa cukup ah. Kelas ketiga dah tak larat nak berdiri. Cian gaks kat depa so kenerlaaa deligate sket tenaga neh bagi ok sampai ke penghujung petang. Kalo macam neh Kevin Zahri pon tak tahan kan?

     Isi dan ayat aku berterabur so mahapkan akuh. Taip sesedap rasa jeks neh. Dalam otak aku dah pikir x nak bagi anak2 aku kejer gomen especially guru pasal lom tentu terjamin. Ader pencen? Hellow, kalo awal2 tahun asik dok MC or CRK ajer aper kes? Ingat cuti2 semer tuh tak ditolak dari pencen ker? Silap2 nak byr instalment umah pon x sempat...

     So now, masih lagi pikir kejer guru senang? Byk cuti? Gaji mahal? Terjaminkah keje kerajaan?
    
    

Wednesday, November 9, 2011

What would Puss in Boots Do?

How we would defeat the bad guys if we were Puss and Kitty Softpaws.

     Bad guys? Huh... not complete lah their life if not disturb this most handsome yawwrrrrr  fella. You know that I'm too sexy to be defeated by you guys okay?? Come Kitty Softpaws... lets plan to ambush them back....





1. I will train Kitty to mimic my cute n pity expression so that enemies will have mercy on us so they decided to back off. Are we too sexy for that?? *-*wink


2. As we are sexy 'duet' warrior, skill in 'lawan2 pedang' is our expertise. Wanna try your luck anyone??


3. Me and Kitty will roll down Humpty Dumpty so he can smash our foe down under. Pity little fella!!

*all photos credited to Google. Tengssss!!!


     Whah!! Now that we can enjoy our newly favourite movie when it premiering soon on 24/11/2011.... Mind to join us??

Puss in Boots 

     Seeing myself walking this boots, I would like to invite you guys to join this 'contest' from Nuffnang. Wait no more as I want go sailing noww...!!! pprrrr....

Tuesday, November 8, 2011

Musim Gathering n Reunion

     Macam tau2 jer Radio Sinar neh. Ker memang dah sedia maklum yang akhir2 tahun neh orang buat majlis berkumpul semula antara teman2 sekolah dan tempat pengajian dolu2? Aku pon terpanggil nak hapdet pasal neh. Sementelah malam minggu ini aku n the geng dah plan 1 majlis yang kami namakan 'mini gathering' or majlis 'ttemu mato' SMVTM 94/95. Grup SMVTM 94/95 aku wujudkan demi cadangan seorang rakan untuk 'berjejak' kasihan kasih ngan kengkawan yang lain. Alhamdulillah, disambut baik oleh yang 'disapa' dan dijemput menyertai grup ini dan di'make' admin so after this we will work hard to plan all the activities.

     SMVTM adalah Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah. Kini dikenali sebagai SMTTM. Vokay dah jadi Teknik tapi 'intipati'nyer tetap sama. Seingat dan setahu aku, sekolah aku neh antara sekolah yang terbesar dan mempunyai hampir kesemua kursus kemahiran; ERT N Kejuruteraan tapi tidak termasuk perdagangan. Sapa yang berminat ngan perdagangan bole masuk SMV Pasir Mas masa tuh. Now, dah lama tinggalkan, aku dah tatau sistemnyer cemana plaks.

     Aku diterima masuk ke sekolah tuh pada tahun 1994. Masa tuh kawan2 dari sekolah di daerah aku dok masuk sekolah berasrama penuh pasal keputusan depa cemerlang dalam PMR. Aku plaks tak pueh ati jugakslaaa tapi disobabkan aku neh agak 'rajin' belajar n agak lombab plaks tuh, makanyer aku layak masuk aliran vokasional ajer...uuhuhuhuhhu... tapi I deserved it lah. Aku tanak nyesal lebey2 pasal dah ketentuan ALLAH macam tuh. Yerler, orang belajo, aku tito...miahahahahha...

     Korang sure 'wondering' aku masuk kos aper kan? Kasi tengok sinik ah....

Kelas Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (PPU) 1994/95

     Kalo di'translate', 'refrigerate n aircond' lah mendernyer. Repair2 peti sejuk n ekon. Tapi, haku neh masuk jeks kos neh tp me'repair'nyer haremmm...Pasal aku tak yakin diri. Takot2 repair salah ker haper. Dulu aku mmg sangat2 'low-self' esteem n memacam lagiklaaaa. Plus takder dorongan sangat so lepas tuh aku dah tukar bidang yang jauh sangat menyimpang. Sebenarnya aku minat sangat ngan kejuruteraan neh tapi malas nak blaja Math. Camno??

     Kalo diingatkan lagik pasal sekolah dolu2, surely banyak kenangan. Pat pat siku lipat lima tahun citer pon tak abeh kan? Yang pasti biler terkenang, nak gelak pom ado. Ngalir air mata darah pom ado. Sama kan kiter semer macam tuh.

     Citer pasal aku n kawan aku dalam kelas neh gaks yang membuatkan aku bertuah dapat tiket pree tengok wayang dari Nuffnang. Bukti ae ado neh... Cerito ceriti aku jumpa bloggers glemer pon ado menyusul..(iklan japs)...miahahahhahah

     Tema 'mini gath' yg pertama neh kaler biru. Yang lelain tak nak plan bebyk sgt pasal ini hanya 'stepping stone' kan? Banyak plan baikkk punyos yang dok ado berimpit-impit macam nasik impit smalam dalam kepala hotak aku neh. Yang pasti, untuk menyambung kembali ukhwah n silaturrahim yang terputus pasal keadaan n masa dulu. Alhamdulillah, ngan adernyer FB; niat murni ini dimakbulkan. 

     Ohoh! Agaknyer suasana cemana nanti yea? Kitorang neh lalu makan ker tak? Sempat makan ker pasal surely memasing banyak soklan nak ditanya dan banyak cerita nak dikongsi. Atau memasing diam membisu dek pukulan nebes yang melampau2? Ahahahahahha... seronok dengar kat Sinar tadi memacam cerita lucu dan menggembirakan dikongsi oleh pendengar. Yang sedey pom ado. 

     Ohoh! Kalo ado korang yang rerajin g jenjalan kat Ampang Waterfront 12/11- Sabtu neh... moh kiter bertemu mata gaks...

p/s: Tengssss, Kakcik atas jemputan utk. 'muzakkarah' d umah Dato' LF. Moh kiter 'immarahkan' gaks...